9 Barang Yang Ciksun Nak Beli Bila Jalan Jalan Japan KIPMall Tampoi Dah
Bukak Nanti | Eh, Jalan Jalan Japan nak bukak dekat KIPMall Tampoi? Yeee guys, ni
cawangan diorang ke-9 setakat ni! Haa, kat Johor ni ada dua aje cawangan JJJ,
satu dekat Masai, dan terbaru dekat Tampoi ni lerrr. Bila bukaknya tu?
Insya'Allah dalam awal bulan depan, kedai ni akak dibuka secara rasmi!
Bagi peminat barang-barang bundle daripada Jepun, sure bahagia dengan berita
ni. Tak sabar dan teruja rasanya kan, sebab bukan senang nak jumpa
barang-barang berkualiti dari Jepun, dijual pada harga yang sangat-sangat
murah berbanding harga asal. Malah, kalau bernasib baik, uols akan jumpa
barang-barang branded pada harga bawah RM100!
Ciksun bukan lah peminat sangat barang berjenama, tapi ciksun antara peminat
pakaian knitwear dan cardigan bundle dari Jepun! Teruja betul tengok betapa
banyaknya knitwear dekat sini, dijual pada harga dari serendah RM5 aje! Kalau
dekat Shopee, ada juga harga bawah RM5, tapi kualiti dia kita tak pasti sebab
tak dapat nak tengok depan mata kan!
Haaa, dekat sini kita siap boleh pegang, rasa kainnya dengan tangan dan try
dulu dekat fitting room. Kalau berkenan, boleh ambik terus! Kedai ni
sangat-sangat luas, kalau diberi masa 2 jam untuk membeli pun tak cukup
rasanya. Apatah lagi kalau 45 minit macam Sushi Bonanza. Tiberrr, hahaha!
Jadi, kalau nak membeli, kena la target awal-awal apa barang yang kita nak
supaya cepat sikit proses memborong tu 😆
Nah ciksun kongsikan, 9 barang yang ciksun nak beli bila JJJ KIPMall Tampoi
dah bukak nanti!
Ni baru 9 ye, sempena JJJ ke-9 dibuka. Haha! Actually ada banyakkkk sangat
lagi barang idaman yang ciksun nak grab, tapi nanti lahhh tunggu kedai tu
betul-betul dah dibuka. Buat masa ni, sebab nak jaga SOP sebab kita masih baru
nak beralih ke fasa endemik, diorang tak akan announce dulu opening dalam masa
terdekat. Bila keadaan da reda sikit nanti, baru diorang akan umumkan dekat
page diorang.
So, follow lah rapat-rapat page JJJ kat Facebook untuk dapatkan maklumat
terkini paling cepat!
Selamat membeli-belah nanti!
Jalan Jalan Japan established in:-
1. Jalan Jalan Japan One City (Nov 2016)
2. Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall (Sep 2017)
3. Jalan Jalan Japan CenterPoint, Seremban (May 2018)
4. Jalan Jalan Japan M3, Gombak (May 2019)
5. Jalan Jalan Japan KIP Mall, Bangi (Dec 2019)
6. Jalan Jalan Japan Lotus's Rawang (Nov 2020)
7. Jalan Jalan Japan Lotus's Seberang Jaya (Feb 2021)
8. Jalan Jalan Japan KIP Mall, Masai (May 2021)
9. Jalan Jalan Japan KIPMALL Opening Soon!
Semua kedai JJJ buka dari 10 pagi hingga 10 malam tiap-tiap hari termasuk
hari cuti awam.
Alamat:
Jalan Jalan Japan KIPMALL Tampoi
Lot No S001-S002,
KIPMALL Tampoi,
Jalan TiTiwangsa 2,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru, Johor
Facebook:
8 Comments
Iman dah asyik sebut2 ni. Yg kat PG tu jauh tak pergi, kan.
ReplyDeletePeminat bundle suka ni kalau pergi.. aku yang dekat ni belum rasa nak pergi, sebab belum sampai mood hehehehe
ReplyDeletehey bag galas tu berapa? Mahal tu kalau yang baru
ReplyDeleteBila dah ada list mudah.. Hehehe..
ReplyDeleteurgh... bila la bukak cepat sikit. Tak sabar nak serang bila dah dekat nim hehe
ReplyDeleteomelnyaaa gambar gambar cik sun
ReplyDeletenak pergiii wuaa barang cntik cntik kat snaa
ReplyDeleteMacam macam nak beli kalau masuk JJJ ni. Comel comel barang pilihan CikSun.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com