Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Confirm Sedap!

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Confirm Sedap! | Ni pun ciksun masak kat kampung hari tu, selain daripada menu Asam Pedas Ikan Pari. Mamak ciksun macam tu lah, kalo anak-anak dia yang jauh balik kampung, dua hari sebelum tu dia da pergi pasar cari udang galah. Walaupun dia tahu anak-anak dia lebih ramai yang alergik udang daripada yang normal, tetap jugak dia beli sebab dia tahu anak-anak dia suka makan. Haha!

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Confirm Sedap!

Memula kononnya nak buat sambal udang, sebab ciksun tak tengok lagi udangnya macam mana. Ingatkan udang laut yang biasa tu je lah kan. Buat sambal udang pun dah sedap, tambahan pulak, dah lama sangat tak buat sambal udang. Family kat rumah tu pun jarang-jarang sangat lah jadikan sambal udang sebagai menu makan tengahari or makan malam. Biasanya udang kat rumah ni buat rebus dengan serai aje, goreng kering dengan bawang atau masak kicap.

Tapi bila dah tengok udangnya, terkejut makkkk nokss! Udang galah rupanya stok dalam peti ais tu. Eh begini kena buat masak lemak, baru umphhh! Buat sambal macam rugi aje, wakakakkaka! Mamak pun onzzzz! Ciksun apa lagi, rujuk lah resepi kat google. Macam biasa, kalau tak Mat Gebu, Che Nom, or Azie Kitchen. Kali ni ciksun guna resepi Che Nom pulak. And kalau tak derhaka resepi, bukan anak didik Mat Gebu namanya. Sebab ada lebihan bunga kantan hari tu, ciksun masukkan lah dalam Masak Lemak Cili Api ni 😂

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Confirm Sedap!

Eh, sedap pulak tau! Uols boleh cuba jugak  🤭

Udang Galah Masak Lemak Cili Api
Resepi asal: Che Nom

Bahan-Bahan:
1 kg udang galah
2 helai daun kunyit, carikkan
1 batang bunga kantan, dibelah 4
2 batang serai, dititik atau ketuk
1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1 biji kelapa)
1-2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:
8-10 biji cili padi
2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
6-8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (optional)

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Confirm Sedap!

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan bunga kantan.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih, terus tutup apinya.

Tips:
Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air).

Post a Comment

7 Comments

  1. Ya ampuuunnn! Nampak sangat sedap ni udang galah masak lemak cili api! dapat kuahnya gaul dengan nasi pun jadilah hahahaaaa.

    ReplyDelete
  2. astagfirullah .... terliur betul ku melihat gambar nya ...

    ReplyDelete
  3. YA Allah godaan apa kah ini. Terasa macam cik sun masih di sana agi.

    ReplyDelete
  4. Uishh terliur tengok. Udang galah memang sedap lagi masak lemak cili api. Sekor tak cukup :p

    ReplyDelete
  5. Uiii okay nak masak udang galah laaa harini heheheh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com