Minum Petang di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak | Sebelum masuk cerita ciksun, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk almarhum Rayan Awram, adik kecil berumur 5 tahun yang meninggal dunia selepas jatuh ke dalam perigi sejak hari Selasa yang lepas di Morocco. Salam takziah buat ibu dan ayahnya serta ahli keluarga yang kehilangan.
Malam tadi, ciksun sempat juga tengok live dekat Youtube, kerja-kerja menyelamat adik Rayan. Masa tu dah pukul 1 lebih. Tak sangka, lepas ciksun terlelap, diorang dah berjaya keluarkan adik Rayan. Takdir Allah, adik Rayan dah pun meninggal dunia semasa dikeluarkan. Bayangkan lah budak jatuh dari ketinggian lebih 100 kaki, tersekat pulak dalam ruangan yang sangat sempit dalam keadaan tercedera. Walau diberi tangki oksigen dan dihulurkan air juga makanan, apa lah daya seorang kanak-kanak jika Allah merancang sebaliknya.
Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga Rayan Awram.
Ok, belum habis lagi cerita dekat Bintulu. Kata cuti seminggu, mesti la banyak cerita nya kan! Ni pulak kisah kami pergi minum petang di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak. Pantai ni memang pantai ruji rakyat Bintulu terutamanya family ciksun. Dah memang tempat bermain dari kecik. Hujung-hujung minggu, kalau tak dengan family, mesti datang sini dengan kawan-kawan sekolah.
Sampai dah besar ni, dah kawen pun, kalau balik kampung dengan suami, wajib datang sini kalau cuaca baik. Malangnya hari tu suami balik sekejap sangat, tak sempat lah dia join kitorang ke pantai ni. Plan asal kami nak ke Pantai Batu Gajah, tapi hari yang sepatutnya ke sana tu, hujan pulak sebelah petangnya. Cancel plan, tapi esoknya bila suami da balik KL, elok pulak cuaca. Cuma kami tak ke Pantai Batu Gajah lah, pergi Pantai Tanjung Batu ajeee.
Bapak dengan mamak pun join sekali. Sampai adik kat Shah Alam nun jeles sebab bapak boleh keluar berjalan. Masa dia balik kampung hujung tahun lepas, bapak tak berapa sihat sangat. Kakinya masih tak berapa kuat nak berjalan tanpa kerusi roda. Alhamdulillah masa ciksun balik hari tu, bapak siap boleh drive bawak kereta juga walaupun dalam hati ni tetap risau. Dia boleh lagi berjalan, cuma lambat lah langkahnya tu.
Minum petang kat sini, macam biasa, kitorang makan sate, keropok lekor dengan minum ABC. Adik bongsu ciksun tu suka makan kepak ayam, jadi dia order sekali kepak ayam goreng. Ada jugak sotong kangkung kot adik ipar ciksun order, tapi lambat benar diorang hantar, so gambarnya lupa nak ambik.
Lepas makan-makan, ciksun dengan adik pergi jalan-jalan dekat pesisir pantai, amek video TikTok, hahaha! Malas lah nak share sini video nya. Kalau uols rajin, belek aje dekat Tiktok or Reels instagram ciksun, cari @sunahsakura tau! Hahaha!
Amek gambar jugak dengan bapak and gambar mamak masa nak gerak ke kereta, sebab tak tahu bila lagi boleh balik kampung. Tiket balik raya dah beli, tapi semalam kes COVID-19 lebih 9,000! Aduh!
Moga semua baik-baik aja nanti dan kes akan menurun semula! Ameen!
P/S: Esok ada exam, aduhhh bizi study dua tiga hari ni. Nanti ciksun balas blogwalking tau!
10 Comments
SEdh sangat dengar berita tentang usaha menyelamatkan Rayyan. Akhirnya kembali jua kepangkuan-Nya. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.
ReplyDeleteSeronoknyatenok family dapat berkumpulmakan sama-sama.
all the best untuk exam. fighting!
ReplyDeleteRayan Awram, syurga tempatnya sbb ninggal ketika masih kecil. alhamdulillah berjaya keluarkan juga lepas bersusah payah buat mcm2. ohya, tengok aiskrim tu mcm memanggil2. sedap
ReplyDeleteMeriah pantainya, Cik Sun. Teringat Pantai Manis, Sedili.
ReplyDeleteAkak memikirkan, tahu ke anak sekecil Rayyan tu nak gunakan bantuan oksigen tu, Sun. Dah sampai ajalnya, dia menanti ibubapanya di pintu syurga.
Alhamdulillah dapat balik spend masa dengan family. Mak ayah ni kalau anak anak balik dia terus semangat dan rasa sihat. Bukan senang nak kumpul ramai ramai makan sama sama.
ReplyDeleteSedih dengan kisah Rayan tu, pengakhiran disamping ibu dan ayahnya.
Goodluck untuk exam nanti.
Syukur sangat bila dapat balik kampung berkumpul dengan keluarga. Nikmat sangat-sangat.
ReplyDeletetentulah seronok dapat balik mengunjungi keluarga
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan peperiksaannya
Muka ko memang sama gan Bapak ko laaa... acuan betul...
ReplyDeleteseronok tgk cik sun blh blik kg..:)
ReplyDeleteBestnya Cik Sun dapat angin pantai sambil lepak dengan famili. Harap nanti raya boleh balik kampung
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com