Ticker

6/recent/ticker-posts

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru | Dah habis Krismas, masuk Tahun Baru 2022. Dah masuk tahun baru, tentulah tak lama lagi Chinese New Year. Tahun ni perayaan masih lagi disambut dalam keadaan berjaga-jaga, walaupun kes COVID-19 dah semakin berkurangan dari hari ke hari. Untuk tahun ni, macam tahun yang lepas, ada juga banyak promosi sempena Tahun Baru Cina di hotel-hotel dan restoran. Tak terkecuali, Qing Palace Chinese Restaurant di Pulai Springs Resort, Johor Bahru.

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru

Ciksun da beberapa kali makan dekat sini. Menu-menu masakan Cina dekat sini memang sedap dan menepati citarasa ciksun. Hidangan-hidangan yang disajikan oleh chef kesemuanya adalah sesuai dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama, termasuk lah kita yang Muslim ni. Tahun ni, Masterchef Lim Ming Chong dan pasukannya akan menyajikan set hidangan istimewa sehari sebelum Tahun Baru Cina, dan hari pertama sambutan Tahun Baru Cina sehingga 15 Februari 2022.

Hanya pada 31 Januari 2022

Chinese New Year Eve Special Set Menu
RM1288+ semeja (10 orang)
RM798+ semeja (6 orang)
Sesi: 6 petang dan 8 malam

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Qing Palace Special "Yee Sang" Salmon

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Qing Palace Special Pen Cai

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Ikan Kerapu Stim gaya Hong Kong

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Pulut Nasi dibalut dengan Daun Teratai

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Tembikai Susu Bersama Sagu dan Aiskrim

1 hingga 15 Februari 2022

Chinese New Year Set Menu

Set Menu A:
RM790+ semeja (10 orang)

Set Menu B:
RM910+ semeja (10 orang)

Set Menu C:
RM1380+ semeja (10 orang)

Dihidangkan bersama Yee Sang untuk makan tengahari dan makan malam.

Selain tu, ada tiga jenis Yee Sang juga ditawarkan dalam tempoh tarikh di atas:
Yee Sang Salmon - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Royal Abalone Slices - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Itik Panggang - RM78+ (S) @ RM138+ (L)

Haa tu untuk Qing Palace Chinese Restaurant. Ciksun sendiri dah try menu dalam Chinese New Year Eve Special Set tu. Yee Sang Salmon kat sini sedappppp, ciksun suka ada rasa manis dan masam. Pen Cai pun something yang lain dari yang biasa ciksun makan. Memasing berebut abalone masa tu. Benda rare katakan. Haha!

Raikan Tahun Baru Cina di Pulai Springs Resort, Johor Bahru
Deep Fried Nian Gao dalam Set Menu C

Selain di Qing Palace, restoran Cinta Terrace diorang pun ada buat promo jugak. Ada bufet makan malam Chinese New Year Eve BBQ Nite Buffet pada 31 Januari 2022, dari 6.30 petang sampai 9.30 malam. Harga pun berpatutan, RM75+ untuk dewasa, dan RM35.70+ untuk kanak-kanak.

Sementara tu, pada 1 Februari 2022, uols boleh makan tengahari di restoran Cinta Terrace dengan pakej Chinese New Year Day Buffet Lunch pada harga RM55+ untuk seorang dewasa dan RM27.50+ untuk seorang kanak-kanak. BBQ Buffet Dinner pada hari yang sama jugak berharga RM69.90+ seorang dewasa dan RM34.65+ seorang kanak-kanak.

Semua harga yang diberikan adalah tertakluk dengan SST.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, uols boleh terus hubungi diorang!
Qing Palace: 017-733 8724 / 016-733 2919
Cinta Terrace Restaurant: 016-744 2918

Post a Comment

5 Comments

  1. Terasa-rasa dek tekak aku semua menu tu, lagi-lagi Nasi tu, arghhh sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  2. Suka makanan kat Qing Place ni, tapi tuari dia buat time keje, jauh lak tu nak megulo, hahaha.

    ReplyDelete
  3. Sedap-sedap menu yang ditawarkan... terliur!

    ReplyDelete
  4. Chinese New Year memang mereka makan besar banyak hidangan kan. Kena dengan selera okaylah boleh datang lagi.

    ReplyDelete
  5. terliur tengok Qing Palace Special Pen Cai ni. Sakan lah CNY tahun ni ek

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com