Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila | 31 Disember 2021 yang lepas, ciksun dan kawan-kawan buat makan-makan sempena perpisahan dengan salah seorang bekas housemate kitorang, kak Ila namanya. Kebetulan pulak jatuh hari Jumaat, hampir semua tak bekerja hari tu. Sorang je yang datang lepas kerja.

Seminggu awal, kitorang dah start senaraikan menu. Ciksun ditugaskan untuk perap ayam dan buat sos lada hitam. Ada juga menu kambing perap, Aglio e Olio, mashed potato, coleslaw, kimchi jjigae, buah-buahan potong, dessert dan minuman. Niat nak BBQ, kalau hujan, tetap nak BBQ jugak. Hahaha! Gigihhh!

Ditakdirkan, memang hujan pun 31 Disember tu. Seharian hujan. Tapi belah petang dah tak lebat sangat. Rintik-rintik aje. Kak Ajan start bakar arang dari sebelum Asar. So, lepas Asar je dah boleh start bakar ayam dan kambing. Ciksun membakar ditemani Ibah. Sebelum tu dia dengan Nani dah bertukang kat dapur buat Aglio e Olio dan mashed potato.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Ciksun dengan kak Ila sebelum Asar tu sempat hias backdrop untuk bergambar malam kang. Ciksun beli barang-barang parti dekat Kaison aje. Belon, banner, lampu, and wire mesh photo board. Selebihnya guna pokok-pokok hiasan Ayen aje. Susun elok-elok tepi sofa.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Sebelum Maghrib, makanan semua dah ready. Solat Maghrib berjemaah dulu, kemudian tazkirah dan perkongsian pasal jodoh sambil menunggu Isyak. Masa ni Nada naik tingkat atas untuk bacaan Yaasiin online dengan family dia. Baru ciksun tahu hari esoknya, rupanya untuk tahun ni takde sambutan Tahun Baru bagi menghormati mangsa banjir. Rakyat Malaysia yang Muslim dianjurkan untuk buat bacaan Yaasiin di rumah masing-masing.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Lepas Isyak, ingatkan dah boleh makan. Perut dah lapar ni. Rupa-rupanya kena bergambar dulu. Hahaha! Aduhh, lama pulak tu bergambar, macam-macam permintaan gaya dari semua. Dah habis bergambar, Ibah pulak request nak video sambil nyanyi ramai-ramai. A sudahhh! Bila nak makan ni? Hahahhaha! Layankan aje la gambar-gambar kat bawah ni. Sewel memasing.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Hahaha. Entah kenapa la nak letak pasu bunga tu atas paha, memang sewel. Sepadan pulak dengan baju tidur ciksun tu. Kih kih kih. Dah sudah bergambar, kitorang pun start makan lerrr, ape lagi! Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya. Terima kasih kepada semua yang gigih memasak. Paling ciksun suka lahhhh kimchi jjigae tu ha!

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Lepas makan, kitorang main game telefon buruk online and tukar-tukar hadiah. Penerima hadiah, dah dicabut seminggu sebelum event ni guna elfster. Jadi kitorang dah tahu sape yang akan dapat hadiah kitorang. Senang nak pilih hadiah yang kita rasa penerimanya pasti suka. Tapi nama penerima kena rahsiakan lah, biar surprise.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Ciksun dapat hadiah daripada Nada, dapat Wellness Planner yang cantik sangat! Ciksun suka gila sebab ada banyak kata-kata positif dalam planner tu, siap ada social challenge yang kita bole cabar diri untuk tunaikan bagi tahun ni. Terima kasih Nada! Dapat jugak hadiah dari kak Ajan, hair towel cap untuk tutup rambut lepas mandi. Haa, comel aje ciksun punya kaler pink.

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Ciksun pulak dapat nama Ayen, jenuh cari hadiah dekat Shopee. Dah beli tu, tawakkal jugak mudah-mudahan sempat la sampai sebelum 31hb. Musim banjir ni kan, faham-faham lah. Risau terkandas dekat mana-mana. Ciksun hadiahkan Ayen cawan astronaut kaler pink. Sebab dia suka kaler-kaler gitu. Ade novel bahasa Inggeris dan LEGO jugak. Tiga hadiah ciksun kasi. Haha!

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Makan-makan Hujung Tahun, Farewell Untuk Kak Ila

Untuk kak Ila, selamat bekerja di tempat baru! Terima kasih atas segalanya dari awal perkenalan dulu sampai sekarang. Kak Ila la yang banyak sama-sama dengan ciksun masa susah senang. Dia la yang banyak jadi driver ciksun ke sana-sini. Yang paling masuk kepala dengan ciksun, yang paling boleh saling mengutuk depan-depan tanpa rasa kecik hati. Ciksun kawen pun dia sanggup datang dari jauh. Keluarga ciksun pun dah kenal sangat dengan dia, nenek usu ciksun suka sangat dengan dia. Hihi.

Insya'Allah lepas ni boleh jumpa lagi bila-bila. Masih lagi dalam Johor cuma dah keluar dari Johor Bahru. Boleh plan travel sesama lagi in the future, kita jumpa dekat Muar pulak!

Post a Comment

20 Comments

  1. Good luck, Ila...

    Meriah betul partinya, paling meriah, baju Cik Sun. Mula2 keliru, mana satu badan Cik Sun, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahahahahahhahaha kelakor kelakor..saya bagi 5 HA!

      Delete
  2. Meriah betul tengok menu hidangan yang disediakan.

    ReplyDelete
  3. wowwww meriah makanana dia.. macam2 ado..!!

    ReplyDelete
  4. Meriahnya!
    Selamat bertugas di tempat baru Kak Ila.

    ReplyDelete
  5. Cantik juga dinding warna maroon tu... Nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhahaha ke dinding maroon jugak uncle tengok 🤣🤣🤣

      Delete
  6. X adil...kenapa sunah pose ngan keladi verel...jeles!!!

    ReplyDelete
  7. best eh kumpul rami2 keda tok dgn makanan nok sedap2. good luck di tpt baru tuk kwn kitak

    ReplyDelete
  8. wow siap ada perkongsian pasal jodoh. mesti ciksun share cara memikat hati cik suami kan?

    ReplyDelete
  9. Meriahnya farewell party dia. ingatkan kawan opis rupanya housemate. kalau saya jadi kak Ila terus terharu bukak balik beg, cancel pindah. hehe.

    ReplyDelete
  10. Sewonoknya dapat gathering macam ni. Menunya pun boleh tahan jugak. Paling terliur tengok kambing bakar tu 😍.

    ReplyDelete
  11. semua muka happy je. goog luck for ila

    ReplyDelete
  12. All the best Kak Ila.. dan ko Sun, dah kenapa pakai baju pokok aaaa.. hahahahahha...

    ReplyDelete
  13. meriah tgk menu2 tu...lapar la plak

    ReplyDelete
  14. Meriahnya farewell party. Makanan sedap sedap. Sempena farewell bagi chancelah bergambar sampai puas hati gitu. Semoga silaturahim kekal sampai bila bila dan keep in touch :)

    ReplyDelete
  15. hahaha sewel tu yang buat meriah kak sunnah! Sedihnya kalau farewell ni semoga kak ila success di tempat baru & take care selalu :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com