Lunch di Hard Rock Cafe Puteri Harbour | Hari Rabu yang lepas, ciksun
lunch dekat Hard Rock Cafe Puteri Harbour yang baru aje dibuka hujung bulan
Disember tahun lepas. Ikutkan bulan Disember tu dah plan dah nak lunch dekat
sana dengan kawan-kawan media sekitar JB, tapi terpaksa postpone sampai bulan
Januari. Akhirnya, balik dari Sarawak hari tu, berpeluang jugak ciksun jejak
kaki kat sini.
Hard Rock Cafe Puteri Harbour (HRCPH) ni letaknya di bangunan yang sama dengan
Pinetree Marina Resort & Fraser Place Puteri Harbour. Parking dekat
basement yang sama dengan dua hotel ni, kemudian menapak masuk entrance
Pinetree Marina Resort. Turun guna eskalator belakang kaunter Grab & Go ke
level B2. Dari eskalator dah nampak monumen gitar besar tetengah hall depan
pintu masuk HRCPH.
Kalau uols nak tau, HRCPH ni merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di
Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan
bar kontemporari ni adalah yang pertama seumpamanya dengan gaya reka bentuk
dalaman yang moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan
tersusun rapi - dengan tempat-tempat menarik untuk peminat.
Masuk aje ke pintu depan HRCPH, ciksun terus nampak Hard Rock Shop yang
sememangnya sangat popular di kalangan para peminat Hard Rock. Pelbagai rekaan
pakaian termasuk t-shirt dengan tarikan khas cawangan Puteri Harbour ada dekat
sini. Ciksun paling suka dengan sweatshirt kaler army green dan sweater dia,
tapi fikir punya fikir entah bila ciksun nak pakai, sebab sekarang ni musim
panas kan. Nanti insya'Allah ciksun nak datang lagi and grab jugak sweatshirt
tu bila jejak pertengahan tahun. Haa nkoo ada impian tu? Takde? Lemahhhh! 😝
Cafe seluas 557-meter persegi ni boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu
yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe
berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Ruang makan utama dan ruang
makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. Para
tetamu juga boleh menikmati hiburan muzik secara langsung dari ruang makan
dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang
menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari
terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.
Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding
memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemuzik legenda
dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi
ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh
atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama
bertahun-tahun.
Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai
pilihan rasa asli dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard
Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak
Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad,
sandwich, pencuci mulut, serta aneka minuman yang menyegarkan.
Paling menarik perhatian, 24-Karat Gold Leaf Steak Burger yang daging
steaknya dilapisi helaian nipis emas sebenar. Harga set ni RM169.00, hokayyy
😂 Disebabkan ciksun duduk berempat, jadi lebih sesuai untuk makan All
American Slider yang comel lotey dan sodappp jugak dalam gambar kat bawah
nun (RM65). Ciksun cuba juga beberapa makanan lain masa lunch hari tu,
ciksun suka Twisted Mac, Chicken & Cheese dia, ada orang mungkin tak
berapa gemar dan rasa muak kalau tak berapa suka keju.
Makan sambil tengok live band yang hebat. Time ni pergi sebab private event,
jadi ada live band waktu siang khas untuk event tu. Kalau bukan private
event, diorang punya live band setiap hari Selasa sampai Ahad, pukul 8 malam
hingga 12 tengah malam. So, make sure uols set waktu yang sesuai nak pergi
kalau nak makan malam sambil tengok live band ya!
Lagi gambar-gambar sekitar cafe dan menu sedap-sedap, tengok kat page FB
Sunah Sakura 👇
Ok, dah bertambah lagi pilihan tempat makan best kat JB ni kan? Apa tunggu
lagi, ajak la kengkawan and family datang lepak kat sini!
⏰: 12pm-12am daily
📞: +607-276 9999
🎸: Live band - Tues to Sun, 8pm to 12am
📍: Lot 2-B2, Residensi & Hotel Marina, Persiaran Tanjung, Pengkalan
Puteri, Iskandar Puteri
🚗: Parking spaces - Pinetree Marina Resort
3 Comments
Jom lepak lagi yokkk...
ReplyDeleteMeriahnya menu
ReplyDeleteWak tak pernah masuk HRC
Seronok tu sambil makan live band. Meriah terus tempat ni bila dah dibuka.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com