Ticker

6/recent/ticker-posts

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari | HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan adalah lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu. 

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB berkata, “Pelanggan lebih cenderung untuk datang sendiri ke bilik pameran bagi merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian. Pelaburan kami dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah dan ianya membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang.”

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari
Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB  (tengah) memberi ucapan pembukaan bilik pameran baharu, diiringi Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB (kiri) serta Mohd Zaruddin Mahmud Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB (kanan)

Dato' Sri Meer menambah, “Pembukaan bilik pameran terbaru dan terbesar di Pavilion Bukit Jalil ini memberi kemudahan dengan jarak perjalanan yang lebih pendek untuk pelanggan yang berada di sekitar Bukit Jalil. Sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik merangkumi pelbagai koleksi barangan kemas yang pasti menepati citarasa untuk setiap lapisan umur. Antaranya, koleksi terbaru sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak; koleksi Disney x HABIB Frozen menambahkan kepelbagaian barangan dalam memenuhi permintaan yang berbeza”. 

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari

Bilik pameran ini menampilkan seleksi pilihan barangan kemas terbanyak antaranya, koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata, serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire® yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia. Selain itu, uniknya bilik pameran ini adalah terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa. Ruangan komuniti turut tersedia untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan.

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari
Pintu masuk utama

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari
Ruangan komuniti (kanan) yang terdapat di HABIB Pavilion Bukit Jalil

HABIB Rasmi Bilik Pameran Terbesar Di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Baharu Serba Modern Dan Kontemporari
Ruangan kolaborasi yang terdapat di HABIB Pavilion Bukit Jalil

Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada HABIB sejak lebih 63 tahun, HABIB sentiasa menjadikan pelanggan sebagai keutamaan dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. HABIB berbesar hati berkongsi hadiah kebahagiaan dengan menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan untuk setiap majlis, acara dan perayaan.

Untuk informasi lanjut dan terkini mengenai HABIB, layari laman sesawang di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

Post a Comment

2 Comments

  1. Belum berpeluang ke Pavilion bukit jalil ni. Nampak besar outlet Habib di sini

    ReplyDelete
  2. Biasa Ungu, kalini warna tema lain pulak. Terbesar tu puas hati banyak pilihan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com