Breakfast di LAPO? by JOHO HQ | Ni cerita masa birthday housemate ciksun Hari Thaipusam yang lepas. Unik sangat request dari birthday girl kali ni. Pagi-pagi kitorang dah ke Hutan Bandar Taman Mutiara Rini, jogging dua tiga round. Lepas jogging, birthday girl cakap nak sarapan dekat Lapo? by JOHO HQ, area Stulang. Kemain dari timur ke barat jaraknya. Haha! Tapi demi birthday girl, kitorang proceed, ONZZZZ aje!
First time ciksun ke sini, kawan-kawan media lain dah banyak kali ciksun nampak diorang review. Rupanya kedai dia takde la besar sangat, teknik gambar kot buat nampak macam besar kedai nye. Yang luas tu hanyalah open space area kat laman kedai. Meja-meja makan diorang letak dekat laman luar JOHO HQ. Nak beli makanan, kena berbaris pilih dari menu yang tersedia, terus bayar. Kalau orang ramai, wajib minta kawan cop tempat duduk dulu. Macam kitorang pergi hari tu, memang full house. Sambil berbaris, mata sambil melilau cari meja kosong.
Menu-menu kat sini kebanyakan menu makanan Malaysia macam Laksa, Mee Wantan, Lontong, Laksam, dan ada jugak menu western macam Macaroni Goreng, Pizza, Pie serta aneka kek dan pencuci mulut. Air pulak ada teh, kopi, jus dan lain-lain. Kitorang order seperti dalam gambar kat bawah.
Ok, serius sedap semuanya. Ciksun rasa diorang cari vendor yang memang betul-betul sedap masakannya. Ciksun punya Mee Wantan tu, sodappp weii! Tak de Mee Kolok, kita order la Mee Wantan kan, rupa dah nak sama dah. Hihi. Kawan-kawan ciksun order Laksam dengan Lontong Kuah Lodeh. Pun sedappp! Kek Red Velvet dengan Cheese Butterscotch pun sedap gila! Boleh datang lagi lepas ni, memang recommended ya.
Ni details kedainya:
LAPO?
JOHO HQ Creative Hub, No 52B, Jalan Inderaputra, 80300 Stulang Laut, Johor Bahru, Malaysia
Waze: JOHO HQ, Stulang Laut
Buka hari Selasa - Ahad: 7AM - 4PM (Isnin TUTUP)
Dine in, delivery & take away
WA: 011 5896 6546
Instagram: https://www.instagram.com/lapo.johohq/?hl=en
4 Comments
Wow, ni sarapan ke Hi-Tea??
ReplyDeleteKat kopi o-rama tu, lapo ada buka stall jugak, tapi tulah, nak beli fikir takkan nak makan berdiri, meja kerusi tak byk.
Kalau macam ni la breakfast nya...yg x lapo jadi lapo ni..
ReplyDeletememang sesuai untuk orang tengah lapo
ReplyDeleteAku pun tak sampai lagi, entah lerr mata tak berkenan duk makan lapang macmtu hahahaha.. tapi cuma geram makanan dia jer.. nanti laa pi sebelum puasa..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com