Asam Pedas Ikan Pari Sedap Sangat, Bapak Tambah Berkali-kali! | Allahu, alhamdulillah untuk rezeki dariNya. Balik Bintulu hari tu, mamak ada beli ikan pari, tiberrr sangat tau. Sebab mamak selalu tak bagi ciksun makan ikan pari, takut gatal katanya. Sebab ada arwah nenek yang alergik and gatal-gatal lepas makan ikan pari. Tapi ciksun tak pernah pulak gatal-gatal bila makan ikan pari, alhamdulillah ok je setakat ni.
Mamak beli bukan seekor, tapi sepotong ikan pari yang besar jugak saiznya. Sekerat ikan pari tu sebesar lengan panjang dia, lebarnya dalam satu tapak tangan. Ciksun tak reti nak potong, kita serahkan kepada mamak aje. Walopun dia tanya jugak ciksun, nak potong camne, asalkan potong kecik-kecik udah lerrr. Haha! Masa potong tu, ciksun nampak dia buang kulit. Terus ciksun "ehhh, kulit tak payahhhh buang!" 😂
Begitu lah anak-beranak newbie tak tau nak potong keratan ikan pari besar gedabak. Haha. Tapi hasil lepas potongan mamak, memang cantik-cantik comel. Mamak potong segiempat-segiempat dalam saiz dua ruas jari gitu. Mamak minta ciksun masakkan kari kot memula, terus ciksun cakap "ikan pari, masak asam pedas baru sedap!" Ok, mamak setuju. Sebab dia pun tak pernah rasa.
Yeeee, kat sana jarang-jarang nak jumpa menu asam pedas. Macam tak ada sangat orang buat masak dekat restoran tempatan. Kalo owner restoran orang Semenanjung, terutama area selatan, mungkin ada la kot! Tapi ciksun sendiri belum pernah jumpa lagi. So, hari tu ciksun masakkan lah Asam Pedas Ikan Pari untuk menu makan tengahari.
Ciksun macam biasa, mesti follow resepi Asam Pedas dari blog Mat Gebu. Yang ni aje kena dengan tekak selama ni. Tapi ciksun derhaka jugak sikit, pergi letak bunga kantan. Hasilnya memang sedap hingga bapak tambah nasi dan cedok lauk Asam Pedas Ikan Pari berkali-kali. Haha! Ciksun bubuh jugak saki-baki bendi dari peti ais. Daun kesum agak sukar nak cari kat Bintulu ni, kena pergi Pasar Tamu Bintulu, itu pun dalam dua orang je peniaga yang jual daun kesum. Maka, ciksun semai jugak pokok daun kesum untuk mamak satu pasu kat kampung hari tu. Tak tau la jadi ke idok tu haa!
Eh, panjangnya cerita ciksun ni. Nah, ciksun share kan aje resepi Asam Pedas Ikan Pari yang ciksun buat hari tu, dengan rujukan asal dari blog Mat Gebu.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
600 gram ikan pari
12 batang bendi muda
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 tangkai bunga kantan, belah 4
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
10 - 15 tangkai cili kering
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan Bintulu
1/2 camca teh lada hitam biji
Cara-cara membuatnya:
- Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600 ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi, daun kesom, dan bunga kantan, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut.
- Masukkan tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar.
8 Comments
Ikan pari memang paling sedaplah masak asam pedas, kan. Mesti bapak rindu masakan Cik Sun tu.
ReplyDeleteKenangan masak sama sama. Dalam dua dua newbie pun masakannya sedap. Sesekali family merasa masakan ciksun yang jarang dinikmati kat sana. Siap bertambah lagi tu.
ReplyDeleteemm..dapnye. my fav ni..
ReplyDeleteNang nyums alu tok..
ReplyDeleteHari ni wak ngadap masak asam pedas kepala mayong
ReplyDeletememang sedap la tu kalau dah ceduk berkali-kali
ReplyDeleteTengok pun dah tau sedap.. yumssss...
ReplyDeleteAsam pedas aku ko rindu tak? Hehehehe
Alaaaa...dia tayang fav kita plak la...dapnyaaaa....akak kopipes resepi ye...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com