Staycation 2H1M di Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru | Kalau
sesiapa mengikuti perkembangan ciksun dekat Instagram or Facebook, mesti
nampak ciksun ada share tentang hotel yang baru bukak kat Johor Bahru
pertengahan bulan Disember hari tu. Holiday Inn Express & Suites Johor
Bahru telah rasmi dibuka pada 15 Disember 2021 yang lepas. Ciksun sempat try
tido sana untuk dua hari satu malam.
Stay dekat bilik Standard Twin dengan kak Ajan. Bilik kitorang dekat tingkat
6. Ni first time ciksun stay kat sini, masa hotel ni masih lagi Swiss Inn
Johor Bahru, ciksun pernah datang makan aje kat restoran dia. Jadinya memang
teruja sangat nak tengok bilik Holiday Inn Express & Suites ni macam mana
rupa dia. Sebabnya, kat JB ni dah ada dah hotel Holiday Inn JBCC.
Tertanya-tanya jugak apa yang express dia.
Bila dah masuk bilik, haaa okay terus dapat maksud express dari namanya tu.
Bilik hotel berkonsep minimalist, ringkas tapi lengkap. Sesuai dengan tagline
dia - Simple, Smart Travel. Untuk mereka yang nak cari penginapan kat JB atas
urusan kerja, memang sesuai sangat duduk sini. Tapi untuk yang nak stay dalam
jangka panjang pun, boleh sangat!
Ciksun suka susunan bilik Standard Twin yang ciksun stay ni. Divider merangkap
open wardrobe antara katil dengan sinki tu nice sangat. Tak payah nak ada
wardrobe bertutup, cepat kerja kalo dah terbangun lewat nak pergi conference.
Hahahaha! Toilet dengan shower pun diasingkan, ni lagi satu benda best. Takde
la kes berebut nak masuk bilik air masa kawan tengah mandi sebab perut dah
memulas. And takde kes tandas kecah sebab tempias air dari shower.
Dalam bilik takde iron, tapi diorang ada Laundry Room dekat Level 2. Dekat
situ jugak ada mesin basuh dengan dryer untuk uols basuh baju kalo stay dalam
waktu yang lama. Tapi nak basuh baju kena bayar sendiri ya, dalam RM10.00 kalo
tak silap. Sama la macam dobi kat luar.
Sambil tunggu baju siap, boleh pergi gimnasium dia dekat level yang sama. Gim
dia tak luas sangat, tapi ok lah, ada macam-macam equipment. Yang penting, 24
hours! Hihi. Pandai-pandai la atur masa supaya tak berebut dengan orang lain.
SOP kena jaga selalu.
Kalau uols tempah bilik kat Holiday Inn Express & Suites JB ni, booking
uols lengkap dengan sarapan pagi tau! Itu pun satu benda paling best dekat
sini. Takde la terkulat-kulat masa nak booking, pikir nak tambah sarapan ke
tak. Sebab semua da lengkap. Agak-agak nak express, boleh Grab & Go kopi
diorang dekat Express Bar (level Lobi).
Sedap-sedap makanan kat sini. Sama macam Holiday Inn JBCC, diorang pun serve
yogurt kat The Great Room restaurant ni. Pilihan makanan ringkas tapi cukup
semua. Ada Nasi Lemak, English Breakfast, Mee Sup, Bubur Nasi, Cereal, Roti
dan Pastri, juga Buah-buahan potong.
Lepas waktu sarapan, restoran ni dibuka untuk all-day dining pulak. So, boleh
aje kalo nak datang makan tengahari, minum petang or makan malam kat sini.
Pengalaman ciksun makan tengahari kat sini dulu, Asam Pedas dengan Laksa Johor
dia memang sedap! Yesss, kitchen team dia masih orang yang sama dengan
previous hotel 💖
So, untuk uols yang tercari-cari hotel best di Johor Bahru, boleh lah masukkan
Holiday Inn Express & Suites JB ni dalam list, ok! Diorang ada buat
opening promotion seperti di bawah:
Book Now Pay Later - 25% savings!
Booking & Staying period: Now till 31 March 2022
Tempah direct dekat website dan pilih Book Now, Pay Later dekat Rate
Preference:
Untuk gambar-gambar bilik yang lain, boleh belek dekat Facebook Page Sunah
Sakura:
Website: http://holidayinnexpress.com/johorbahru
Facebook: https://www.facebook.com/holidayinnexpressjohorbahru
Instagram: https://www.instagram.com/holidayinnexpressjohorbahru/
5 Comments
lengkap ek semua..agak tak tau nak kemana nanti boleh la check in kat sini..tapi takde kolam renang ek! adudu
ReplyDeleteha masa kita g JB aritu ada nampak signbod hotel baru nak buka... tertanya2 juga aik... holiday inn ada branch baru ke?!
ReplyDeleteSuka stay hotel newly built ni. Design dan dekorasi moden. Unik betul eh bilik dia macam tu.
ReplyDeleteNasib baik Cik Sun explain. Confuse jap dengan Holiday Inn JBCC. Suka juga hotel simple macam ni
ReplyDeletewow..syoknya bercuti..:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com