Makan Nasi Ayam Penyet @ LC Catering, Johor Bahru | Ni first time ciksun datang makan kat sini. Tak pernah tahu lokasi ni kalau takde sape yang ajak or bawak. Sebab ciksun bukan lah peminat tegar Nasi Ayam Penyet mahupun pemburunya. Tapi kalau ada masa teringin, atau bila dah lamaaaa sangat tak makan, haaa boleh je cari. Datang makan untuk dinner, ni lerr rupa ayam penyetnya.
Siapa yang rapat dengan ciksun mesti hairan, kenapa ciksun makan peha? Sebenarnya masa ni ciksun dah ambil da bahagian kepak, letak tepi pinggan nasi ciksun. Tapi rakan sebelah tak perasan, bila kawan lain cakap nak bahagian isi, dia rembat pinggan bahagian kepak ayam ciksun. Ahahahahhaha! Tak kan ciksun nak ambik balik kan, so ciksun redha aje lah dapat peha ayam 😂
But alhamdulillah, rasa dia ok je. Mungkin sebab ayam penyet ni orang akan goreng kering. So, takde la rasa darah sangat pada bahagian peha tu. Elok aje, sambal dia pun boleh tahan sedap. Pedas pun boleh tahan juga, kalau jenis tak makan pedas, mohon berhati-hati menyuap. Hahahah!
Ciksun periksa harganya di website LC Catering, satu set Nasi Putih dengan Ayam Penyet, Ulaman, Tauhu, Tempe, Sup dan Sambal, RM10.60 termasuk SST. Kat sini ada option untuk Nasi Serai juga kalau uols nak cuba kelainan. Atau kalau nak order untuk majlis besar-besaran pun boleh jugak, diorang ada terima tempahan.
Tapi ciksun sempat berhenti depan restoran sebab ternampak Syngonium ni.
Kalau agak-agak tak pasti betul ke idokk restorannya, sila cari pokok ni.
Hahahahaha! Ok bye!
LC Catering Sdn. Bhd.
No. 340 Jalan Balau 1,
(Jalan Tebrau) Taman Melodies,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
No. Tel: +607 335 7355
No. Faks: +607 334 8355
No. Mobile: +6012 770 8606
Email: info@lc-catering.com.my
7 Comments
Nang nyaman jak rupanya ..
ReplyDeletepernah makan sekali rasanya kat situ.. tapi dah lama dulu dulu
ReplyDeletePuas makan nasi ayam penyet ni sebab ayamnya besar
ReplyDeleteAyam penyet selalunya dada yang sedap.
ReplyDeleteAyam penyet ni dapat ayam yang dimasak elok, sedaplah jadinya tak kisah bahagian mana. Kalau tapau saya akan pilih kepak. Kalau dine in pilih paha lagi mudah nak makan. Tapi tulah kadang dalam dia tak masak sangat. Nasi ayam penyet sambal pun kena sedap baru sedap makan.
ReplyDeleteLama x pegi... wujud lagi eh kedai ni hehehe....
ReplyDeleteAmmi suka nasi ayam penyet..nak-nak kalau yg sambal dia tu sedap. Ada yg sambalnya rasa mcm tak berapa nak masak cilinya
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com