Ticker

6/recent/ticker-posts

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari | Ni cerita Sabtu 11 Disember yang lepas. Ciksun ke Selangor sebab ada meet up dengan team kerja suami. Alang-alang nak gi jumpa family adik dekat Shah Alam, boleh lah ciksun gi meeting sekali. Bukan selalu ciksun mencemar duli turun ke Lembah Klang semata-mata nak meeting kerja sambilan ciksun ni. Sebab jauh kat Johor ni, selalu borak-borak dengan semua dalam whatsapp group je lah.

Restoran Mangkuk ni baru aje buka dalam dua minggu masa kitorang datang tu. Memang baru sangat, nak check in kat instagram pun tak boleh. Tapi kalau waze ade dah lokasinya. Sekarang tak sure, mungkin dah ada. Kalau uols datang, cuba lah check in ek!

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Kenapa "mangkuk" ek? Ciksun tak tanya pulak ownernya hari tu, Chef Shafee ada pada hari kejadian. Beliau yang masakkan khas untuk kami semua. Tapi kalo tengok pada logo, ada mee yang sedang ditarik dengan chopstick dari dalam mangkuk. Bila tengok menu, ohhh signature diorang adalah Mee Wantan! Dah la ciksun suka Mee Wantan kering, tapi kenapa hari tu tak terfikir nak cuba. Mungkin sebab tak dapat bayangkan rupa dari nama-nama menu tu.

So, ciksun order apa?

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Ni ha, Special Asam Pedas. Asam pedas ikan yang dihidangkan bersama nasi putih, telur masin, tempe, tauhu, sambal belacan dan timun. Dalam kuah asam pedas boleh nampak bunga kantan yang dicincang halus. Berasa juga kuahnya, boleh tahan sedap, tapi kalo ikan tu ikan siakap ke ikan mayong ke, mesti lagi sedap kan? Hahhh rega pun tak boleh RM13 dah gitu, ciksun oiii 🤣

Suami ciksun order Special Masak Lemak Cili Api (RM10). Yang ni lauknya ayam, sedap juga dan ciksun lagi suka yang ni dari asam pedas tu. Memang recommended, rasa macam mak-mak kita masak dekat rumah. Selain dari ni, rerakan order Chicken Grill, yang berharga RM17.00, dan bahagian yang digrill adalah bahagian dada. Kawan ciksun tak berapa gemar bahagian ni, jadi dia tak berapa suka lah dengan pilihannya. Mungkin lepas ni diorang boleh cuba bahagian lain pulak kan? Thigh mungkin?

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Sempat jugak kitorang cuba Fried Wantan dan Soup Wantan diorang. Sedap juga, memang patut jadi signature. Kat sini la keistimewaan diorang sebenornya. Ahh, kalo ciksun cuba Kicap Wantan Noodle hari tu, mesti lagi best kan? Kawan ciksun pun nyesal tak order Mee Kari dia. Kena datang lagi ke maksudnya ni? Ahahaha! Mesti lah! Pencuci mulut pun ado, aiskrim yogurt. Sape suka yogurt, ha boleh cuba aiskrim ni.

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Ciksun suka interior restoran ni. Kemas dan cantik, instagrammable juga tapi hari kejadian takde sape nak tolong amekkan gambar ciksun. Malu lah nak mintak tolong kat rakan kerja, ahahaha! Jadinya, ciksun amek gambar suami je lah.

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Haa, tu Chef Shafee sebelah suami. Tahniah Chef atas pembukaan restoran ni! Semoga semakin berkembang maju dan ramai lagi akan datang mencuba menu-menu kat sini. Uols kalo nak datang bebila nanti, boleh lah belek details kat bawah ye!

Lunch Meet Up di Restoran Mangkuk, Subang Bestari

Restoran Mangkuk
No 23-1 (Ground Floor), Jalan Nova N U5/N, Subang Bestari

Waktu Operasi:
1.00 tengahari – 9 malam (Selasa-Ahad)

Konsep Menu:
Fusion Asia dan Barat

Tel. No:
0172093170 (Chef Shafee)

Post a Comment

8 Comments

  1. Mangkuk tu perkakas penting di dapur atau kedai makan tapi mangkuk tu agak kelakar sebab perkataan selalu digunakan utk marah orang jugak, haha.

    ReplyDelete
  2. comel je nama restoran.. simple.. hihi..
    tmpt pon cantik.. menu menarik..

    ReplyDelete
  3. simple nama restoran. tak payah nama canggih-canggih asalkan orang ingat. eh nape tak mintak suami ambilkan gambar?

    ReplyDelete
  4. Kat subang bistari? Subang Selangor? wah....

    ReplyDelete
  5. Ohh restaurant baru bukak. Baca nama resto ni teringat pulak resto sepinggan semangkuk. Uishhh asam pedas dia menggoda betul.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com