Kebun Ciksun Dari Dulu Sampai Sekarang | Kalau dikenang semula sejarah ciksun start bercucuk tanam di laman rumah sekangkang kucing ni, jadi syahdu pulak. Ye lah, daripada takde ape-ape, dengan sikit je ilmu di dada, ciksun start dengan susun balik pasu-pasu pokok yang sedia ada, tambah rak satu demi satu, bertukar-tukar shade dan net, sampai lah yang sekarang ni.
Tak sampai setahun pun. Lepas baik dari COVID-19, ziarah rumah Prof Sevia dekat Taman Mutiara Rini. Lepas ciksun sembuh, diorang sekeluarga pulak kena COVID-19. Bersambung-sambung. Bila semua dah baik, ciksun antara pelawat pertama jugak ke rumah diorang. Masa tu, semua masih takut lagi nak datang ziarah. And memang KKM tak benarkan lagi pelawat datang ke rumah. Sekadar duduk depan rumah aje sekejap. Di situ lah bermulanya, ciksun bawak balik pokok bunga ros putih yang prof bagi.
Nak cerita panjang pun tak rajin, tengok gambar je lah ye rentetan peristiwa dan perubahan laman rumah ciksun menjadi kebun mini. Hihi.
|
Awal bulan Julai 2021, rak kayu pertama menjadi penyeri. |
|
Masih banyak ruang kosong. |
|
Hujung Julai 2021, beli rak besi pertama, rega dia tak sampai RM50. |
|
Start alih pokok bunga Ros Jepun ke pagar, repot pokok kunyit, tanam halia. |
|
Masa ni belum ada sun and rain shade, memang menadah semua. Keladi pun takde, haha! |
|
Hujung Ogos 2021, beli rak kayu kedua. |
|
Esoknya, 26 Ogos 2021, pasang rain shade sebab masih nak full sun, tapi kesian pokok hujung-hujung rain shade tu kena tumpahan hujan yang bertakung. |
|
20 September 2021 - tukar rain shade kepada sun shade net hitam. Ok sikit tapi still kesian kat pokok yang duduk dekat bawah aliran air hujan. Kadang tinggal pokok dengan pasu je, tanah dah hilang. Eh, eh dah start ada pokok keladi, haha! |
|
30 September 2021 - beli pancang pokok memanjat ni, tapi buatkan pondok. Alas dengan rain shade dulu, lepas tu letak net atas dia. |
|
Elok je kejadiannya, cuaca pun helok sebelah pagi. |
|
Kusangka panas sampai ke petang....roboh pondoknya sebab rain shade tak dapat tampung air hujan berat sangat. Banyak pokok kembali ke rahmatullah. |
|
Pokok-pokok yang terjejas, pasu banyak retak. Sayur-sayur kita terus masak petang tu. |
|
Keadaan kebun awal Oktober, pondok da dibetulkan. Tak pakai rain shade dah, guna sun shade saje tapi tegangkan setegang-tegangnya supaya air hujan tak tumpu ke satu tempat aje. Dia jadi tempias-tempias kecik ke serata tempat. |
|
Tambah lagi pokok keladi idaman, tak banyak pun...sikit je. Takyah la beli banyak-banyak sangat! |
|
1 November 2021 - Astaghfirullah, macam mana boleh bertambah geng keladi ni? 🤣 |
|
Alhamdulillah, now hujan pun dia masih tegap berdiri kat situ. |
|
4 Disember 2021 - pilih sayur-sayur yang betul-betul makan je untuk dibela. |
|
29 Disember 2021 - Allahu, macam mana boleh berkembang biak sebegini banyak??? |
|
31 Disember 2021 - 12.05 pm - hujan di Skudai |
Begitulah kisah bergambar kebun mini ciksun.
Berkebun ni ada pahit, ada manis. Kadang-kadang apa yang kita rancang, hasilnya tak seperti apa yang kita harapkan. Ada je benda baru yang ciksun belajar setiap hari. Now, nak travel lama pun susah hati juga sebab ada pokok-pokok dekat rumah. Haha!
Alhamdulillah untuk semua yang membahagiakan.
9 Comments
Tenang je tengok tanaman hijau mcm tu...^_^
ReplyDeletewah kemain meriah dah kebun dia skrg....!!!
ReplyDeletesegar mata memandang... aktiviti pun sihat
ReplyDeleteNi paling best bila bangun pagi.. sejuk mata memandang.
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeletemeriah tanamannya
Jadi hantu keladi juga rupanya
Alhamdulillah....Dijaga baik, tenang dan nyaman melihatnya...Teruskan usahamu!
ReplyDeleteMoga dilindungi slelau tumbuh-tumbuhanmu sistur! .
rajinnyer berkebun.. 👍👍
ReplyDeletecantiknya..dari kosong terus sejuk mata tengok laman penuh dengan pokok :)
ReplyDeleteSikit sikit, tahu tahu dah jadi macam kebun dah. Betullah tu, berkebun ni ada pahit manis nya. Aktiviti yang best jugak sebenarnya. Rasa happy bila tanaman menjadi.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com