Ticker

6/recent/ticker-posts

Lunch Western Food di De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Sedap Sungguh Makan Tengahari di De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB | Cafe ni baru sangat bukak dekat Kota Southkey, Johor Bahru. Papan tanda pun tak ada lagi. Tapi dengan berpandukan alamat yang diberi, insya'Allah pasti jumpa dan sampai ke cafe ni. Masa ciksun pergi hari pembukaannya, cari blok B, terus nampak cafe tu dari tepi jalan aje. Macam mana boleh nampak? Sebab terjeling signage dia kat dalam cafe.

Lunch Western Food di De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

De' Empire Cafe namanya. Yang mencabarnya nak ke sini, time cari parking. Bahagian atas semua dah reserved by shop lot owners. Uols kena turun parking kat basement ya, then menapak la sikit pergi ke cafe nya. Kalau tak nak park kat basement, park tepi jalan besar sana tapi risiko atas tanggungan sendiri yeee.

Menu-menu dekat sini mostlyWestern Food, ada juga Asian and local food, juga menu-menu fusion. Restoran orang Melayu, perniagaan keluarga, tukang masak pun orang kita jerr. Walaupun restoran 'tepi jalan', tapi kalau tengok plating dia, dah macam makanan hotel tau! Tak percaya keee?

Nah ciksun share beberapa gambar menu yang ada:

Chicken Chop @ De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Beef Choice @ De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Lamb Chop @ De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Western Food @ De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Spaghetti Bolognese @ De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Haa, ciksun dah cuba Chicken Chop dia. Alhamdulillah boleh tahan sedapnya. So crispy dekat luar, juicy dekat dalam. Dihidangkan dengan sos lada hitam, kentang goreng dan coleslow. Weii, serius cakap tau, coleslow dia sedap gilaaaa! Ciksun suka sangat!

Nak tengok gambar-gambar menu lain, boleh rujuk post kat Facebook ciksun ya!



Sempena pembukaan hari tu, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Cik Chresentia F. B. Sadatal, atau lebih mesra dengan panggilan Cik Eva, datang merasmikan majlis secara santai-santai. Sempat la ciksun jejak kasih dengan rerakan Tourism Malaysia yang sekian lama tak jumpa.

Deputy Director Tourism Malaysia Wilayah Selatan Merasmikan Pembukaan De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

Uols yang stay berdekatan atau kerja area sini, dah boleh datang menjamu selera dekat sini dengan kengkawan or family ya! Yang jejauh pun sangat dialu-alukan kedatangan uols. Sekali-sekala datang JB, takde idea nak makan kat mana, boleh lah jejakkan kaki kat sini.

De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

De' Empire Cafe, Kota Southkey, JB

De' Empire Cafe
B 01-01, Pusat Komersial Bayu Tasek, Jalan Persiaran Kota Southkey 1, Kota Southkey, Johor Bahru, Johor

Buka Ahad - Khamis
9 pagi - 6 petang
Jumaat & Sabtu TUTUP

No. Tel: 011-2434 9909

Post a Comment

10 Comments

  1. Harga wise ok tak? December nanti takde aral nak ke JB anak buah nikah. Mana lah tau sempat singgah

    ReplyDelete
  2. aduh telan air liur tgk makanan2 tu.. kedai pun cantik. ok bai nak gi sarapan

    ReplyDelete
  3. baikk.. nantii nk singgah ler ke sini....

    ReplyDelete
  4. aduh.. teringin pula nak bawa anak anak .. dah la semua peminat tegar chicken chop

    ReplyDelete
  5. Nanti dah free-free nak singgah laa.. geram plak aku nengok seketul daging tu hahahaha

    ReplyDelete
  6. sebab terjeling yea..hehehe...cntikk dan food pon menarik

    ReplyDelete
  7. Terpesona tengok plating dia, nampaknya kamera yg makan lebih ni, haha.

    ReplyDelete
  8. deco cafe ni cantik. tak nampak macam tepi jalan pun

    ReplyDelete
  9. Wow, air dia satu jug terus. Makanan western dia tengok dari food plating nampak sedap. Cafe pun bersih dan selesa.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com