Dah Boleh Travel, Ciksun Terus ke Saturday Seaside Escape @ Anantara Desaru Coast Resort & Villas | Orang lain agaknya da sampai ke kampung halaman dah, mungkin juga dah pulang semula ke kota. Haa, dah macam hari raya bila PM umumkan boleh rentas negeri. Bila boleh rentas, maksudnya dah boleh travel juga. Ramai kawan-kawan ciksun yang ambil peluang ni untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Ciksun belum lagi merentas negeri. Tapi dah start la berjalan-jalan. Sabtu lepas, ciksun ambil angin ke tempat jauh sikit dari Skudai. Tapi takde la jauh sangat, yang dekat-dekat je. Eh, ciksun ni, jauh ke dekat ni? Memain ek dia ni?! 😝
Actually, ciksun bawak housemate yang baru aje fully vaccinated ke Desaru. Alang-alang dia dah boleh dine in, kitorang pergi brunch dekat Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Haa nkoo, dahsyat tak reward untuk orang yang dah lengkap dua dos vaksin? 🤣
Sebelum ni ciksun pernah juga makan kat sini dua kali, tapi dekat Turmeric Restaurant dia je dedua tu. Ni la kali pertama ciksun try makan dekat Sea.Fire.Salt Restaurant pulak. Menarik sungguh atmosfera makan tengahari dekat sini sebab restorannya betul-betul mengadap pantai. Laut depan mata ye, guys!
Setiap hari Sabtu, diorang ada pakej Saturday Seaside Escape untuk uols yang nak luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan, menjamu selera di tepian pantai. Sea.Fire.Salt sangat istimewa dengan sajian stik dan makanan laut segar. Keunikan namanya tu terletak pada 10 jenis garam yang digunakan dalam masakan untuk dipadankan dengan pelbagai jenis daging, salad dan ikan.
Restoran ni turut menawarkan banyak pilihan kaviar, antaranya telur ikan sturgeon yang diternak pengusaha tempatan dan kaviar beluga dari Rusia. Hidangan makanan laut sejuk pula merangkumi tiram Ireland, lobster Boston dan kupang Chile.
Executive Chef Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Chef Unaver Unabia menampilkan hidangan terbaik dan paling ideal bagi setiap kategori makanan untuk memberikan pengalaman santapan yang unik.
Terdapat 12 pilihan pembuka selera, lapan hidangan utama dan empat pencuci mulut untuk dipilih dalam promosi brunch ni. Jangan lupa mencuba menu istimewa dari setiap kategori seperti Crispy Arancini Stuffed with Prawns & Caviar, Foie Gras, Lobster Egg Benedict, Beef Wellington dan Mont Blanc (coklat).
Jemput tengok menu-menu yang ciksun cuba hari tu!
Sedap sungguh Beef Wellington tu! Sebagai peminat kambing, uols kena cuba tau Lamb Cutlets diorang sekali. Oyster Tempura, Crispy Arancini Stuffed with Prawns & Caviar, Soft Shell Crab Mantou, Grilled Tiger prawn tu pun antara yang kena dengan citarasa lidah ciksun. Udangnya rasa fresh dan juicy, tiram tu pulak tak rasa hanyir macam yang dimakan mentah-mentah.
Bagi yang pertama kali merasa Foie Gras, mungkin akan rasa pelik dengan tekstur dan baunya. Hati angsa/itik digoreng pada suhu tinggi dalam masa singkat untuk mengekalkan ke-juicy-an nya. Haa, maaf la cikgu-cikgu BM, ciksun dan rojakkan bahasa Melayu. Hahaha! Sebelum ni ciksun pernah makan Foie Gras yang digaul bersama Australian Wagyu Beef, yang tu masak 100% lah. Yang kat sini, dia medium well gitu. Kena makan sekali dengan Granny Smith Apple Puree, Coffee jelly, Apricot Jam dan Oven Baked Brioche tu untuk melengkapkan rasanya.
Jangan tak cuba juga Coconut Cream Brulee diorang, serius sedap gilo! Rasa lemak kelapa tu padan betul digandingkan dengan gula-gula halia dan aiskrim teh hijau. Woha! Sesambil makan, ada DJ yang akan mainkan lagu-lagu sepanjang waktu makan tu untuk hiburkan uols. Kalau bawak anak-anak, diorang boleh main dekat pool or jenjalan kat tepi pantai juga. Menu untuk kanak-kanak pun ada!
Saturday Seaside Escape @ Sea.Fire.Salt
Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Waktu brunch hari Sabtu sahaja
Dewasa: RM248+
Kanak-kanak: RM108+
Yee, dengan rega tu, uols boleh makan semua menu dalam promo brunch ni, nak ulang menu yang sama sampai kenyang pun boleh. Kira semi buffet lah, pilih menu apa yang ada dalam senarai, dan makan sampai puas.
Untuk tempahan, boleh terus hubungi diorang:
Call +60 7 8280 888
Email desaru@anantara.com
6 Comments
wah seronoknya cik sun! pemandangan cantik, makanan menarik!
ReplyDeleteMenariknya, makanan mewah di tepi pantai. Anantara ni memang cantik. Bila lah dapat sampai ke sini
ReplyDeleteTerliur i, takde rezeki nak join sama.. kalau tidak kita dah makan bersuap dan bercanda di tepi pantai dah kan hahahahaha..
ReplyDeleteRamai juadahnya
ReplyDeleteTempat pun menarik
wahh bestnya bercuti kat sini. Food plating dia even secoet pun dapat merasa pun dah okay dah kan sebab banyak menu. Seronok tu sambil makan menikmati view pantai.
ReplyDeletexhajak pun kita..:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com