Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark
Desaru Coast |
Alhamdulillah, staycation pertama ciksun pasca pandemik berjalan lancar hujung
minggu lepas. Last minute plan dengan kak Ajan, kitorang pilih untuk menginap
dekat Amansari Hotel Desaru, belakang stesen Petronas Desaru tu aje. Hotel ni
kalau uols masuk aje traffic light menghala ke Desaru tu, memang terus nampak
dari jauh warna hijau putih dia. Sure tak akan missed.
Kitorang check in pukul 12 tengahari, tapi bilik tengah kemas. Dalam setengah
jam menunggu cleaner siap kemas. Tapi sebenarnya, waktu check in adalah pukul
3 petang ye. Hari tu special sikit, dapat check in awal. Kitorang dapat bilik
Deluxe King dekat tingkat 7.
View tingkap mengadap jalan raya besar sebelah Petronas tu. Nice lah, nampak
langit dan kehijauan hutan kelapa sawit nan luas. Mata ciksun melilau-lilau
jugak mencari keladi, tapi tak nampak pulak dari tingkat 7 tu. Bahahahhaha!
Sabor je le kalo jadi roomate ciksun ye 😂
Bilik Deluxe King Amansari Hotel Desaru dan Kemudahannya:
- 1 katil King yang selesa
- 1 bangku kecil
- Meja kecil dua-dua belah kepala katil
- 2 kad akses pintu elektronik
- Jaringan internet WIFI atau LAN yang boleh tahan laju
- LCD TV dengan saluran satelit dan kabel
- Telefon dengan IDD
- Barangan mandi ringkas (berus gigi dan ubat gigi tak ada ya!)
- Tandas duduk dengan hos
- Sistem pendingin hawa (bilik sejukkkk, besttt)
- Mini Bar - ada kopi, teh, gula, krimer, cawan dan mineral water
- Peti ais mini
- Pemanas air @ cerek elektrik
- Hair Dryer *kena request
- Iron and Ironing Board *kena request
- Prayer Mat *kena request (tapi dalam bilik ciksun dah ada)
Sempat la rehat sekejap sebelum turun lunch dan gerak ke Adventure Waterpark
Desaru Coast! Yo, ciksun menginap dekat sini guna pakej Adventure Waterpark
Desaru Coast (AWDC). Jadi, dapat lah dua tiket untuk masuk waterpark ni.
Kalau uols nak tahu, ni la kali pertama ciksun masuk waterpark yang tersohor
kat Johor ni ha. Masa bukak hari tu tak menyempat langsung nak datang sini.
Berapa kali plan, asyik tak jadi. Akhirnya takdir ciksun nak explore AWDC ni
dengan kak Ajan hujung minggu lepas.
Pasca pandemik, banyak rules kena patuhi. Jarak sosial dengan pemakaian
pelitup muka adalah wajib dijaga sepenuhnya. Ye lerr, tempat camni ramai
orang, kalau nak main ape-ape kena banyak beringat. Masa kitorang pergi tu
pun hari Jumaat petang, so memang ramai orang, lagi-lagi hari sebelumnya
cuti Deepavali.
Kebanyakan slides dan roller coaster (Kraken's Revenge) memang panjang
barisnya. Sekarang pulak musim hujan. Kalau pergi petang, terasa singkat
sangat masa sebab nanti kena berhenti sekejap semua aktiviti bila hujan
turun demi keselamatan pengunjung. Tapi bila nampak gaya macam hujan da reda
sikit, tu diaaa dengan ciksun sekali terjun masuk air 🤣
Untuk uols yang nak datang ke AWDC ni, better plan untuk masuk dari pukul 10
pagi, so dapat la enjoy lama sikit. Cuma kena sedia duit lebih untuk makan
tengahari ya sebab kat dalam tu harga makanan memang mahal. Tak dibenarkan
untuk bawak makanan dari luar. Guard akan periksa dekat pintu masuk.
Kitorang dekat situ sampai pukul 5.30 petang. Tapi banyak masa ciksun dengan
kak Ajan duduk kat Tidal Wave Beach tu je. Berendam sambil dilambung ombak.
Adeii, memang sejarah betul membiarkan diri dipukul dan diheret ombak buatan
ni. Hahaha! Masa memula kena heret tu, sampai ke pesisir perginya. Terhantuk
sikit lutut ciksun dekat simen tu, balik hotel tengok, da lebam.
Pengajarannya, kalau takut dilambung ombak, jangan berendam di pesisir
pantai 🤣
Ye, duduk la tetengah laut buatan tu baru la selamat dan tak hanyut dibawa
ombak. Tinggi jugak tau ombak buatan diorang ni. Tidal Wave Beach dekat AWDC
ni antara yang terbesar di dunia juga. Haaaa. Patut la power! Uols kalo nak
datang sini je tanpa stay, diorang masih open lagi online booking sampai 5
Disember untuk rega RM50 tu.
Dah penat berendam, kitorang balik semula ke hotel dan dinner. Ni nak habaq
ni, memang sedap sungguh la makanan-makanan kat hotel ni! The Pine nama
restoran dalam hotel ni, kat aras lobi aje. Restoran ni dibuka pagi aje pada
waktu sarapan, dari pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Tapi hari tu, kitorang
berpeluang rasa makan tengahari dan makan malam juga kat sini. Cuba
menu-menu yang ada selain dari sarapan, tak tipu, serius sedap! Tengok
gambor makanan kat bawah.
Untuk sarapan pagi, seawal pukul 6 pagi dah para tetamu hotel datang makan.
Kalau datang lewat, kena berbaris dan ambil nombor giliran tau. Sebab hujung
minggu, hotel ni memang penuh dengan manusia yang nak jenjalan dekat Desaru.
Tapi walaupun kena berbaris, bila da dapat duduk dan makanan pulak memang
sedap, uihhh hilang terus rasa penat menunggu tu.
Alhamdulillah untuk semua yang seronok kat sini. Nak masuk gym tak sempat,
tapi kalau uols nak tengok gym dia macam mana, boleh belek aje post kat FB
page ciksun kat bawah ni ya!
Bagi yang nak grab promo pakej AWDC kat Amansari Hotel Desaru, ongkosnya
bermula dari RM230 untuk:
🛏️ Bilik superior twin (2 pax)
🍽️ Buffet sarapan (2 pax)
🏄 Tiket Adventure Waterpark Desaru Coast (2 pax)
In case pergi dengan anak-anak, uols boleh tambah tiket waterpark dengan
hanya RM45 je per tiket. Nak upgrade bilik pun boleh! Sediakan aje beberapa
puluh ringgit lagi.
Promo ni sehingga 5 Disember 2021 aje tau! Boleh tempah seminggu lebih awal untuk dapat harga seperti tersebut ya! So, apa tunggu lagi? Cepat book
sekarang!
Telefon: 07-828 0200
Email: reservation.hd@amansarihotels.com
10 Comments
Menarik jugak stay kat sini sebab keliling ni banyak makanan sedap2 jugak kan sebab hotel cuma sedia buffet sarapan aje. Lama tak pergi waterpark, rasanya last pergi Gambang, hihi.
ReplyDeletejom repeat lagi cik sun.. macam tak puas lambung ombak rasanya ni hahahaha
ReplyDeletebestnya ciksun. lama tak pergi water park.
ReplyDeleteRugi laa kalau pergi tak cuba semuaaa... 😫😫
ReplyDeleteHaritu sempat aku ke SKS jenjalan gan abang aku, mybe korang dah check-out hehehe.. makan shushi kat SKS tu macam lain beno rasa hahahaha..
ReplyDeleteOne day leh laa stay sini kalau ikut Laki aku ke Penggerang..
lepas ni bkalau turun ke JB dah boleh ke sinilah.
ReplyDeleteHusband PH pernah stay sini tp that time AWDC ni belum dibuka.
ReplyDeleteBestnya food dia.
Lama dah nak makan breakfast buffet di hotel ;)
Pernah pergi masa awal awal pembukaan tempat ni..Masa tu gelongsor ada satu tak siap lagi...Saya suka gelongsor dengan wave beach tuhhh!!! Yang buaian tu, tak minat sangat, peninggg kepala..Hoho~ Weh sedapnyaaa foodss!
ReplyDeleteBesar bilik dia. Dah semestinya selesa. Lagi best tu tempat penginapan ada waterpark sekali. Ada tarikan lah kiranya menginap kat sini kan.
ReplyDeletelast gi waterpark.. x ingat dah. lama sgt dah kot... bebudak la paling seronok kalu ke tempat2 mcm ni.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com