Ticker

6/recent/ticker-posts

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang! | Dah la terjebak dengan keladi, macam mana boleh terjebak membela ikan dalam akuarium pulak ni? Haha! Sebenarnya ciksun mula ternak gapi dalam pasu pokok teratai. Tapi entah kenapa, pokok teratai tu tak dapat bertahan lama. Daunnya mula rosak, kemudian mati satu persatu. Jadi, daripada pasu pokok tu terbiar, ciksun fikir elok lah pindahkan gapi tu masuk dalam rumah. Letak dalam akuarium.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Memula ciksun beli dekat Shopee, seller ikan gapinya dari Kelantan. Beli dua pasang ikan gapi Red Flamingo. Seller bagi free lagi seekor betina. Entah bilanya boleh beranak jugak diorang dalam pasu teratai tu. Terkejut ciksun nampak sekor anak gapi kat dalam tu. Tak terjangka, dan tak ada ilmu pun nak jaga gapi masa tu. Lebih kepada nak suruh ikan makan jentik-jentik kalo nyamuk bertelur dalam tu.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Kesilapan ciksun juga masa pemindahan ikan dari pasu teratai, awalnya letak dalam bowl yang terlalu cetek. Ada seekor ikan gapi da melompat keluar. Esok paginya ciksun nampak tulang ikan je kat bawah rak pasu bunga. Erk. Then, bawak masuk dalam rumah, yang selebihnya masih survive lagi sehingga lah ciksun pergi tukar air dalam bowl tu.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

100% water change menyebabkan seekor lagi ikan gapi tu mati. Tinggal lah tiga ekor ikan gapi dengan seekor anak. Ciksun tak sedar lagi masa ni kesilapan tu. Then ciksun beli akuarium berbentuk silinder, diameter 25 cm, tinggi 30 cm. Baru lah syok ikan-ikan nak berenang kan, banyak sikit air dalam tu. Tapi time ni pun ciksun ingat boleh terus masukkan je air baru dan titiskan klorin. Rupanya tak boleh.

Anak ikan gapi tak mampu bertahan. Then malamnya seekor lagi mati. Esoknya lagi seekor. Aduh, kenapa ni? Tinggal seekor aje dia dalam tu. Hari pertama dia tinggal seekor lepas semua mati, dia nampak stress dan tak sihat. Ekornya kuncup, tak dikibarkan macam selalu. Sedih pulak ciksun. Dia terasa agaknya kekosongan akuarium, cari kawan-kawan yang dah tak ada.

Maka, ciksun pun fikir tambah la dua ekor bagi kawan dengan dia. Kali ni ciksun beli sepasang lagi, dari Kulai pulak. Dapat lah spesies Half Black Red guppy. Cantik warnanya. Warna ikan gapi jantan lebih menyerlah dari ikan gapi betina. Tapi malang sekali, Red Flamingo yang tinggal seekor tu tak dapat nak geng sangat dengan diorang. Sifatnya yang terlalu tenang tak serasi dengan dua ekor HB Red yang terlalu agresif. Makan pun berebut macam haperr, Red Flamingo tu entah-entah tak sempat nak makan, makanan da habis. Errr. Akhirnya dia pun mati, tinggal lah dua ekor HB Red jantan betina tu.

Kosong pulak akuarium tu sebab tinggal dua ekor. Lagi kesian sebab yang betina tu asyik kena kejar dengan yang jantan tu. Kita tengok pun semput, duk keliling akuarium. So, ciksun tambah lagi dua ekor, jantan betina sebab katanya kalo nak elak gapi kena buli, kena bela ramai supaya pembulian berkurangan.

Bertambah la dua ekor lagi jantan betina. Ingatkan tak kena kejar dah, rupanya sampai sekarang pun masih berlari berkejaran. Ahahaha! Yang kelakornye, masa baru place order dua ekor lagi, HB Red yang lama tu beranak pada hari yang sama! Adeiii, kenapa la baru perasan. Hahaha! Takpe lah, rezekiii. Meriah kolam jadinya.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan gapi makan anak tau, so kena beli breeder box untuk isolate anak gapi dari ikan gapi dewasa. Sepatutnya ramai lagi anak ikan gapi tu, tapi sebabkan mak bapak diorang makan anak, tinggal la berapa ekor aje. Yang first batch tu ada empat ekor anak, tapi seekor lesap entah ke mana dalam akuarium tu. Kena makan agaknya. Tinggal la tiga ekor.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Dari tiga ekor yang remaja tu, ciksun tukar seekor dengan kawan yang buat bisnes aquascape di Johor Bahru. Plus 10 fry kecik-kecik yang baru lahir, tukar dengan dua ekor Molly, jantan betina. Saja nak menambah warna dalam akuarium tu. Kalo diorang beranak kacuk, itu rezeki lah. Ikan Molly tu dua jenis, yang jantannya Dalmatian molly, yang betina pulak Yellow Lyretail. Cantik sangat dan besar dua kali ganda saiznya dari ikan gapi ciksun.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Molly Fish J.Barry Aquascape Johor Bahru

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Dalmatian molly tu da macam taiko kolam, mulut dia kemain besar. Anak-anak ikan habis dimakannya. Hahahaha! Sebab tu ciksun beli akuarium baru beberapa hari lepas. Pisahkan yang dewasa dan remaja dengan anak-anak ikan. Kalo tak pisahkan, mahu tinggal seekor dua aje anak-anak gapi yang baru lahir seminggu tu. Kali ni lebih 20 ekor anaknya. Disebabkan dah bagi John Barry 10 ekor plus 1, tinggal lah dalam belas-belas ekor kot.

Ikan-ikan Ciksun, Dah Ber-Aquascape Pulak Sekarang!

Cantik tak akuarium baru? Ciksun pasang sendiri pokok java fern dekat driftwood tu kali ni. Beli aje tali pancing kat shopee seller yang sama. Senang aje. Pokok sebelahnya pulak selitkan dalam lubang pada lava rock tu. Ada dua lubang khas untuk letak pokok. Jadi, nampak lebih natural pertumbuhannya pada batu tu.

Siput dalam akuarium

Ciksun ternak siput jugak dalam akuarium ni. Dulu masa memula nampak siput, terus rasa terancam. Pergi buang laju-laju. Tapi hari tu pergi jumpa John Barry, dia cakap siput ni bagus untuk bersihkan akuarium dari kotoran dan alga. Lahhhh, ye ke? Terus mintak seekor dua dari dia and bubuh dalam akuarium ciksun. Setakat ni memang dia kerja 24 jam bersihkan akuarium, hahahaha!

Bela ikan dalam akuarium pun kena ada ilmu, sama macam bercucuk-tanam. Kena tahu sifat ikan tu dan keperluan hidup dia macam mana. Ikan gapi dan molly ni senang sebenarnya sebab tak perlukan pam oksigen. Tapi diorang sangat sensitif dengan suhu dan kandungan air. Air tak boleh tukar 100%, kena tukar 30-50% aje setiap minggu. Lepas tu, kena letak antiklorin dan air ketapang sikit untuk bagi dia rasa macam habitat dia yang sebenar and kurangkan stress dia lepas tukar air. Penapis air kena pakai untuk filter kotoran dalam air. Kalau tak rajin pakai penapis, beli aje batu karang untuk jadi penapis semulajadi. Air pun kena bubuh PSB untuk jadi bakteria baik yang akan menguraikan kotoran dan najis ikan dalam akuarium. Tapi bakteria ni pulak perlukan perumah dalam akuarium kita, batu karang dan seumpamanya. Bakteria ni jugak perlukan oksigen sama macam ikan tu, maka berebutlah oksigen nanti. Hahahah! Ish, comlicated kan?

Jangan lah bela ikan macam ciksun! 🤣

Post a Comment

10 Comments

  1. cantik, saya suka tengok akuarium ikan guppy lebih2 lagi kalau banyak guppy jantan

    ReplyDelete
  2. cantik ikan gapi ni, kalau budak2 lelaki ni memang minat nak bela ikan macam ni..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ID aquarium. Mesti gembira ikan ikan duduk dalam tu. Setuju sangat, bab nak bela ikan tu kena ada ilmunya.

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah. Cantik .Meriah. Jadi terapi ni Ciksun.

    ReplyDelete
  5. dulu pernah jgk bela ikan.. sbb tgk mcm best je bela..
    bila dh beli esknya ikan2 mati.. sbb xde ilmu la.. haha

    seronok kan kalo blh belajar ilmu bela ikan ni..
    ralit tau perati ikan berenang2 dlm aquarium..

    ReplyDelete
  6. Kesiannnya ikan ikan ituuu..banyak mati oii..hehe.. Aku dulu bela ikan, bertahan lapan bulan je..Penjual tu cakap, guna air tapis je masa salin air tapi jangan guna air tapis yang macam coway tu..HAHHA..Complicated..

    ReplyDelete
  7. akak suka tengok ikan, tenang rasa tengok mereka berenang... tapi akak tak minat nak beli, sebab pernah bela asyik mati je ... jadi malas nak bela lagi.
    Kucing cik Sun tak kacau pulak ya ikan-ikan tu... kalau umah akak, entah jadi ap alah ikan tu semua heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah takde..diorang tengok je and tak berminat...dulu ada seekor yang suka tengok, siap duduk tepi akuarium...sekarang dia da takde, da ikut housemate balik duduk kampung..

      Delete
  8. cantiknya..rasa nak bela ikan la..letak atas desk.. pandang komputer..pandang ikan, senaman mata...

    ReplyDelete
  9. Nanti aku bagi ko JAWS yaaa hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com