Ticker

6/recent/ticker-posts

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje | Assalamualaikum semua. Selamat hari Isnin yang membahagiakan hati hampir semua rakyat Malaysia. Ye lah, semalam Perdana Menteri Paklong dah umumkan kebenaran untuk merentas negeri bagi yang dah fully vaccinated. Sakan semua pasang lagu raya, kekonon nak balik kampung beraya la ek? Haha!

Bagi yang dah mula balik kampung atau yang tengah merancang nak balik kampung dalam masa terdekat, jaga diri dan teruskan berwaspada ya. Kita tak nak kisah lama berulang kembali, nanti lockdown lagi pulak sampai dua tahun lagi. Aduhhh, penat! Mohon semua patuhi SOP, selagi ada COVID-19 di muka bumi ni.

Sebenarnya nak share gambar-gambar makanan masa celebrate birthday housemate ciksun, dak Ibah hari tu. Tanggal 3 Oktober setiap tahun, seketul usyajah bertambah usia. Haha. Kitorang sambut kat rumah aje walaupun dah boleh dine in, sebab Ibah belum cukup dua dose vaksin. Hari Rabu ni baru dia ambil dose kedua AstraZeneca. Nampak gayanya, bulan November baru kitorang boleh berjalan-jalan satu rumah.

Ibah dah lama teringin nak makan bakar-bakar macam Korea, balut daging dalam salad, then masuk mulut. Jadinya, kitorang buat la menu ala Korea, bakar daging, bakar ayam, bakar kambing. Cicah dengan sos Thai, makan dengan salad.

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Kambing perap tu Ibah dah order awal-awal dengan MamaSab. Dua bekas dia order. Satu bekas RM55. Sedap juga perapannya. Macam-macam saiz ada dalam tu, kalau tak silap ciksun, 9 keping sebekas. Daging dengan ayam pulak kitorang perap sendiri. Ciksun start perap dari pagi lagi. Resepi sesuka hati, daging tu pakai resepi daging harimau menangis, tapi derhaka sebab takde sos ikan, ciksun guna sos BBQ aje. Haha!

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Bakar atas oven tray yang dibalut dengan aluminium foil, guna dapur elektrik. Bila dah masuk tray kedua, kitorang perasan api nya terlalu kuat untuk tray tu sampai tembus tray, nampak merah bara api elektrik. Jadi untuk last batch, kitorang bakar dalam kuali leper aje, kuat la sikit kan menahan panas dapur tu.

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Nada ada buat Kimchi Stew jugak, dah jadi menu febret kitorang semua. Ada hirisan daging juga dalam tu. Gochujang dah jadi bahan dapur wajib ada kat rumah ni. Sebab semua orang suka rasanya dalam kuah sup. Semalam pun ciksun masak sayur guna Gochujang, sedap tau!

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Kek pulak kitorang tak beli pun, sebab ada hadiah sebiji kek dari mak ayah student Ibah. Alhamdulillah, murah rezeki Ibah, banyak dapat orang belanja makan dan hadiah. Kitorang tumpang kongsi merasa. Haha.

Celebrate Birthday Housemate, BBQ di Rumah Aje

Ibah pulak sweet sangat, siap bagi kitorang hadiah seorang satu beg kertas ni. Ada tabung Sedekah Subuh dengan set canvas painting. Ciksun suka sangat! Happy Birthday Ibah! Moga segala impian Ibah tercapai, diberikan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen!

Post a Comment

10 Comments

  1. Seronoknya sambut birthday dengan housemate...SA pun cadang nak buat BBQ nanti...tunggu adik bongsu balik...silap hb Sabtu ni dia balik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh kalo kak SA buat BBQ, confirm menyelerakan semua menunya!

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya daging bakar balut salad makan macam korean style tu. Terasa rasa masam masam kimchi stew tu. Sedapnya alahaii..meriah sambutana birthday housemate. Seronok birthday girl diraikan.

    eh dah tukar template terus..laju loading :)

    ReplyDelete
  5. Bila dah serumah dah rasa macam adik beradik kan. Sama-sama 'saling'. Alhamdulillah. Semoga ukhwah ini sampai nanti. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. sukanya mkn ala korea.. sy sllu mkn ayam bakar balut ngn salad.. fuhh nikmat.. hihi..
    smbut kat umh pon seronok!

    ReplyDelete
  7. terbaik la macam tu...

    happy birthday untuk Ibah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com