Ticker

6/recent/ticker-posts

Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru

Langsung dari Puteri Harbour, Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru | Hard Rock Cafe Puteri Harbour akan menjejakkan kaki ke Iskandar Puteri, bandar paling selatan di Semenanjung Malaysia yang terletak di Johor, dan akan menandakan pembukaannya sekitar bulan Disember 2021. Ciksun berkesempatan untuk turut serta dalam kenyataan media Hard Rock Cafe Puteri Harbour secara virtual sebentar tadi bersama rakan-rakan media yang lain.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru

Kafe yang bakal dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi - dengan tempat-tempat menarik untuk peminat.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru

Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat di bahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hiburan musik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.

Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman termasuk minuman bebas alkohol.

Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain. Kemungkinan juga, uols akan menemui koleksi cenderamata Hard Rock yang berbeza dari tempat lain di sini, mengambil kira keunikan negeri Johor yang tersendiri.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru

“Kami mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk. Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa." ulas Pengurus Besar, Jimmy Wong.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel kepada;

Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian:

Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang:

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik ni. dah boleh rentas negeri nanti nak ajak member peminat souvenir HRC ke sini

    ReplyDelete
  2. Tak sabarnya lahaii nak pergi.. tapi entahlah, jangan nanti dah buka, memang tak pi kang hahahaha.. yang jauh gak kang di perginya kekekeke

    ReplyDelete
  3. Semakin banyak cawangan dibuka. Tak pernah lagi berkunjung di mana mana Hard Rock Cafe. huhu...

    ReplyDelete
  4. Bertambah tempat santai. Alhamdulillah, banyak pilihan.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg shida pi mana2 cawang HRC ni..x bkesempatan lg..

    ReplyDelete
  6. bagus lah ada dekat JB sebab tu salah satu tempat pelancongan yang top dekat malaysia

    ReplyDelete
  7. makin meriah la puteri harbour. rindunya nak ke sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com