Ticker

6/recent/ticker-posts

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm | Semua dah sedia tahu, madu adalah makanan sunnah yang elok diamalkan pengambilannya untuk kesihatan. Ciksun pun bila dah kena COVID-19 tiga bulan lepas, terus amalkan pengambilan madu hari-hari. Walau ada jugak la hari yang ciksun lupa nak ambil, hari esoknya ciksun sambung lagi. Ye lah, tu je cara untuk ciksun boost immune dalam masa pandemik macam ni. Nak harap vaksin, belum cukup dua dos. Esok baru cukup, tu pun kena tunggu 14 hari lagi.

Jadi, tak salah untuk amalkan apa yang baik untuk diri kita sendiri. Dalam dua minggu ni, ciksun cuba jugak Madu Kelulut dari Urban Ecolife Agrofarm (UEA). Pernah dengar brand ni? UEA adalah sebahagian daripada YAYASAN PERMAKULTUR ECOLIFE (Protem). Diorang mempelopori bidang "Regenerative Agriculture 4.0" yang berasaskan teknologi Aquaponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology.

UEA ni diasaskan oleh Dr Abdul Aziz Azimullah. Diorang berharap dengan adanya UEA ni dapat membantu menjaga alam sekitar, membekalkan makanan untuk manusia sejagat dan dapat mengelakkan kehancuran alam sekitar (Climate Disaster) yang sedang berlaku sekarang dan boleh menghancurkan tamadun abad-21 ni. UEA mempelopori bidang tanaman herba, Agropreneur Nursery dan Pertanian Berkelompok. Diorang jugak giat menjalankan projek Urban Rooftop Farming dengan memanfaatkan parking kereta berbumbung kat Malaysia ni.

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Ok, jom kenali Madu Kelulut UEA pulak. Sebenarnya UEA ada dua jenis madu (KOMADU), satu Madu Kelulut Asli, lagi satu Madu Apis Mellifera. Yang ciksun cuba adalah Madu Kelulut Asli. Khasiat Madu Kelulut Asli ni adalah seperti berikut:
  • Membantu meningkatkan imunisasi badan.
  • Membantu mengawal paras gula dalam darah.
  • Membantu mencegah masalah pembuluh darah tersumbat.
  • Membantu mengelakkan ketumbuhan sel-sel kanser.
  • Membantu melegakan masalah pernafasan.
  • Membantu melegakan masalah cirit-birit.
  • Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
  • Membantu meningkatkan kesuburan badan.
  • Dan banyak lagi khasiat yang telah diketahui umum.

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm
Sebab botol sampel, jadi semut senang masuk dalam..ciksun tapis je semut tu, haha!

Madu Kelulut Asli ni boleh diambil 1 sudu makan, 2 kali sehari. Pastikan guna sudu plastik. Ciksun ambil Madu Kelulut Asli ni bersama serbuk herba dari UEA juga. Ye, diorang ada banyak produk herba yang boleh diambil bersama KOMADU. Ciksun cuba Serbuk Campuran Herba Atasi K-Cer yang label botolnya kaler merah. Kandungan dalam serbuk herba ni adalah Mahkota Dewa, Daun Afrika dan Daun Belalai Gajah.

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Apa pulak khasiat serbuk herba yang ciksun pilih ni?
  • Membantu mengatasi risiko masalah kanser.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan badan terhadap influenza.
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
  • Membantu menggantikan sel-sel badan yang rosak.
  • Membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan.
  • Membantu membekalkan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Cara untuk ambil, just tuang satu sudu teh serbuk herba dengan 2 sudu makan Madu Kelulut dalam air suam. Kacau rata dan minum. Kalau nak buat smoothie pun boleh. Kisar aje 1 sudu serbuk herba dengan 1 cawan air dan beberapa ketul ais. Boleh dicampur juga dengan Madu Kelulut atau Madu Apis Mellifera.

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Mula-mula memang agak tipikal la fikiran ciksun nak menerima minuman ni sebab ada serbuk herba kan. Sedap ke? Tak pelik ke? Tapi bila dah cuba teguk, eh sedap pulak. Dia rasa macam air asam gitu. Alhamdulillah, boleh telan.

Bila baca khasiat-khasiat dua produk ni, ciksun memang terus pilih untuk mencubanya. Sesuai sangat diamalkan waktu-waktu pandemik gini. Malah, untuk bekas pesakit COVID-19 pun sangat elok sebab kedua-duanya boleh membantu melegakan masalah pernafasan, cirit-birit, sukar tidur, meningkatkan stamina dan menggantikan sel-sel badan yang rosak yang biasa terjadi dalam Long COVID syndrome.


Ciksun ni pulak ada masalah resdung, dan cepat kena selsema kalau ada perubahan cuaca. Kadang-kadang kalau tersilap makan, muncul pulak masalah angin yang susah nak keluar dari dalam badan. Sakit-sakit badan dibuatnya. Alhamdulillah bila amalkan dua produk ni, masalah-masalah tu da berkurangan sikit. Boleh lah ciksun terus amalkan, kan?

Selain dari dua produk tu, ciksun cuba jugak diorang punya Minyak Kelapa Dara. Khasiat-khasiatnya dengan cara pengambilan, ciksun share dalam gambar bawah ni ya.

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Dua Minggu Amalkan Madu Kelulut, Serbuk Herba dan Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife Agrofarm

Sangat useful kan untuk semua benda. Boleh diguna dengan pelbagai cara pulak tu. Versatile. Untuk rambut tu, lupa pulak ciksun tanya, sapu kat rambut terus ke atau minum. Tapi ada je kan minyak kelapa yang memang khas untuk rambut. Kecik-kecik dulu mamak selalu sapu kat rambut kitorang.

Haa, ok lah uols! Panjang sangat da entri ni. Kalau uols nak cuba atau nak bagi family dan kawan-kawan yang memerlukan, boleh belek aje product diorang dekat website atau beli kat Shopee ya!

Bye!

Contact No: 019-718 3581

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus juga diambil dlm keadaan skrg ni kan bg badan lebih kuat

    ReplyDelete
  2. Good sharing Cik Sun. Ikhtiar kita nak lindung diri selain dari vaksin dan follow SOP

    ReplyDelete
  3. Madu tu dah biasa jugak minum dengan air suam. tapi serbuk herba dan kelapa dara tu belum pernah rasa lagi. Tak tahulah boleh telan ke tidak. huhu

    ReplyDelete
  4. Tak pernah try madu kelulut... Nak try la, musim musim gini.. memang menakutkan woooo

    ReplyDelete
  5. mama pun ada juga masalah resdung tu mcm ciksun. bagus ni amalkan madu ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com