Dinner Menu Western Specialty dari Holiday Inn Johor Bahru City Centre | Uols dah dinner ke tu? Makan apa tadi? Ciksun dengan housemate beberapa hari lepas, makan malam dengan menu Western Specialty dari Holiday Inn Johor Bahru City Centre ni. Time PPN dan masih tak boleh dine-in untuk sesetengah orang ni, baik order delivery ke rumah aje. Tapi nak dine-in pun fikir beratus kali jugak sekarang, kes masih banyak lagi, walau uols dah cukup dua dos tetap kena berjaga-jaga.
Muka ada senyum sebab tema HIJBCC ni "smile" |
Menu Western Specialty dari HIJBCC ni berharga RM23.90 aje per set, lengkap dengan salad, buah-buahan potong dan minuman. Uols boleh pilih aje sama ada nak order Vongole Pasta, Oven Baked Mexican Chicken Wings, atau Lamb Ragout Sandwich sebagai main item. Minuman pulak boleh pilih antara Ginger Ale atau Sprite.
Set Lamb Ragout Sandwich |
Set Oven Baked Mexican Chicken Wings |
Set Vongole Pasta |
Antara ketiga-tiganya, ciksun paling suka set Lamb Ragout Sandwich tu. Sedap gilerrr inti kambing kat dalam tu. Nampak aje simple tapi itu la yang paling sedap pada tekak ciksun. Vongole Pasta pun not bad, penuh dengan kepah. Dah namanya pun Vongole kan, mesti la penuh kepah. Haha! Oven Baked Mexican Chicken Wings tu pulak wajib makan dengan kuahnya. Kalau tak, rasa dia agak bland.
Menu-menu ni available setiap hari dari pukul 11 pagi sampai 8 malam. Self pickup dekat Hotel Dropoff Lobby, Level G / Free Delivery kalo berdekatan and boleh jalan kaki je dari hotel. Kalau jauh, tapi nak delivery jugak? Call / Whatsapp diorang di http://www.wasap.my/601151122168 untuk maklumat lanjut!
Ok bye!
4 Comments
Menariknya setiap set ada buah dan salad. Berbaloilah ada complete set macam ni.
ReplyDeleteNampak lazat semuanyaaaaaa
ReplyDeletesedapnya. menu hotel tapi harga berpatutan.
ReplyDeleterindunya nak makan kat hotel
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com