Ticker

6/recent/ticker-posts

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia! | Desaru Coast melancarkan koleksi pakej staycation dan golf penuh keseronokkan dengan tawaran pembelian yang menakjubkan khas untuk 500 tempahan pakej yang terawal | Diiktiraf baru-baru ini sebagai salah satu Destinasi Terhebat di Dunia 2021 oleh TIME Magazine, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) menjemput tetamu untuk mengalih pandangan mereka dan menyuntik semangat baru di destinasi percutian seluas 4000 ekar.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Kempen percutian ini bertujuan untuk merealisasikan keinginan merasai suasana baru dan kebebasan untuk menghirup udara yang berbeza di satu ruang yang terbuka luas. Keinginan untuk melancong semakin meningkat, ramai yang inginkan satu pandangan baru selain dari kawasan perumahan sendiri. Ramai yang rindukan suasana pantai sambil menikmati keselesaan hotel mewah bertaraf lima bintang. Pada masa yang sama, bagi yang bekerja, yang kerap meyertai mesyuarat atas talian harian juga ingin beralih pandangan ke alam semulajadi atau kembali bermain golf di padang golf bertaraf dunia.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Desaru Coast menyediakan semua ini dan banyak lagi melalui kempen Change Your View terkini dengan pakej penginapan yang menyeronokkan serta tawaran istimewa yang tersedia untuk dinikmati semua. Tawaran ini termasuk Sand-sational Deals dan Golf Passport yang popular di destinasi ini, di mana kedua-dua tawaran ini termasuk aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang khas untuk kepuasan percutian.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Sebagai sebahagian daripada panggilan kepada semua pelancong di Malaysia untuk Mengalih Pandangan Anda, 500 pakej pertama yang ditempah antara 10 September 2021 hingga 17 September 2021 akan menikmati pengurangan RM100 daripada harga pakej sementara stok masih ada. Bermula dari RM699, setiap pakej Sand-sational dilengkapi dengan pengalaman Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd.

Desaru Coast bermula dari sebuah penginapan hotel mewah ke golf, makan dan tiket berseronok di taman tema air. Begitu juga dengan Golf Passport, dengan harga RM899 melalui tempahan awal, menawarkan tiga pusingan golf 18 lubang di Els Club Desaru Coast serta baucar perbelanjaan makan dan hotel. Semua pakej tersebut ditawarkan dengan dasar perubahan tarikh yang fleksibel dan tempoh penggunaan sah yang dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Terletak di pantai timur Johor dengan persisiran pantai indah sepanjang 17 km, destinasi percutian bersepadu ini mempunyai hotel bertaraf dunia lima bintang, termasuk Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan One & Only Desaru Coast yang serba mewah. Destinasi ini juga mempunyai gabungan tarikan yang dirancang dalam satu pakej, termasuk dua padang golf bertaraf dunia dan taman tema air terbesar di rantau ini. Dengan ruang terbuka yang luas dan kesalinghubungan yang sangat baik dari segenap penjuru negara, Desaru Coast menawarkan pengalaman percutian pantai yang sempurna untuk rakyat Malaysia yang telah lama merindukan percutian mereka yang seterusnya.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

"Kami faham bahawa ramai orang hilang kebebasan dan keseronokan percutian dan kami telah merancang pakej untuk memenuhi keperluan untuk percutian sempurna yang diinginkan semua. Kempen Change Your View kami bertujuan untuk melengkapkan percutian anda dengan penyediaan tarikan dari pelbagai aspek termasuk imej destinasi percutian yang indah, pemandangan pantai yang memukau, padang golf yang dikekal rapi, dan pilihan tempat makan yang romantis sambil bersaksikan matahari terbenam. Sebagai sebahagian daripada usaha pembukaan semula destinasi, dan permulaan semula perjalanan domestik secara berperingkat, kami menawarkan tawaran Sand-sational dan Golf Passport kami pada kadar yang istmewa supaya tetamu kita boleh menikmati percutian pantai mewah dan selamat termasuk penginapan dan pelbagai pengalaman dan aktiviti pengembaraan. Di samping itu, terdapat diskaun istimewa sebanyak RM100 untuk 500 tetamu pertama yang menempah dengan kami. Tiada tawaran lain untuk pengalaman bertaraf 5 bintang pada kadar harga ini," kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran di Desaru Coast.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

"Pada masa yang sama, sambil kami mahu tetamu kami menikmati destinasi percutian yang sebenar, kami juga ingin memastikan bahawa mereka boleh menempah pakej percutian dengan yakin, bebas dari kebimbangan dan selamat untuk bersantai di Desaru Coast. Kami telah mengukuhkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan di seluruh destinasi kami dengan penetapan protokol yang ketat . Selain itu, kami juga telah mencapai tahap vaksinasi yang sangat tinggi di kalangan semua kakitangan di destinasi kami," tambah Teck Wei.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Desaru Coast mengutamakan langkah berjaga-jaga dengan penetapan protokol kesihatan dan keselamatan yang melebihi piawaian untuk di seluruh destinasi. Program Stay Well @ Desaru Coast mengutamakan langkah-langkah sanitasi, langkah keselamatan yang melangkaui dasar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, seperti menjalankan saringan suhu dan kesihatan serta taklimat dan latihan berkala untuk semua pekerja di seluruh destinasi. Destinasi ini bersedia sepenuhnya ke arah pembukaan semula dengan hampir 100% kakitangan hotel dan resort telah diberi vaksin sepenuhnya. Segelintir kakitangan yang belum diberi vaksin, akan diuji setiap minggu sebelum dianggap layak untuk bertugas.

Alihkan Pandangan Anda ke Salah Satu Destinasi Terhebat di Dunia!

Tawaran Pembelian Awal Terhad
  • Pengurangan RM100 bagi mana-mana tawaran Sand-sational dan Golf Passport yang dibeli dari 10 September hingga 17 September 2021
  • Terhad kepada 500 pakej pertama

Alih Pandangan Anda dengan Sand-sational Deals
  • Penginapan 2H1M di Hard Rock Hotel Desaru Coast (RM799), The Westin Desaru Coast Resort (RM829), atau Anantara Desaru Coast Resort & Villas (RM999) untuk dua orang dewasa
  • Tiket ke taman tema air terbesar di rantau ini – Adventure Waterpark Desaru Coast atau pengalaman menaiki ATV (All-Terrain Vehicle) di tepi pantai
  • Menu makan tengah hari 3 hidangan di 261 Bar & Restaurant di The Els Club Desaru Coast
  • Klinik golf 30 minit di lapangan sasar Ocean Course selama dua jam
  • Pilihan untuk menambah orang dari RM100 dan RM600 untuk penginapan malam tambahan
  • Tempahan dibuka dari sekarang dan boleh digunakan sehingga 30 Jun 2022

Alih Pandangan Anda dengan Golf Passport
  • Tiga pusingan permainan golf 18 lubang golf di The Els Club Desaru Coast
  • Dua set hidangan makan tengah hari di Els Club
  • Baucar F&B RM85 yang boleh digunakan di The Westin Desaru Coast Resort
  • Baucar F&B RM100 yang boleh digunakan di Hard Rock Hotel Desaru Coast
  • Dengan harga RM999, tempahan dibuka sekarang dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2021

Untuk tempahan pakej dan maklumat lanjut mengenai Desaru Coast, promosi semasa serta langkah-langkah kesihatan dan keselamatan destinasi ini, sila layari www.desarucoast.com.

Post a Comment

5 Comments

  1. Cantiknya Desaru Coast Destination Resort ni. Luas. Banyak pilihan nak stay kat mana. Semua hotel 5 stars tu. Yang penting view laut pantai dia cantik. Syoknya lahaii...

    Baiklah bookmark dulu. Tapi nanti kalau ada rezeki singgah bercuti tak tahulah sempat ke tidak grab promo tu. huhu

    ReplyDelete
  2. MashaAllah cantikk. Selamat bercuti. Jangan lupa SOP.

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat ni.. best nya kalo dpt holiday kat sni..

    ReplyDelete
  4. Dorang dah capai vaksinasi yang tinggi setakat ni..Ok, iols rasa selamat nak bercuti...hihi...Niceee la hotel hotel kat sini, i loveee sangat view kat sana wooo

    ReplyDelete
  5. tak penah sampai lagi Desaru Coast ni mmg terigin tau

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com