Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac | Syukurrr, ciksun bakal fully vaccinated dalam seminggu lebih je lagi. Baru selesai dos kedua Sinovac-Coronavac pada 4 September 2021 yang lepas. Waktu yang sama, tempat yang sama. Pukul 9.30 pagi, Dewan Raya Bandar Putra, Kulai. Kali ni ciksun parking dekat dengan gate. Tak nak jalan jauh sangat macam masa first dose hari tu.

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac

Alhamdulillah ada ruang kosong tak jauh dari situ, kali ni ada abang RELA tolong lancarkan lalu lintas. Tak macam tiga minggu lepas, semberono je lah parking memasing. Now jalan dua hala pun diorang dah jadikan sehala aje. Laluan masuk sebelum ni ditutup untuk dijadikan sebagai laluan keluar aje. Nak ke PPV ni, ikut aje papan tanda arah yang baru, ada simpang depan sikit daripada simpang yang lama.

Masuk pun ikut gate lain dah, diorang buka dua gate kali ni. Gate masuk dan gate keluar. Tempat duduk menunggu kat luar dewan pun dah bertambah tapi masih lengang macam first dose hari tu. Maybe sebab awal pagi. Sampai aje, diorang suruh update status COVID-19 kat MySejahtera dulu. Nak make sure takde sesiapa datang dalam keadaan tak sihat. Lepas tu terus masuk ikut laluan dos memasing.

Masuk dalam dewan, ciksun teruja sebab semua dah upgrade dari tiga minggu yang lepas. Sebelum ni manual, sukarelawan panggil nombor giliran kita. Sekarang, pakai nombor automatik macam dekat hospital, atau pejabat-pejabat kerajaan tu. Lebih sistematik dan lebih banyak tenaga sukarelawan dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Patut lah sekarang Johor boleh capai jumlah vaksinasi sampai lebih 30k sehari.

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac

Alhamdulillah, Selesai 2nd Dose Sinovac

Tempat suntikan pun lebih tertutup, siap ada tabir hitam. Tapi ciksun tak ambil gambar dah kali ni. Nak cepat-cepat blah je. Then duduk dekat ruang pemerhatian sekejap sebelum nombor kita dipanggil. Sukarelawan yang tunggu kat situ tunjuk MySejahtera kita dah updated. Boleh tunjuk sijil kat MySejahtera tu atau kad vaksinasi bila diminta.

Keluar dari dewan, ada ruang bergambar tapi ciksun tak ambil gambar pun. Sebab takde sukarelawan dekat situ. Haha, ye lerr takkan sukarelawan nak kerja ambil gambar orang pulak. Yang tengah bergambar pun kengkawan diorang yang amekkan. Ciksun datang seorang je, takde geng. Nak minta tolong orang yang tak dikenali, tak berani ciksun nak serahkan telefon ciksun. Eeee takutttt!

Ciksun terus balik rumah aje. Alhamdulillah, setengah jam je dah siap. Sampai rumah, terasa begitu lapar padahal sebelum ke PPV, ciksun dah sarapan granola dengan susu segar. Aik, efek vaksin ke ni? Mungkin juga, sebab ciksun mengketedarah roti bakar 3 keping dengan nasi goreng sepiring. Erkk! Lepas tu malamnya ciksun tidur awal dari kebiasaan, pukul 10 malam dah mengantuk gila. Esoknya pun lepas Subuh, ciksun sambung tidur lagi sampai pukul 10 pagi. Erkkkk!

Hahahah! Itu lah kisah dos kedua ciksun. Alhamdulillah takde efek yang teruk-teruk sangat. So sekarang menunggu lah tempoh 14 hari untuk vaksin ni matang.

Uols dah fully vaccinated ke?


P/S: Mohon doa semua untuk family ciksun di Bintulu, Sarawak. Bapak ciksun takde selera makan berapa hari dan takde deria bau. Adik ciksun tergerak buat self test kit petang tadi. Ada dua line. Then, bawak pergi klinik buat RTK, result positif. Allahu. Dah followup hospital besar kat sana, diorang suruh balik rumah sebab simptom tak teruk. Tapi esok, adik nak bawak pergi buat PCR pulak untuk confirmkan betul-betul. Moga-moga semua baik-baik aje, kalau positif, mudah-mudahan diberi kesembuhan. Diorang semua kat rumah tu dah fully vaccinated, semoga vaksin membantu dengan izin Allah.

Post a Comment

18 Comments

  1. Alhamdulillah dah selesai suntikkan vaksin second dose . Semoga sihat selalu dan dijauhi dari wabak penyakit berjangkit

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..mudah perjalanan second dose. cepat siap. Lepas ni tunggu 14 hari fully vaccinated je. So far saya second dose sinovac lenguh sikit je sehari. lapar tu pasti.

    Allahu..semoga Ayah dan keluarga semua terus kuat dan semoga kembali sembuh bebas covid. Aaaminn...

    ReplyDelete
  3. Yeay alhamdulillah.
    Ya Allah moga keluarga Cik Sun tidak mengalami gejala teruk. Harap cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. bagosnya sruh update status kat mysejahtera dlu..
    kalo kat tmpt lain sume pakai redah je masuk..
    camni rs ok skit.. yg betol2 sihat bru dpt masuk

    alhamdulillah dh selesai vaksin.. =)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ciksun dah fully vaccinated.
    Sama-sama kita doakan agar keluarga Ciksun kembali sihat aamin.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah ciksun dah dah dpt 2nd vaksin..
    harap sentiasa sihat aje k...

    utk family kat bintulu, semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah syukur Ciksun dan lengkap dua dos vaksin.
    Semoga ayah Ciksun segera pulih kesihatannya. Ya Allah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah settled dah. ^_^

    Allahu, moga diberikan kesembuhan untuk family di Bintulu. :')

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah #Roadtoherdimmunity

    Semoag baik2 sahaja keluarga ciksun di bintulu

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Semoga dilindungi dari COVID-19.

    ReplyDelete
  11. tahniah ciksun.. mama dah fully vaccined dah alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. kalau kena positif pun sangat risau kerana sekarang ini cuma pada stage 1 dan 2 sahaja..

    bertenang sahaja.

    doa yang baik-baik.

    tahniah juga kerana sudah mendapat vaksin

    ReplyDelete
  13. semoga family ciksun disana semua selamat...insya Allah.

    ReplyDelete
  14. Yahooooo! Done dua dos! Same heree.. Moga selamat dan sihat semua keluargamu di sana kak! InshaALLAH keadaan akan baik baik je...AMIN

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com