Ticker

6/recent/ticker-posts

Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan

Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan | Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini, HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang begitu indah. HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini, kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang, serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang - ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia. 
 
Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan
Dato’ Sri Meer Habib [kiri] and Najib Bamadhaj [kanan] bersama karya National Aspiration, kerjasama kreatif Najib bersama kempen Keindahan Merdeka HABIB

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”

Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, perniagaan emas merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang terus berkembang maju. HABIB mengimbau kenangan di mana pada suatu ketika dahulu, para wanita terpaksa mengorbankan barangan kemas mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan. Begitu lah besarnya erti dan harga sebuah kemerdekaan. Jadi, kita haruslah bersyukur dan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai walaupun kita tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.

Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. 

Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”

Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:

Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj

Inspirasi di sebalik lukisan ‘National Aspiration’ ini hadir daripada kekuatan serta harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.

Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.

Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan

Keindahan Merdeka HABIB, Si Rama-rama Metafora untuk Kempen Kemerdekaan

Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA
Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.

Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan makanan yang telah disimpan sebelumnya agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai. Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.

Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya si beluncas merdeka dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Sape nak hadiahkan akak barangan Habib ni?dulu beli cincin nak tunang kat Habib..last2 x jadi..so x dapat la cincin...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Untungnya kalau dapat ni. Ada bajet lebih bolehlah membeli. Tahniah perekanya Najib Bamadhaj dan juga Habib Jewels.

    ReplyDelete
  3. wow nice. cantik design siap rama rama tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com