Cerita Birthday Ciksun, Dah Masuk Umur 34 Tahun | Ya Allah, lambat betul update cerita ni kan? Birthday ciksun 31 Julai yang lepas, sekarang dah nak masuk Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 dah. Haha! Baru ada kerajinan nak share cerita ni kat sini. Simpan buat kenangan pada masa hadapan.
Awal pagi, orang yang pertama wish Happy Birthday adalah kak Ayu Citarasa Rinduan, dekat Facebook dia buat ucapan sekaligus untuk dua orang rakan blogger yang lain. Blogger lama yang dah pencen, kitorang dulu siap buat giveaway bersama sempena tarikh birthday. Selamat hari lahir buat Azlini dan Cikali!
Then lepas tu baru masuk semua wish birthday yang lain. Encik suami pun pagi tu jugak dia ucap Happy Birthday. Dia cakap takde bagi hadiah, kalo bagi teddy bear, bunga, benda tak bermanfaat katanya. Haha! So dia bagi duit aje dan buat lah apa yang perlu. Terus ciksun cakap, nak beli rak pasu bunga boleh tak? Tak boleh! Lorrr, hahahaha! Tapi sebelum-sebelum ni dia da bagi banyak da hadiah pre-birthday. Thanks encik suami, I love you!
Ikutkan tu hari birthday ciksun yang paling senyap sunyi sebab tarikh dalam PPN fasa 1. Hari Sabtu yang tak boleh keluar celebrate dengan kengkawan mahupun housemate. Ciksun duk dalam bilik je, tengahari camtu order foodpanda, teringin aiskrim pulak. Haha! Memang sepi sungguh. Housemates semua pun buat hal sendiri.
Petang-petang, tiber ada orang call bagitau ada surprise delivery. Eh, sape pulak bagi ni? Ciksun keluar rumah and tengok ada dua orang wanita tunggu depan pintu, sorang pegang kotak kek Mamasab, sorang pegang bunga orkid dengan balloon bouquet buah-buahan. Erkk!
Banyaknyaaa! Bila tengok dekat kad, hahahahha! Macam boleh agak dah tadi bila nampak bunga orkid. Seketul Sis Lin yang hadiahkan semua tu. Allahu, banyak betul hadiahnya. Terima kasih Sis Lin! Anggur tu cantik gila, rasa macam buah palsu and takut tersilap makan. Tapi, tu buah yang betul ye! Haha!
Tak lama lepas tu, adik ciksun yang kat Shah Alam nun call, tanya ada dekat mana sebab dia nak hantar barang. Lorrr, tak surprise betul budak ni. Hahahaha! Ciksun kabo kat dia duduk rumah je ni, mana boleh celebrate kat SDS Bakery & Cafe. Kahhhh! Sambil tunggu orang dia datang, ciksun kemas pasu pokok kat luar sebab rak pasu yang baru dah sampai. Time ni housemates ciksun pulak keluar beli barang dapur.
Ni dia hadiah dari my sister. Eh tersama pulak tema dengan hadiah Sis Lin tadi, warna kuning. Haha! Adik ciksun pun cakap, "tema birthday ko tahun ni kuning ek?" Mana la ciksun tahu, hahahah! Adik ciksun bagi jambangan coklat, yummy!! Thanks Syim!
Habis kemas pasu pokok, ciksun masuk dalam rumah, pergi mini nursery kat tingkap dapur pulak. Tu la rutin ciksun setiap hari sekarang. Bangun pagi celik mata dah tengok pokok, periksa kalau-kalau ada makhluk perosak, tengok keadaan pokok tu, apa perkembangannya setiap hari. Pagi petang malam macam tu. Kalau masuk dapur nak masak pun confirm akan pergi tingkap dapur tengok pokok dulu. Haha!
Masa ni lah housemate ciksun, dak Nani yang baru balik keje jerit dari pintu depan. "Kak Sunahhhhh, tolong jap!!!" Eh, budak ni. Nak tolong apa ni, aku rasa aku tak tutup pintu pun tadi. Bukan kunci pun. Bergegas ciksun pergi depan.
Jeng jeng jeng, housemates yang dua ketul konon pergi beli barang dapur tadi nyanyi lagu birthday sambil dak Nani amek video. Haha! Ngok! Ni kerja korang ye! Buat surprise rupanya. Beli barang dapur konon! Ciksun pun tak syak apa-apa. Selalunya ciksun cepat alert benda-benda gini. Haha!
Thank youuu korang! Diorang beli kek Coklat Indulgence kegemaran ciksun, Domino's pizza dengan KFC. Malam tu dinner ni la kitorang, dengan tambahan kek Red Velvet dari Mamasab yang Sis Lin bagi tadi. Alhamdulillah. Rezeki dikongsi beramai-ramai.
Esoknya, ciksun pergi office, bos dengan staff office pun celebrate juga birthday ciksun. KFC lagi dari bossku, hahaha! Prof pulak belanja kek SDS. Kak Nad bagi kek Coklat Moist Surico, sedap juga keknya. Tak cukup dengan tu, petangnya Encik Azian tenant kitorang belanja durian Black Thorn, IOI and Udang Merah. Allahu. Rasa disayangi sungguh. Haha.
Dan petang tu jugak kenalan ciksun bagi hadiah cawan Starbucks Sakura ni. Kak Rose Ardiza owner De' Chintarasa Cafe merangkap antara urang Sarawak yang baru je ciksun kenal beberapa bulan lepas, bagi hadiah ni. Cantik sangat cawannya, sayang betul rasanya nak pakai. Masih tersimpan dalam kotak sampai hari ni.
Ingatkan da habis sambutan hari jadi, beberapa hari lepas tu, kakak-kakak kesayangan ciksun pulak belanja McD. Kak Azila dengan kak Ayu Citarasa Rinduan bersekongkol belikan McD untuk ciksun dan housemates. Alhamdulillah, terima kasih! Walau tak dapat bersua muka di kala COVID-19 bermaharajalela ni, macam-macam yang kawan-kawan dan family bagi sebagai tanda ingatan.
Ni my youngest sister bagi, beberapa hari sebelum birthday ciksun dia dah whatsapp tanya nak apa. Jujurnya ciksun takde terfikir apa-apa masa tu. Takde benda yang diidamkan sangat pun. Tapi dia suruh jugak tengok Shopee cart. Aik? Macam tahu-tahu aje dalam cart tu ada barang hahahah! Maka beberapa hari lepas birthday tu berduyun-duyun lah parcel sampai.
Ciksun ingatkan dia beli dari satu seller je, yang Korean coffee KANU tu. Rupanya dia belikan semua sekali. Aigooo! Banyak ongkosnya tuuu! (seorang kakak tetap kakak dalam hal berbelanja 😂) Terima kasih adikku!!! Sayang awak lebeyyyhhh! Haha! Kopi KANU tu da hampir habis dah pun. Share reramai dengan housemates. Diorang pun suka rasa Mint Choco Latte tu, sedap. Tapi nak minum strictly kena guna cawan 100ml je, sebab kalau pakai cawan biasa, rasa dia cair.
Alhamdulillah, terima kasih atas segala ingatan dan ucapan beramai-ramai dekat Facebook, Instagram dan Whatsapp juga. Hadiah paling best pada 31 Julai 2021 tu adalah kemenangan pasukan beregu lelaki Badminton negara ke atas Indonesia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ya Allah, happy gilaaa, pingat gangsa pertama dan pingat pertama Malaysia. Congrats Aaron and Wooi Yik! You are the best!!
Da basi pun cerita ni. Haha!
Ok lah, panjang bebenar ek entri ni. Disebabkan panjang, mungkin ciksun akan menghilang lagi beberapa hari, nak kumpul content kunun. Padahal banyak je gambar da transfer ke laptop ni. Ahahahahah!
9 Comments
Gitu aje le ko.. kejap ado kejap takde..
ReplyDeleteTu check ulat, jangan jadi ulat bulu sudah hahahahaa
Happy birthday CikSun! Tudiaaa banyaknya surprise, hadiah dan segala kek. Alhamdulillah disayangi ramai. Happynya...Ala, jangan menyepi lama sangat.
ReplyDeleteHappy belated birthday ciksun! Seronoknyaaaa dapat banyak surprise!
ReplyDeleteHHhhaa meriah besday celebration dia tahun ni.. Hehehe hepi belated bithday cik sun.. Semoga makin cuna lps ni ye hehe..
ReplyDeleteWow banyaknya surprise...happy belated birthday Sunah...
ReplyDeleteHappy birthday! semoga sihat selalu!
ReplyDeleteTahniah banyak dapat suprise
ReplyDeleteHbb SS
Happy Belated Birthday! Nice nyaaa.. dilimpahkan rezeki dan kasih sayang ramai.. Moga bebaik kehidupanmu.. Amin
ReplyDeleteHappy Belated Birthday cik Sun. Smoga dimurahkan rezeki sentiasa.
ReplyDeletemeriah ye birthday, byk suprise..tahniahh
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com