Koleksi DWA HABIB Buat Pencinta Minimalis | HABIB memperkenalkan rekaan cincin berlian terbaru yang dinamakan Koleksi DWA. Nama DWA yang diilham daripada perkataan ‘dua’, cincin ini memberi ilusi seperti memakai dua bentuk cincin. Cincin DWA ini mempunyai pelbagai rekaan yang unik berkonsepkan minimalis. Rekaan yang tampak ringkas ini adalah gabungan dua cincin yang dijadikan satu dengan kelainan fokus entiti bagi setiap satu.
Koleksi DWA ini diinspirasikan daripada pelbagai motif, antaranya galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian, serta kasih sayang. Rekabentuk unik yang ditawarkan termasuk:
- Dua ‘band’ berlian serupa
- Interseksi dua cincin digabung dengan sebutir berlian diatasnya
- Gabungan dua ‘band’ ringkas dan bertatahkan berlian
- Kerlipan 2 bintang diatas satu cincin
- Gabungan rekaan bintang diselangi kerlipan berlian
- Dedaun bertatahkan berlian
- Dua bentuk cincin V bertatahkan berlian berbentuk hati
- Dua butir lingkaran berlian ‘solitaire’
- Kuntuman 2 bunga di atas 2 ‘band’ cincin
- Gabungan bintang dan bulan sabit bertatah berlian.
Koleksi cincin DWA yang moden dan ringkas ini sesuai untuk digayakan buat penggemar konsep minimalis. Mengambil kira permintaan dari para pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza, koleksi ini diikat dengan tiga warna emas jenis 9k iaitu emas kuning, emas putih dan emas rose.
Tiga jenis warna emas yang digunakan iaitu emas putih, kuning dan rose |
Pemakaian cincin ini sangat unik kerana ianya boleh dipakai sebentuk ataupun bertindih. Untuk kelihatan lebih bergaya dan trendy, cincin ini juga cantik digayakan dengan memakainya lebih daripada satu jari.
Rekaan ini juga sesuai dijadikan cincin peringatan, cincin tunang dan ianya boleh juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai hadiah hari jadi dan ulang tahun. Lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan yang mampu milik serendah RM799.
Antara rekaan yang terdapat dalam Koleksi DWA termasuk kerlipan dua bintang, gabungan bintang diselangi berlian dan dedaun bertatahkan berlian |
Hasil kerja tangan yang halus pada cincin ini, dengan rekaan yang melingkar sesuai untuk semua bentuk jari, menyerlahkan ilusi jari lebih runcing dan kemas. Saiz yang disediakan adalah dari saiz 9 sehingga saiz 18, sesuai untuk semua jari sama ada yang halus atau yang sedikit berisi.
Rekaan berbentuk hati (heart shape), lingkaran berlian ‘solitaire’, kuntuman dua bunga bertatahkan berlian serta bulan dan bintang |
Mereka yang berminat untuk melihat cincin DWA dengan lebih teliti dan seterusnya memiliki koleksi terbaru dari HABIB ini boleh melayari laman sesawang HABIB www.habibjewels.com, platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora serta mengikuti sesi LIVE Instagram HABIB setiap hari pada jam 2.30 petang di @habibjewelsofficial.
4 Comments
lawanyaaaa.....
ReplyDeletetentu ramai yang berminat ni
ReplyDeleteCantiknya design cincin dua band ni. Berkenan dengan rose gold tu
ReplyDeletesemua pun cantik...takde orang nak bagi kita cincin, boleh gak beli untuk diri sendiri
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com