Ticker

6/recent/ticker-posts

Ketuhar Gelombang Mikro Terbaharu Samsung – Convection Microwave Oven with HOT BLAST™

Permulaan anda untuk menjadi MasterChef menggunakan ketuhar gelombang mikro terbaharu Samsung – Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ | Ketuhar gelombang mikro boleh dikatakan sebagai alat ‘magik’ dalam dunia masakan. Terdapat banyak kelebihan pada ketuhar perolakan gelombang mikro yang anda boleh gunakan untuk memasak di rumah terutama pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh memasak dengan cepat dalam beberapa minit, hanya masukkan makanan anda ke dalam ketuhar gelombang mikro. Tetapi adakah anda tahu selain untuk memanaskan makanan, ketuhar gelombang mikro juga mempunyai pelbagai fungsi yang mungkin anda tidak jangka seperti boleh membantu anda mengupas bawang putih, dan anda boleh menggunakannya untuk membuat ramuan herba kering.

Ketuhar Gelombang Mikro Terbaharu Samsung – Convection Microwave Oven with HOT BLAST™

Samsung baru sahaja memperkenalkan ketuhar perolakan gelombang mikro di pasaran untuk anda boleh menyediakan makanan sihat dengan lebih cepat dan mudah. Ketuhar perolakan gelombang mikro Samsung iaitu Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ bukan sahaja menyediakan ciri-ciri baharu yang menarik dan berguna untuk pengguna, malah ia direka untuk dapat dipadankan dengan reka bentuk dalaman dapur anda. Ia terdapat dalam warna terang merah jambu yang dapat menaikkan lagi seri dapur anda, tetapi anda boleh memilih warna hitam arang yang pasti sesuai dengan apa jua reka bentuk dalaman dapur.

Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ dilengkapi dengan fungsi inovatif yang pasti berguna buat mereka yang sangat sibuk tetapi masih mahu menikmati makanan yang sihat dan dapat disediakan dengan cepat. Antara inovasi pada ketuhar gelombang mikro Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ ini ialah:

Teknologi HotBlast™ 
Teknologi inovatif HotBlast yang ada pada ketuhar gelombang mikro Samsung ini dapat mengurangkan masa memasak anda. Udara panas yang bergerak melalui beberapa lubang udara akan terus masuk ke makanan membantu mempercepatkan proses tersebut. Makanan akan masak sekata dengan bahagian luarnya lebih rangup dan lembut di bahagian dalam. 

Goreng Tanpa Minyak
Kini anda boleh menjimatkan wang anda daripada membeli penggoreng udara, kerana dengan Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™, peredaran udara panas dan pinggan kerak yang dipanaskan boleh memasak makanan anda tanpa minyak. Jadi tiada lagi kuali berminyak dan minyak melekit! Gabungan sumber haba perolakan dan gelombang mikro dapat mengurangkan masa memasak sehinga 50% berbanding mana-mana penggoreng udara. Namun, ia bergantung pada jenis masakan. 

Kukus Sayur Kegemaran Anda dan Daging yang Lebih Lembut
Penguna boleh mengukus makanan menggunakan Pro Steamer yang terdapat pada model Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™. Reka bentuk inovatif pada penutup pengukus tiga lapis tersebut yang tahan karat membuatkan makanan anda kekal lembap dan dapat mengelakkannya menjadi kering. 

Ketuhar Gelombang Mikro Terbaharu Samsung – Convection Microwave Oven with HOT BLAST™

Selain membantu anda menyediakan makanan sihat dengan cepat dan efisien, berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu menjimatkan masa anda dengan menggunakan Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™

1. Mengupas Bawang
Mengupas dan memotong bawang kadang-kadang agak melecehkan. Mata jadi pedih dan berair memang tidak dapat dielakkan apabila mengupas bawang. Tetapi dengan ketuhar gelombang mikro, anda boleh mengelakkannya berlaku. Masukkan bawang ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskannya sekejap. Anda boleh mengupas bawang tanpa rasa pedih lagi!

2. Memerah Lemon dengan Mudah
Jus lemon sering digunakan untuk menyediakan pencuci mulut atau masakan tempatan. Tetapi memerah lemon untuk mendapatkan jusnya bukanlah kerja yang mudah, dan biasanya hanya dapat beberapa titisan sahaja. Ada orang akan menggolekkan lemon beberapa kali sebelum memerahnya. Tetapi ada cara yang lebih cepat dan mudah. Anda boleh panaskan lemon dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit, dan selepas itu ia lebih mudah diperah. Sebaiknya letakkan lemon di dalam mangkuk sebelum ia dipanaskan untuk mengelakkan jusnya mengalir keluar di dalam ketuhar gelombang mikro. 

3. Membuat Sendiri Ramuan Herba Kering
Jangka hayat herba segar tidak panjang, tetapi ia akan jadi tahan lama apabila dikeringkan. Anda boleh membuat sendiri ramuan herba kering seperti daun selasih, thyme, rosemary dengan mudah pada bila-bila masa jika anda perlukannya. Anda boleh menghiris herba segar dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk mengeringkannya. Ramuan herba kering anda akan siap dalam masa 1 minit, dan boleh terus disimpan dalam botol.

Ketuhar Gelombang Mikro Terbaharu Samsung – Convection Microwave Oven with HOT BLAST™

Ini adalah masa yang tepat untuk anda mendapatkan Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ dan serlahkan bakat MasterChef anda kerana banyak masa kita dihabiskan di rumah pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Convection Microwave Oven with HOT BLAST™, sila tonton video ini di: https://youtu.be/OMXWsFDATs8 

Post a Comment

6 Comments

  1. wow...canggihnya... semua rasa nak beli... tapi angan angan je la...sebb bukannya rajin sangat masak

    ReplyDelete
  2. wowwwww menarik !!! kita usha2 je dulu kan :D

    ReplyDelete
  3. Woweeee menarik betul dia punya inovasi. Tak percaya pulak no.1 dan 2 tu. Hebat betul. Cantik design microwave samsung ni.

    ReplyDelete
  4. Niceeeee, aku suka lah nombor satu tuhh.. haha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com