Ticker

6/recent/ticker-posts

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami | Dalam bulan ni, dah dua kali dapat surprise dari suami. Tiba-tiba aje ada parcel sampai rumah. Tiba-tiba jugak ada orang datang hantar aiskrim. Allahu. Bila tanya suami, dia ke yang bagi? Dia mengiyakan, and berkali-kali ye ditekankan, tu baru pre-birthday je katanya. Haha!

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami

Hari tu yang pertama, dia bagi set minyak wangi dan penyegar udara Zuan ni. Terkejut ciksun dapat parcel DHL yang bukan dari Shopee. Yang kelakarnya, pengirim tu silap tulis alamat. Suami order set minyak wangi ni dari seorang rakan yang buat bisnes ni, dia la salah tulis jalan rumah ciksun. Nasib baik lerrr brother DHL tu dah biasa hantar barang rumah ciksun. Dia siap datang dulu rumah ciksun check call history, semak alamat dekat akaun Shopee dengan dalam data dia. Eh, kalo dari Shopee, takkan lah boleh salah alamat? Kan Shopee yang generate bil? Rupa-rupanya sebab bukan dari Shopee. Haha. Mekasih lah suami kuuu! Suka sangat bau wangi ros! Perfume kereta tu ciksun letak merata-rata dalam rumah, dekat bilik tidur, bilik air, ruang tamu, semua ada. Haha!

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami

Then dua hari lepas, dia hantar pulak kotak aiskrim ni. Ciksun duk tengok aje kawan-kawan dia tag kat IG story yang dia repost, ramai juga dapat gift aiskrim ni sempena Hari Raya Aidiladha hari tu. Team members dari Unit Trust kitorang hampir semuanya dia bagi. Ciksun tak expect dia bagi ciksun jugak sebab kan jauh kat Johor. Takkan lah dia nak hantar kat ciksun, cair la nanti. Ehhhh, rupanyaaaa ada jugak cawangan aiskrim ni kat Pontian, ek?

Hadiah Pre-Birthday Daripada Suami

Sedappp aiskrimnya!

Mekasih suami!!!

Kalau uols yang duduk sekitar Johor nak try aiskrim tu, boleh je whatsapp or PM diorang ek.

Maklumat boleh belek dekat gambar kotak aiskrim tu.

Gift Raya Aidiladha dari Sis Lin

Ni pulak, nak selit jugak kat sini. Gift Raya Aidiladha dari Sis Lin. Surprise jugak ni, malam raya orang tu delivery. Ciksun baru sudah buat rendang, tetiba ada call masuk. Malas ciksun nak angkat memula, penat berhempas pulas kat dapur. Bior aje menyepi. Then dia call balik. Eh, macam urgent ni. Ciksun dalam hati mengagak, ada orang ke depan rumah. Kot la ada J&T hantar barang Shopee lagi sampai malam, ciksun pun jenguk kat pintu. Yo lahhh, ada orang kat luar. Haha! Rupanya Sis Lin hantar set ceklat ni haaa. Mekasih sis ingat daku dalam kerinduanmu!


P/S: Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki suami kerana membantu perniagaan rakan-rakannya dan membahagian hati isteri.

Post a Comment

18 Comments

  1. Eeee sedapnyaaa aiskrim tu... macam nak try laa.. cuma..
    Takut kemanisan ku terserlah pulakkkk :p

    ReplyDelete
  2. awwww sweet nya husband..first time nampak askem mcm tu..menarik la

    ReplyDelete
  3. wah..untung ramai orang sayang ni...asyik dapat hadiah aje

    ReplyDelete
  4. Rare juak esrem ya tek.. nyaman eh byk flavor... bersemut juak husband ktk tek ciksun.. hehehe

    ReplyDelete
  5. untunglah dapat husband yang romantik gitu haha. baru pre birthday. kalau hari birthday nanti tak tahu la dapat apa. hm

    ReplyDelete
  6. Wowwww.... Eskrem tu nmpk puas di makan beramai2 hehehe.. Psstt agak2 cair x smp kl?

    ReplyDelete
  7. ini baru pre birthday kan. belum lagi grand birthday punya hadiah. Alhamdulillah dikelilingi mereka yang baik baik. Dari jauh pun boleh hantar untuk happykan orang tersayang. Rare betul aiskrim tu. Aiskrim bata ke orang panggil.

    ReplyDelete
  8. Halahaiii,,,aiskrim tu buat PC ngences la CikSun. Meraikan ulangtahun kelahiran isteri berfasa sekali membantu kawan-kawan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. sedapnya! murah rezeki suami isteri hendaknya

    ReplyDelete
  10. Isteri happy, suami murah rezeki nanti.. hihi... Syokkkk ehhh memacam dapat.. aku berkenan tgk eskrim tu . mashaAllah..... haha

    ReplyDelete
  11. Terliur tengok aiskrim potong tu. Untung akak dapat makan.

    ReplyDelete
  12. Haaa.. tak terpost lagi jugak pasal hadiah sis lin tu

    ReplyDelete
  13. Salam, alhamdulillah, pre pun dah grand, unik aiskrim tu..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah. semuanya sweet gitu ^_^

    ReplyDelete
  15. meriahnya hadiah pre-gift. sedap pula nmpk ice cream tu. haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com