First Time Buat Sendiri Spicy Tteokbokki! | Ni cerita dah lama, tapi baru hari ni ciksun bersemangat nak update dalam blog. Entah ek, sejak dua tiga menjak ni dah tak mengadap sangat blog ni. Macam nak follow the flow je. Bila rasa nak update, update. Tak nak rasa pressure kena update hari-hari. Kadang-kadang masukkan juga media release yang PR hantar ke email. Kadang-kadang ciksun biarkan menyepi.
Kepada yang masih lagi gigih berblog update hari-hari, tahniah uols! Yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen, terima kasih! Ciksun baca semua tapi ambil masa yang lebih banyak untuk balas dengan blogwalking ke blog uols pulak. Kadang tu dah bukak dah blog uols kat new tab, tengah baca entri uols yang best tu boleh timbul idea nak masak apa hari ni pulak. Terus tinggal laptop dan masuk dapur.
Maka terjadi lah Spicy Tteokbokki ni. Ehhhh! Haha, alasan betul! Sebenarnya ternampak blogger Siti Yang Menaip update dekat Instagram dia, macam sedap pulak spicy tteokbokki yang dia buat. Rasa nak buat jugak sebab memang rindu gilerrr nak makan tteokbokki dekat Dubuyo. Nak cari food delivery area sini takde pulak yang buat. Sobsss! Maka, ciksun terus belek Shopee carik rice cakes yang halal.
Jumpa lah yang ni, HALAL Jongga Rice Cake Topokki 1KG (Sticky Type). Ciksun beli terus 1kg sebab nak Free Shipping. Deliverynya guna Shopee Express, bila dah sampai kena terus simpan dalam freezer untuk kekalkan kualiti rice cake. Jongga Rice Cake ni saiz dia besar-besar betul. First time ciksun jumpa tteokbokki besar macam ni. Kat Dubuyo biasanya yang kecil-kecil je. Dekat pek dia ada logo HALAL Korea, alhamdulillah.
Belakang pek pulak ada resipi untuk Spicy Tteokbokki. Ciksun rujuk juga resipi dari Siti Yang Menaip, dan combine dengan resipi dekat belakang pek. Sesuaikan dengan citarasa ciksun. Ciksun suka macam dekat Dubuyo tu, kuah sos yang tak terlalu pekat dan tak terlalu merah. Yang penting kena ada telur rebus, baru sedap. Siti Yang Menaip pulak pesan kat ciksun, letak telur bebanyak.
Ciksun masak terus 1kg, nampak macam sikit untuk 5 orang makan. Tapi rupanya banyak jugak, penuh satu kuali dibuatnya. Telur rebus hiris berlambak sampai tak nampak tteobokki nya. Hahahhahahah! Kitorang berulang makan, 5 orang. Benda ni takleh makan bebanyak sangat sebab cepat kenyang. Next time ciksun bole agak da portion nak masak banyak mana. 1kg tu boleh masak dua kali.
Sedap juga hasilnya, rice cake pun lembut aje dan chewy. Ahhh, teringat-ingat pulak! Ok lah, nah ciksun share resipi yang ciksun try untuk Spicy Tteokbokki ni ya! Ciksun masak 1kg, tapi yang bawah ni untuk 150 gram tteokbokki, rasanya untuk seorang makan. So, pandai-pandai uols ya calculate.
Gochujang yang ni ciksun pakai |
Resipi Spicy Tteokbokki Sedap dan Mudah
Bahan-bahan:
150 gram tteokbokki sticks
1/4 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
300 ml air
1 ketul kiub daging
2 sudu teh Gochujang
1/2 sudu teh serbuk cili (ciksun pakai serbuk cili Mak Siti je)
50 gram fishcake
Sedikit sayur kobis
Sedikit cendawan enoki
1 sudu teh gula
Telur rebus
Beberapa keping keju (optional)
Daun bawang
Cara-cara membuatnya:
- Basuh ttekbokki sticks dengan air dan tuskan.
- Tuang 300 ml air ke dalam periuk, masukkan kiub daging, Gochujang, serbuk cili, gula dan bawang putih cincang. Gaul dan biarkan sehingga mendidih dengan api sederhana.
- Bila dah mendidih, masukkan tteokbokki sticks, bawang besar, sayur kobis, cendawan enoki, dan fishcake. Biar masak selama 5 minit.
- Masukkan daun bawang, masak sambil dikacau selalu sehingga kuah pekat ikut citarasa uols.
- Perasakan dengan gula.
- Bila dah cukup kepekatan yang uols nak, boleh tutup api dan taburkan kepingan keju, hidangkan bersama telur rebus. Boleh hias juga dengan daun bawang.
- Sedap dimakan panas-panas.
P/S: Kalau letak hirisan daging nipis-nipis, mesti lagi sedap!
11 Comments
Nampaksedap...boleh la cuba nanti ni...
ReplyDeleteNampak cantik. Tapi dalam banyak-banyak makan Korea, tteokbokki memang tekak saya tak boleh terima. Makan kat kedai dan buat sendiri pun sama jugak. 😅
ReplyDeletePernah sekali je makan tteokbokki. Kalau sos sedap, for sure jadi tteokbokki ni kan. Buat sendiri banyak rencahnya.
ReplyDeleteAkak kalau buat dalam 10 batang je sebab makan sorang je. kalau buat sekilo makan sebulan kot.hahha.
ReplyDeletehahaha kalau makan tteokbokki ni dalam 5 batang pun dah kenyang bila makan. Kalau besar macam ni memang cepat kenyang lah cerita dia. Dengan telur rebus lagi hehe
ReplyDeletewowwwww!!! Pasni agak2 bole buat bisnes tak? hehehe
ReplyDeleteMenarik. PC tak pernah makan tapi kata adik sepupu PC sedap..
ReplyDeletekmk tok sejenis yg x masuk mknn korea.. hihihi... so far jepun jak msk... tp mcm sedap juak ya oo
ReplyDeleteHaritu Yana buat gakk, tapi aku tak sempat amik gambo sebab tengah mandi, tengok-tengok dia dah bedal hahahaha..
ReplyDeleteya Allah .baca time malam2 ... Dugaan apakah ini 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
ReplyDeletesedapnya nmpk. nk kena buat ni bila2..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com