Ticker

6/recent/ticker-posts

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor | Ciksun takde la teruja sangat dengan aiskrim yang satu ni. Entah ek, masa kat Sarawak sejak lahir, tak pernah pulak ciksun makan aiskrim gula apong. Bila dah duduk semenanjung ni baru lah ada kawan-kawan dari sini yang teruja bagitahu ciksun ada kedai aiskrim gula apong baru bukak kat Taman Universiti Skudai beberapa bulan yang lepas.

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Beberapa bulan kemudiannya, ciksun dengan housemate pergi lah menyinggah kedai tu. Alang-alang ada nak ke Maybank Taman Universiti masa tu. Kedainya terletak sederet dengan UTM Space. Tak jauh dari simpang keluar ke traffic light dari Restoran Anjung Desa, Taman Universiti. Pergi tu masa PPN, jadi kami beli dan bawak balik, makan dalam kereta. Tapi kalau tak PPN pun, ruang dalam kedai agak terhad. Ada satu meja kecil dengan dua kerusi aje kat satu sudut. Rasanya memang konsepnya grab and go kot?

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Menu aiskrimnya simple je, ada tiga pilihan aiskrim. Sepatutnya ada empat, tapi salah satu daripada empat tu tak available masa kitorang pergi. Perisa yang ada: Gula Apong Sarawak, Chocolate Apong dan Belgium Chocolate. Saiznya pulak ada tiga, kecil, medium dan besar. Lupa pulak nak tanya, yang Special tu apa beza dia. Hahaha!

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Topping pulak boleh pilih antara yang tersenarai tu. Dua topping percuma daripada Chocolate Rice, Peanut, Nestum, Cornflakes dan Coco Crunch. Then, kalau nak tambah Honey Comb kena add on RM5, atau RM1 untuk Chocolate Chips.

Aiskrim Gula Apong Sarawak di Taman Universiti Skudai, Johor

Ni mesin yang digunakan untuk pump keluar aiskrim gula apong. Walaupun gula apong kaler dia perang, aiskrim ni tak lah warna perang gelap macam gula apong tu tau. Dia kaler putih aje. Hihi. Ciksun pilih Gula Apong Sarawak dengan topping Cornflakes dengan Coco Crunch. Ibah order Chocolate Apong dengan topping Cornflakes, Peanut dan Honey Comb.

https://www.facebook.com/m.icecream.ent/

Sedap aiskrimnya dan berbaloi saiz dengan harga. Rasa gula apong pun light light aje, tak terlalu kuat, tak terlalu kurang. Aromanya membangkitkan nostalgia sebab mamak ciksun selalu guna gula apong ni dalam masakan kuih-muih. Perisa coklat dia pun sedap gilaaa, maybe sebab pakai Belgium Chocolate. Very recommended ya, insya'Allah nanti nak repeat lagi!

Facebook: M ICE CREAM

Post a Comment

8 Comments

  1. Selalu gula apong ni guna dalam masakan je..sekarang untuk aiskrim pun ada..wah menarik sangat ni.

    ReplyDelete
  2. Sila pos ke sini.. nampak sedap.. PG takde kot rasanya...

    ReplyDelete
  3. Skudai pun dah ada aiskrim gula apong. Teringin nak rasa.

    ReplyDelete
  4. alahai jangan lah ngidam, dah la jauh nun di selatan sana. hahahaha

    ReplyDelete
  5. sedap kan... kat KL ni ada 2 branch x silap..
    aritu dah try yg kat Gombak, dekat sket ngan rumah..
    memang sedap kan...hahaha

    ReplyDelete
  6. ada ncerik di Miri sekali. Nang nyaman. best tok ada di Taman U dah. Hehe

    ReplyDelete
  7. First time makan masa pergi sarawak 2016. Tu lah first and last. Mana nak dapat ya sini huhu

    ReplyDelete
  8. alah...bila nak habis pkp ni... nak turun taman u... nak pergi kiang trading beli alat tulis anak...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com