5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Vegetarian di Malaysia | Bila sebut makanan vegetarian pasti ada yang membayangkan makanan berasaskan sayur hijau dengan rasa yang hambar. Sebenarnya makanan vegetarian ini tidak bererti tidak sedap. Sudah ada banyak sebenarnya menu makanan vegan ini yang sedap dan sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan usia. Malah terdapat juga restoran dengan dekorasi hidangan yang sangat menarik untuk menu vegetarian ini.
5 Perkhidmatan Penghantaran Makanan Untuk Vegetarian
Antara restoran yang menawarkan menu vegan ini di kawasan sekitar Kuala Lumpur adalah :
1. OOI Meatless Grocer(OMG)
Menghantar makanan yang telah siap dimasak bukan satu perkara yang mudah. Ini tidak dinafikan oleh penghantar Nicole Ooi dan pasukannya dari The Raw Power House.
Antara produk premium yang disediakan The Raw Power House adalah rendang cendawan hericium, ladu, dan daging luncheon. Kesemuanya merupakan buatan sendiri dan bebas daripada kandungan bahan pengawet. Ianya juga sangat sedap untuk dinikmati bersama mi ataupun nasi.
2. Légume
Légume sebenarnya merupakan perkataan Perancis yang merujuk kepada sayur-sayuran. Misi Légume adalah menyediakan pilihan makanan yang berasaskan tumbuhan sepenuhnya khas untuk pengguna yang didorong oleh kesihatan.
Semua makanan yang mereka tawarkan disediakan lebih awal oleh tukang masak mereka iaitu Chef Leong, beliau diilhamkan oleh citarasa warisan dan teknik memasak Malaysia.
Dengan memiliki chef yang sentiasa bersedia pada setiap hari minggu, Légume dapat menghantar makanan sebagai makan tengah hari atau makan malam. Difahamankan restoran ini tidak mempunyai sijil halal, tetapi peralatan memasak dan bahan makanan yang mereka gunakan tidak pernah menyentuh produk yang tidak halal atau haiwan, dan kesemua hidangan mereka tidak mengandungi alkohol.
3. Eat21
Sedang mencari makanan yang sesuai dengan rutin harian anda yang tidak aktif? Cubalah hidangan di restoran Eat21 yang menawarkan hidangan penuh dengan bahan makanan yang segar.
Eat21 mengutamakan bahan makanan yang berkhasiat dan organik dengan kadar harga tetap yang berpatutan. Menu mereka yang kecil tetapi hebat akan menjadikan anda rasa lebih ringan dan bertenaga. Sebagai tambahan, mereka turut menawarkan makanan sejuk beku yang boleh siap dimakan dalam hanya 9 minit.
4. The Plant-Based Health Alliance
Jika anda ingin makan makanan yang berkhasiat makan cubalah makanan berasaskan tumbuhan semata-mata. Tetapi jika anda ingin makan makanan yang lebih sihat dan membuat pemeriksaan kesihatan dalam masa seminggu, maka cubalah dengan The Plant-Based Health Alliance.
Program ini terbahagi kepada 2 versi, iaitu versi 1 minggu dan 2 minggu. Kedua-dua versi ini menyajikan dua hidangan iaitu makan tengahari dan makan malam yang dikendalikan oleh Selebriti Vegan Chef Dave dan dihantarkan terus ke depan pintu anda pada setiap hari.
Semua makanan mempunyai asas dalam keseluruhan diet makanan berasaskan tumbuhan,dengan jumlah garam, gula dan minyak yang minimum. Garis panduan telah disediakan untuk sarapan pagi dan snek yang bijak di antara waktu makan. Program ini dijalankan setiap sebulan sekali.
5. HalaVeg
Halaveg merupakan restoran yang diusahakan oleh keluarga yang sangat bangga kerana menjadi rakyat Malaysia. Kedai baru yang bertempat di Damansara Perdana ini telah melalui permulaan yang sukar kerana mereka mula dibuka seminggu sebelum MCO pertama.
Mereka telah berjaya melangkah sejauh ini dengan pelbagai makanan kegemaran yang disukai ramai seperti Maggi Goreng, Bubur Cha Cha dan Rojak.
Semua makanan yang mereka tawarkan boleh dibuat tanpa menggunakan mana-mana jenis bawang. Selain terdapat di Foodpanda, HalaVeg juga turut menawarkan pengaturan makan tengah hari korporat dan juga rancangan makan mingguan.
Tak Tahu Mana Nak Dapatkan Menu Vegan Halal? Foodpanda Kan Ada!
Mesti ada yang mengeluh mana nak dapat makanan vegetarian yang sedap-sedap di pelbagai sepanjang tempoh berkurung ni kan? Jawapannya ada pada handphone masing-masing. Salah satu yang boleh membantu adalah Foodpanda. Di Foodpanda makanan vegan juga ada, boleh pilih mengikut selera tekak sendiri.
Tambahan pula servis online food delivery by Foodpanda ni memang ada di banyak kawasan jadi tak perlu nak susah payah melangkah keluar dalam musim virus covid19 ni. Nak makan apa order saja online. Keselamatan diri kita sama-sama jaga.
10 Comments
Thanks share cik Sun. Nampak menarik semuanya. boleh cuba untuk kelainan
ReplyDeleteSemua nampak menyelerakan. Betul sekarang sangat-sangat mudah kan CikSun, buat pesanan je.
ReplyDeletesejak pandai makan tempe ni dah tak rasa vege foods tu bosan. Mushroom pun rasa macam ayam. Even dumplings inti sayur pun rasa sedap!
ReplyDeletenampak sedap yo..boleh kuruihh nie
ReplyDeleteSemuanya nampak sangat sedap!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteMemu vege ni x leh mkn hari2 tkut tekak muak plk hahaha...
ReplyDeletesekali sekala je guna foodpanda...kat rumah ni ada foodpapa yang selalu belikan makanan
ReplyDeleteSebagai penggemar sayur. semua menyelerakan betul. Ada sayur baru syok makan. Senang ada foodpanda, dapat jugak kita makan apa yang kita nak musim pkp ni.
ReplyDeleterumah mampu milik johor
ReplyDeleterumah mampu milik
rumah pertamaku
rumah mampu milik terengganu
rumah pertama
Hello.. im vegetarian.. ok tipuuu.. semua aku balunnn >__<
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com