Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebulan Selepas Gejala Pertama COVID-19: Post COVID Syndrome

Sebulan Selepas Gejala Pertama COVID-19: Post COVID Syndrome | Pejam celik, pejam celik, dah sebulan rupanya peristiwa hitam ni mencatat sejarah dalam hidup ciksun. Kalau baca kronologi dalam diari COVID-19 ciksun, 21 Mei 2021 adalah hari pertama ciksun demam panas. Hari ni dah 21 Jun 2021. Tak sangka, ciksun boleh jadi bekas pesakit COVID-19.

Ya, jujurnya diri sendiri pun tak sangka boleh sembuh dari COVID-19. Bila badan dah diserang virus ni dan bergejala yang teruk, psikologi uols akan dipengaruhi dengan segala benda negatif dari khabar berita yang uols dengar dan baca. 50/50. Itu ratio untuk sembuh/untuk terus pergi. Sedangkan ciksun sendiri, pada hari yang sama sebelum ciksun dapat result positif, dah rasa tak mampu nak bertahan.

Ciksun dah siap bagi password handphone ciksun kepada suami. Pesan segala benda yang perlu diuruskan kalau ciksun tak mampu nak melawan virus dalam badan ni. Suami dah risau dan tak nak ciksun fikir bukan-bukan. Tapi dalam keadaan macam tu, memang itulah benda paling rasional. Betapa pentingnya wasiat sebelum meninggal dunia.

But alhamdulillah, atas doa semua dan segala bantuan ubat-ubatan, supplement, makanan penguat imunisasi yang dihulurkan, ciksun berjaya laluinya. Dari peralihan fasa kedua ke fasa pemulihan, kesihatan memang drop sangat-sangat. But masuk aje hari ke-9 dijangkiti selepas hari pertama bergejala, ciksun dapat rasa badan dah makin improve dan tinggal batuk-batuk kecil serta cirit-birit.

Sebab tu, kalau ada kenalan atau kawan-kawan ciksun yang positif COVID-19 mengadu dah tak mampu nak bertahan dan rasa sakit sangat-sangat, ciksun kongsikan kata-kata semangat supaya diorang kuat. Ciksun bagitahu, "dah tak lama dah tu nak masuk recovery phase, sikit lagi!" Ini lah kata-kata suami ciksun untuk pujuk hati isterinya yang dah lemah juga masa tu. Terima kasih suami, kerana dia tak putus asa, ciksun juga tak mahu berputus asa.

Alhamdulillah.

Walaupun dah sebulan berlalu, ciksun masih belum fully recover lagi. Post COVID Syndrome menghantui ciksun. Long COVID ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID-19.

Sebulan Selepas Gejala Pertama COVID-19: Post COVID Syndrome

Menurut rujukan antarabangsa, NICE Guideline menyatakan pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID-19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih. Sebelum tu, kena faham dulu kategori jangkitan COVID-19, macam yang Doktor Ahmad Samhan share kat Facebook dia ni.

***

Kategori 1: positif tapi takde gejala
Kategori 2: positif + ada simptom tapi tak libatkan paru-paru
Kategori 3: positif + ada simptom + ada jangkitan paru-paru
Kategori 4: positif + ada simptom + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan
Kategori 5: positif + ada simptom + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ

Yang kita bimbang ada kategori 2, 3, 4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi COVID yang di panggil Long COVID!

Kenapa dipanggil Long COVID?

Mudah cerita begini. Pesakit COVID dah sembuh tapi menanggung komplikasi COVID yang berpanjangan.

Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.

Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!

Itulah realitinya.

Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long COVID. Siksa tau!

Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena COVID. Tetap ada risiko dapat jangkitan COVID cuma tak masuk ke Kategori 2, 3, 4 dan 5. 

Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long COVID ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.

***

Patut lah ciksun ada syndrome ni sebab ciksun bergejala masa sakit hari tu, cuma tak sure ciksun kategori 2 atau 3 sebab tak sempat pergi hospital pun untuk check apa-apa yang patut. Tapi lepas potong gelang tu ambil masa seminggu juga untuk ciksun dapat bernafas dengan betul tanpa rasa ada serpihan kaca dalam dada.

But lepas-lepas tu, ciksun masih lagi ada sakit kepala dan pening yang datang tiba-tiba, cepat penat, mudah lupa, sakit perut hampir setiap hari, batuk sampai sekarang, even worse setiap kali batuk akan rasa otot sebelah kaki kena tarik. Hidung tersumbat tu perkara biasa untuk orang resdung, telinga berdesing dah dua kali dalam minggu ni. Alhamdulillah setakat ni takde ruam-ruam, ade kawan housemate timbul ruam-ruam lepas sembuh dari COVID-19. Tapi ciksun tak nak sampai rosak buah pinggang, naudzubillah.

Prevention is better than cure.

Betul.

Teruskan jaga SOP guys, duduk rumah dan keluar hanya bila perlu. Lagi-lagi sekarang virus ni dah boleh tersebar melalui airborne. Take care semua!

Post a Comment

9 Comments

  1. take care sunah....
    insyallah kita doa yang terbaik utk diri kita...
    Kadang dok rumah pun bole terkena kan, apatah lagi yg kluar masuk ke tmpt keje dsb nya....

    ReplyDelete
  2. Semoga Sunah terus kuat, teruskan jaga pemakanan dan jaga diri...semoga terus hilang virus ni dari badan sunah...risau akak...akak ni seminggu sekali pi keja..bila time WFH tu memang akak duk dalam rumah je la..keluar pun setakat perlu kekedai beli stok makanan je....kalau tak memang mereput je dalam rumah

    ReplyDelete
  3. Take care sunah... Kalau perlu keluar, pakai double mask dan face shield sekali ok... cuci tangan lebih kerap drpada biasa...
    akak pun dah bagitahu suami kat mana akak rekodkan semua id dan passsword untuk kerja dan bank... kita tak tahu usia kita sampai bila...

    ReplyDelete
  4. Take care kak

    Insha'Allah nanti semakin sihat dan segala post effect hilang sepenuhnya.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, makan jaga, makan ubat dan bawa banyak berehat..

    ReplyDelete
  6. Semoga terus kuat, jaga kesihatan dan kembali sihat seperti biasa. Aaminnn...
    Sekarang ni nak ambil parcel kat luar pun tunggu lama baru ambil. Seram dengan variant baru ni.

    ReplyDelete
  7. lepas kena tu, bukan terus sihat.Akak di kategori ke2 pun rasa risau je.Inikan pulak mereka yang di kategori-kategori lain tu..banyakkan berehat ye

    ReplyDelete
  8. Semoga covid segera berakhir dan kehidupan manusia akan kembali normal.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com