Diari COVID-19 Aku, Kes Sporadik Tak Tahu Punca | Mungkin ada yang tahu kalau ada simpan nombor ciksun dekat whatsapp. Sebab ciksun memang update kat whatsapp status ciksun bila ciksun dapat tahu bahawa ciksun positif COVID-19, 25 Mei 2021 yang lepas. Tapi sebenarnya ramai juga yang tak tahu dan ada rakan terdekat pun tak tahu sebab tak baca whatsapp status. Bila ciksun share kat Facebook hari ni, baru lah diorang tahu kawan diorang ni pesakit COVID-19 yang baru sahaja potong gelang.
Nah, ciksun share kat sini apa sebabnya ciksun diam lebih dua minggu dari berblog.
🌸 21/5
Mula demam suhu 37.4 sebelah petang.
Naik ke 37.6 sebelah malam.
🌸 22/5
Rasa macam dah ok lepas telan panadol.
Tapi sebelah petang suhu 37.5.
Start batuk kering sedikit sampai housemate tegur bunyi batuk tu pelik.
🌸 23/5
Pukul 3.45 pagi, suhu 38.3.
Badan rasa lesu dan letih.
Sakit tekak.
Book swab test PCR dekat Polyclinic My Family Taman Pulai Indah.
Pukul 9 malam suhu naik 39.2.
Pergi Poliklinik Penawar Taman Sri Pulai untuk dapatkan rawatan dan ubat.
Nurse tanya ada closed contact ke tak, memang tak ada.
Doktor bagi Paracetamol, Antibiotik, Ubat Batuk dan pesan banyakkan minum air suam.
🌸 24/5
6.06 pagi nak makan ubat dan solat tapi pitam.
Suara start serak.
Lutut start sakit, tapak kaki kejang tiba-tiba.
9.25 pagi setel swab test, result in 24 hours.
Kalo negatif, akan dapat result malam tu terus.
Kalo positif, kena run 2 - 3 kali dan akan ambil masa lama sedikit.
Badan tak boleh regulate temperature, sekejap sejuk sekejap panas.
Masih boleh bau dan rasa.
🌸 25/5
Masih menanti result.
Demam kebah.
Tapi badan sangat lesu dan lemah.
Batuk tak ada sangat.
Mula kurang deria bau.
Dah mula down sebab belum ada khabar result.
Mata mula berbalam-balam sebab oksigen da turun.
8.47 malam ujian Allah untuk aku, sah positif COVID-19.
Mental breakdown, menangis sendiri.
Terbayang muka orang tua di kampung, suami, adik-adik. Ya Allah, moga mamak kuat. Belum masanya untuk call plus cepat mengah untuk bercakap.
Minta advice dari pihak klinik prosedur seterusnya.
Kena pergi OSCAC Bukit Indah untuk lapor kes dan ambil gelang.
Dua kali pergi balik masuk kereta tapi ditahan my boss dan prof sekejap.
Diorang nak rujuk PKUTM.
Ok, OSCAC Bukit Indah bukak siang sahaja.
Dr. Firdaus UTM advice bawa semua housemate swab sekali as closed contact esok.
Malam tu anxiety teruk.
Jantung berdebar2.
Langsung tak dapat tido, tutup mata je akan dengar degupan jantung sendiri.
Kemas beg apa patut in case kena terus pergi tempat kuarantin.
🌸 26/5
6.30 pagi dah gerak ke OSCAC selepas berhempas pulas dengan keletihan yang teramat sangat.
Drive sendiri, dekat Tol Perling kaki hampir kejang tekan brek.
Housemate naik kereta berasingan, untuk kurangkan "kebersamaan".
Sampai awal, terus tunggu di khemah A, khas untuk kes positif COVID-19.
Ramai yang datang untuk potong gelang juga.
Yang nak buat PCR-Test as kontak rapat pun ramai di khemah B.
8.28 pagi baru dapat angka giliran.
Tapi angka giliran tu hanya as serial number korang je ya.
Tak membawa maksud yang dapat nombor awal, dia pergi dulu.
Korang kena struggle berebut untuk dapatkan penilaian. Siapa ke depan dulu, dia dapat dulu one by one.
SOP? Semua positif. Da takde jarak fizikal untuk khemah kes positif.
Frontliner akan check result PCR-Test, bila buat, bila dapat result.
Kalau korang tunjuk RTK-Test, tak valid. Kena pindah khemah satu lagi untuk buat semula PCR-Test yang lebih tepat.
Untuk PCR-Test positif, kena pergi khemah 8.
Oksigen checked, blood pressure checked, temperature checked. Oksigen ok 98%.
Then tunggu turn untuk kerusi "interview" kosong, siapa mara ke depan, dia dapat dulu.
Kat sini doktor akan buat assessment, minta tunjuk IC tanpa sentuh meja, tunjuk result tanpa sentuh meja, dan akan tanya segala gejala yang ada dan berapa hari dah bergejala.
Mostly yang datang tak bergejala langsung.
Dapat kat aku, hampir semua gejala ada.
Then sejarah penyakit pun dia tanya, jujurnya aku tak pernah buat full medical checkup, jadi aku tak tahu menahu kalo badan aku ada penyakit.
Aku jawab takde.
Then doktor minta buat ketuk ketampi tapi duduk atas kerusi. Tangan hulur lurus ke depan. Buat 10 kali.
Then check oksigen, turun ke 96%.
Doktor minta nama waris dan nombor telefon dan tanya waris tu siapa. Aku bagi nama suami.
"Bila last period?"
Oh no. I hate this question. Really. Tapi seingat aku seminggu sebelum puasa aje lah. 7 April.
Doktor terdiam sekejap.
"Bulan ni belum?"
Belum.
Doktor terus bangun dan pindahkan aku ke kaunter satu lagi.
Kat situ doktor sambung interview aku dan tanya tentang period.
Aku terus bagitau period aku memang tak stabil.
Tapi doktor tu nampak risau, mungkin dia takut aku pregnant which is memang tak, doktor.
"Saya PJJ dengan suami", tapi tak sempat nak cakap.
Doktor bagi tarikh pakai gelang dan minta tunggu kejap sementara dia discuss dengan someone kat telefon.
Masa ni aku nampak housemates dan kawan ofis tengah berbaris nak swab tengah panas.
Allahu. Kesian diorang. Semoga Allah lindungi diorang dari virus yang melata kat OSCAC ni. Ameen.
Then doktor tadi da setel bercakap dalam telefon, dia tampal sticker biru kat borang aku and panggil aku datang dekat dia.
"Ok, kuarantin dekat Hospital Permai tapi dalam dua tiga hari baru ambulans ambil sebab tunggu katil kosong."
Balik rumah kuarantin kat rumah dulu tapi in case sesak nafas terus call 999, bagitahu "saya positif COVID-19, sedang menunggu untuk dibawa ke hospital..." sambung ayat kecemasan.
Masa tu baru aku bagitahu doktor yang aku duduk dengan housemate.
Diorang pun kena swab, kata doktor tu.
"Haah, diorang tengah swab tu."
"Nanti kat rumah, kena duduk bilik asing ya."
"Ok, terima kasih doktor."
Then pergi khemah 9, isi borang PKD untuk pakai gelang. Dua salinan.
Frontliner situ tanya kenapa kena hantar Hospital Permai?
Tak tahu 😅
Balik rumah.
Mula kuarantin lebih ketat dalam bilik sendiri.
Housemate mula jaga dan masak makanan hantar ke pintu bilik, walaupun diorang sendiri tengah pakai gelang juga.
Demam on off. Setiap kali pegang panadol dekat tangan ibarat bersedia nak pergi perang sebab efek dia melawan demam tu masya Allah lencun tilam bila kebah.
Kawan-kawan, kenalan, mula hantar makanan dan macam-macam bantuan sebab kami kena kuarantin satu rumah.
Jiran-jiran semua dah dimaklumkan.
🌸 27/5
Period, akhirnya.
Batuk makin teruk.
Emotionally ⬇️
Demam semakin panas sebelah malam.
Makanan rasa tawar. Hilang selera.
Kencing kurang. Stress.
Tengah malam terkejut bahagian bawah punggung area buah pinggang bengkak dan sakit.
Risau dah efek buah pinggang sampai takut nak minum air. Tak dapat tidur.
🌸 28/5
Pukul 5.23 pagi call 999.
Disambung ke hospital.
Hospital bagitau ni tak dikira kes kecemasan yang diorang akan hantar ambulans. Diorang hanya ambil kes sesak nafas buat masa ni. Diorang suggest telan panadol dan tengok nanti siang ok ke tak. Kalo ada urgent lagi, bole call lagi no 999.
Ok.
Makan panadol.
Bengkak surut. Banyakkan minum air dan kerapkan kencing untuk cuci ginjal.
RESULT SWAB HOUSEMATE DAN OFFICEMATE SEMUA NEGATIF. Alhamdulillah.
Leader Kingoilers bagi preskripsi Young Living.
1. Thieves 5ml
- buh dekat tapak kaki satu drop kiri kanan, and diffuse je 3 drops habis buat lagi.
2. Black Seed Oils (Habbatusawda) - 10 drops dalam juice or kalau ada madu, drop atas madu. Kalau tak, apa2 air. Sehari sekali.
3. Inner deffense capsule. Sehari sekali makan - ni bagus - saya bagi 5 biji untuk 5 hari. Start makan harini.
Ok kita cuba.
Tapi bila malam je akan start batuk teruk. Berperang juga nak tido sambil termimpi-mimpi kene serang Israhell lah. Adohh. Ni semua agenda Moss@d! 😂
Tapi kalo sampai mimpi rasa macam realiti tu maksudnya ko dapat tido jugak serba sikit tu, alhamdulillah.
Demam masih on off.
🌸 29/5
Lepas sarapan, demam panas 39.0.
Battle dengan panadol lagi.
KKM masih belum call.
Lunch.
Lepas lunch tido.
Tapi ada rasa semacam tak tau ape.
Bangun tido batuk-batuk, sakit di bahagian ari-ari sebelah kanan.
Pergi toilet tukar pad, buang air kecil.
Batuk keluar kahak putih berbuih banyak.
Badan demam panas lagi. Lutut start sakit balik.
Kondisi paling teruk sejak balik dari OSCAC.
Telan madu.
Ya Allah bantulah aku.
6.35 petang alhamdulillah kondisi beransur baik.
Demam kebah tanpa telan panadol.
Mujarabnya madu ciptaanMu ya Allah.
Tapi tetap start telan dua biji panadol setiap 6 jam ikut guide suami dan pasang doa-doa untuk orang sakit kat Youtube.
Baru boleh tido malam dan kurangkan gangguan batuk.
🌸 30/5
Dalam sistem MySejahtera masih status suspected case.
Risau itu sebabnya KKM termissed kes aku.
Aduhai.
Pagi ni telan semua ubat yg ada.
Dr Ros TD HEP FE UTM pun da wassap tanya khabar.
Ya Allah, mudahan aku mampu lagi bertahan.
Suhu 38.8.
Pihak MySejahtera da reply, tengah verify lagi.
Tengahari hilang selera makan.
Tekak mual dan loya.
Nak muntah tapi tak muntah.
Kawan-kawan suami tolong hantar makanan dan ubat-ubatan.
Tampal koolfever dan telan panadol lagi.
Mula cirit-birit.
Semakin teruk kondisi menjelang malam.
Ya Allah, berikan aku kekuatan.
🌸 31/5
Selera makan kembali.
Makan ubat on time dari pagi.
Batuk masih ada kalo buat pergerakan yang banyak.
Jadi kena pelan2 kalau tak nak batuk menyerang.
Petang Prof belanja KFC. Alhamdulillah walau tekak tak berapa nak rasa.
Lepas pukul 8 malam, telan panadol and tido.
Pukul 2 pagi terskip makan panadol. Rasa ngantok nak teruskan tido and rasa diri tak demam pun. Takpe lah tertinggal, aku fikir.
Pukul 3 lebih, start batuk teruk. Sampai Subuh, teruk sangat tak boleh tido.
Menyesal sebab terlupa.
Selama ni makan panadol bukan sebab demam tapi untuk tido tanpa gangguan batuk. Taubat tak nak tertinggal time makan ubat dah.
🌸 1/6
5.30 pagi telan panadol, awal hari ni sebab da tak sanggup batuk.
Selera makan ok hari ni walaupun masih batuk.
Kak Ajan dah belikan ubat batuk Copastin 10mg.
Mudah-mudahan dengan izinNya batuk akan sembuh bila telan ubat ni. Ameen.
Rasa loya pun da berkurangan.
4.30 petang Hospital Permai call.
Tanya bila tarikh last pakai gelang. Bila aku bagitahu esok, dia cakap tak perlu datang hospital dah sebab dah nak habis kuarantin.
Lepas tu baru dia tanya ada sesak nafas ke tak.
Alhamdulillah takde. So tak perlu masuk hospital.
6.34 petang ambulans call tanya da get ready ke nak bawak ke hospital. Aik?
Tadi kata tak payah. Sampai dua tiga kali dia tanya aku, siapa yang bagitahu tak payah datang hospital. Then dia tanya aku hari keberapa dah.
Bila aku cakap esok last day kuarantin, dia cakap ok nanti dia tanya bilik gerakan dulu.
Huhu.
Tak centralized ye maklumat diorang ni.
Tapi sampai malam tu, takde call dari diorang dah.
🌸 2/6
Masih batuk bila bangun dari baring.
Sampai berpeluh-peluh tunggu batuk reda.
Mungkin ada yang nak tau batuk dia macam mana, kalo tertarik nafas panjang sikit masa tengah batuk, rasa macam saluran pernafasan and dada ni kena hiris.
Sakit ya.
Bila da reda, baru bole makan or minum.
Masih cirit birit.
Hari ni kurangkan dos panadol dari setiap 6 jam kepada setiap 8 jam.
Semerbak bau Thieves dalam bilik. Agaknya deria bau da nak semakin baik.
🌸 3/6
Ke OSCAC Bukit Indah pagi ni untuk asessment hari ke-10 positif.
Sebab masih ada batuk dan cirit-birit, doktor tak lepaskan lagi dari pengawasan.
Tambah lagi 4 hari kuarantin di rumah.
Kali ni diorang bagi ubat batuk sekali.
Nanti 6/6 datang semula untuk potong gelang.
Nampaknya belum boleh la aku nak duduk luar bilik lepak dengan housemates, basuh baju dan sebagainya.
🌸 4/6
Alhamdulillah hari ni aku rasa lebih baik.
Aku da tak ambil panadol.
Cukup sekadar ubat batuk Copastin dan ubat batuk dari CAC yang rasanya masin betul.
Batuk-batuk masih ada tapi da berkurang.
Mengah dan penat masih ada.
Hari ni belakang rasa sakit sikit.
Migrain lepas Asar, telan panadol.
🌸 5/6
Pagi ni KK Tmn Sri Orkid call tanya keadaan and kuarantin kat mana.
Alhamdulillah rasa makin baik dan batuk da makin ok.
Hari ni baru status kat MySejahtera bertukar, memula dapat SMS dari KKM, then suruh refresh profile kat MySejahtera.
Dah jadi Confirmed Case - Symptomatic.
Migrain lagi lepas Asar.
🌸 6/6
Alhamdulillah hari ni aku secara rasmi dah dilepaskan dari pemantauan KKM, dah potong gelang pagi tadi.
Walaupun dah bebas, aku tetap kena lebih berjaga2 lepas ni sebab aku tak akan layak dapat vaksin dalam masa tiga bulan lagi. Kena terus patuhi SOP. Sedangkan kes aku ni sporadik, dah jaga habis SOP, Allah kata nak jadi, tetap jadi jugak. Sampai sekarang tak tahu dari mana aku dapat.
Virus ni ada di mana2 guys, hari ni juga aku dapat khabar boss aku positif COVID-19. Semoga Allah beri kekuatan kepada boss aku dan keluarganya, sepertimana Allah bagi kekuatan pada aku sepanjang aku melawan virus COVID-19 ni. Doakan moga boss aku cepat sembuh. Ameen ameen.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat housemates aku Siti Bahriah Yahya, Nurnada Mokhtar, Nuramirah Binti Akrom yang banyak bersama aku, masak dan make sure aku makan, pantau keadaan aku time aku sakit walaupun diorang sendiri kena kuarantin, tolong jaga makan minum kucing-kucing kat rumah ni and bersihkan pasir. Thanks juga Suhanis Sufian tolong jagakan anak kucing aku yang akhirnya tak mampu bertahan lama, Allah lebih sayangkan adeq. Thanks kak Afzani Tual tolong belikan barang-barang dapur untuk kitorang, datang jauh dari kampung bersusah payah cari ubat aku kat farmasi. Juga Hani Nazihah yang ceriakan kitorang dalam grup wassap housemates, dia sendiri kena kuarantin kat kampung sebab balik kampung pada hari aku buat swab test.
Terima kasih Sis Lin dan rakan-rakan JDT Blogger atas sumbangan dan bantuan makanan, my boss Haji Mohd Shafizal Abdullah (semoga cepat sembuh) dan Prof Sevia M Idrus hantar air kelapa dan buah-buahan serta banyak guide dan connectkan kes aku kepada pihak UTM. Sampai hari ni aku masih dapat call dari UTM. Juga ayah Aisya Qaleesya yang hantar yogurt dan kak Azila Aji yang hantar bubur nasi Marrybrown pada hari pertama aku kuarantin. Jiran-jiran: kak Feena Radzi, family Opie, banyak tolong belikan air kelapa dan barang-barang keperluan kami dalam tempoh kuarantin.
Thanks Tatie jugak banyak bagi kata-kata semangat dan ceriakan aku masa aku down, juga kawan-kawan lain yang wassap (aku hanya share kondisi aku kat status wassap aje), DM dan PM bagi doa dan kata-kata semangat supaya aku terus kuat, Jay Mohd, kak Rose Ardiza, kak Ayu Citarasa Rinduan, PCM Adnan Ibrahim hampir tiap hari wassap dan ramai lagi.
Kawan-kawan suami yang hantar makanan dan ubat-ubatan, Izzat Zin, Zaihan Tahir thanks sangat-sangat. Dengan bekalan-bekalan makanan Nestum 3 in 1 tu lah aku alas perut sebelum makan ubat sebab tu je yang aku boleh telan masa takde selera makan.
Alhamdulillah, terima kasih semuanya. Terima kasih abang Soleh Ahmad sentiasa ada. Juga family yang sentiasa call dan tanya kondisi dari hari ke hari. Serta nama2 yang tak tertulis, semoga Allah balas segala kebaikan korang dengan kebaikan di dunia juga di akhirat. Ameen.
#covid19fighter
18 Comments
Ya Allah. Patut lah lama tak post entri baru.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sembuh. Risau jugak kes sporadik ni. Mintak dijauhkan. 🤲
Allahu... patutlah sunyi jak.. kmk masuk juak blog ktk tp xda juak update.. nangis kmk baca aieee... nang teruk benar covid ya ngentam ktk.. alhamdulillah ada kwn² yg bait semuanya... semoga ktk terus sihat... jaga diri k
ReplyDeleteallahuakhbar... Allhamdulillah... u are figter, trhanks for sharing that situation... Semoga sis, fmly n kwn2 bebas covid,,, baiknya hosemate...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Cik Sun berjaya fight Covid19!
ReplyDeletePatutlah sunyi je tak ada update dari blog Cik Sun.
Semoga Cik Sun dan kita semua dilindungi Allah s.w.t.
Takutnya tiba tiba positif, tak tahu punca dari mana kan :')
Allahu kak, seram sejuk baca diari covid akak!
ReplyDeletehuhuu shida terasa perit derita yg kak lalui dalam penulisan kak ni
jaga diri ye kak..semoga kak bertambah baik dan terus baik ya!
take care dan stay safe kak <3
Semoga sihat selalu Cik Sun! Moga Allah panjangkan umurmu.. Moha Covid 19 cepat pergi dari bumi Allah ni.. Amin
ReplyDeleteAda gak tgk update dari husband kak pasal keadaan kak.. alhamdulillah semoga cepat seperti sediakala kak.. take care ya.... 🌹
ReplyDeleteKalau tak silap akk, 80% cases skrg are sporadic cases :(
ReplyDeleteMoga Sunah terus sihat & kuat aamiin
Terima kasih atas perkongsian, sikit sebanyak dapat info dari Covid fighter sendiri. Take care Sunah 🌹
Jaga diri aok... :)
ReplyDeleteUjian dan nikmat. Terus jaga diri untuk Cik Sun dan kawan-kawan juga kita semua.
ReplyDeleteUjian buat Sunah...akak tau pun dari Sisi Lin nyer FB story...akak doakan Sunah terus sihat dan sihat..keep fighting, jaga diri...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Sunah berjaya fight covid 19. Mungkin perjalanan yg panjang membuatkan akhirnya Sunah tewas sebab Sunah yg akak kenal sgt menjaga SOP
ReplyDeleteya allah..tak sangka kenalan kena..tapi alhamdulillah..dah pulih
ReplyDeleteAllahu..patutlah lama menyepi. Dalam kita berjaga-jaga tak sangka diuji juga. Sekarang kita pun tak pasti siapa pembawanya. Alhamdulillah dah bebas COVID, semoga kesihatan semakin baik. Aaminnn....
ReplyDeleteAlhamdulillah dah bebas covid.
ReplyDeleteeh klu positif covid19 mmg xleh amik vaksin dlm tempoh 3bulan ke?
ya, tak disarankan ambil sebab dalam badan dah ada imunisasi semulajadi yang boleh bertahan untuk 3 - 6 bulan..pemberian vaksin lebih mengutamakan yang belum ada imunisasi semulajadi ni..
Deleteallahu besar dugaan ciksum semoga sentiasa dalam keadaan sihat lepas ni. teruk juga masa sakit tu ye
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteHarap2 terus sihat seperti sedia kala
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com