Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian! | Semalam, ada
orang komen dekat blog ciksun pasal
Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia. Dia minta ciksun whatsapp dia time tu jugak. Tapi ciksun lambat baca komen
dia (ciksun tak publish komen dia sebab ada nombor telefon). Then ciksun
tengok kat telefon ada notification dekat Gmail. Terus ciksun bukak dan baca
email tu.
What?
Ada orang guna gambar ciksun dalam entri tu sebagai testimoni customer untuk
buat lesen memandu tanpa ujian. Weii, dah lah dia crop watermark ciksun tu
satu hal. Lagi satu hal, dah muka ciksun ni dicop amek lesen memandu terbang
pulak. Sabor je lerrr 🤦♀️
Ciksun mintak details tentang ejen tu dekat Irffah yang contact ciksun tu.
Irffah bagi nombor telefonnya dan conversation diorang dekat messenger, ejen
tu buat iklan dekat marketplace Facebook. Guna nama sebagai
Institut Memandu Lancar. Kalau Google, memang tak ada pun institut ni, hanya dekat Facebook page
sahaja, dengan tiga gambar dan satu pos pada 15 April. Tu aje.
Ciksun terus cuba whatsapp pemilik nombor telefon tu. Nak try sampai dia bagi
testimoni tu. Uols boleh baca kat bawah conversation ciksun dengan dia sampai
lah dia stop reply dah.
Dia tak block ciksun pun. Tapi dia tak jawab sampai sekarang tentang
penggunaan gambar ciksun dan sama ada dia betul-betul buat business ke atau
scam orang. Hurmm. Ciksun pun dah report dekat SKMM. Harapnya ada lah tindakan
yang diambil ke atas dia, risau dia tipu duit orang aje.
Uols boleh tengok gambar-gambar testimoni customer dia kat FB ciksun, mana tau
ada orang yang uols kenal dalam gambar lesen tu. Ok lah, hati-hati semua!
Lepas ni ciksun nak letak watermark besar gedabak!
9 Comments
Scary nya pakai gambar kita untuk kerja kerja haram tu.
ReplyDeleteBetul tu cik Sun, lepas ni kena letak watermark besar besar biar orang tak boleh guna sesuka hati je.
Hati2 CikSun
ReplyDeleteseram eh.. sampei nektok lom da reply kh?
ReplyDeleteowk..nang sik reply nya sampei kinek tok
Deletejahat sungguh scammer tu kan.. nasib muka ada comel heheh...
ReplyDeleteok bulan depan lesen kita mati ...
nnt tlg ingatkan kita balik hhehhehe
نعوذ بالله من ذلك
ReplyDeletePernah jadi tahun 2019. Cuak gila bila ada orang contact tanya lesen tu. Dah report skmm tapi tak lengkap bukti katanya. Lepas tu senyap gitu je. harap si pelaku dapat balasannya. Tak pasal pasal je terpalit dengan scammer ni. harap tak ada yang tertipu. mujur orang tu tanya dulu dan inform.
Allahu, macam- macam la sekarang ni...tak selamat dah kita kalau nak share apa2 kan
ReplyDeleteSaya pun dh kena nasib baik baru bayar rm50 ja
ReplyDeleteLesen tu dapat x?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com