Doa Untuk Orang Yang Sakit | Sebagai hamba Allah swt, kita tidak akan dapat lari daripada menerima ujian dari-Nya. Salah satu daripada ujian Allah swt kepada hamba-hamba-Nya ialah ujian sakit. Dalam menghadapi ujian sakit itu kita hendaklah bersabar, redha, berusaha untuk merawat penyakit serta berdoa dan bertawakal kepada Allah swt.
Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah swt yang menyembuhkan segala penyakit sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Asy-Syu'araa' ayat 80:
''Dan jika aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan aku.''
Kita dianjurkan untuk menziarahi orang yang sedang sakit sebagai salah satu cara untuk kita mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturahim. Menziarahi orang sakit adalah salah satu hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
''Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untuk mu sebuah rumah di dalam syurga.'' (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu'akad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita. Manakala hukum menziarahi kafir zami yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli keluarga atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.
Dalam menziarahi orang sakit, adakalanya kita lupa akan adab-adab yang perlu diikut sehingga niat yang baik hanya akan membebankan orang sakit dan bukan seperti yang diharapkan. Oleh itu, kita hendaklah menjaga adab-adab ketika menziarahi orang sakit, seperti yang ciksun kongsikan kat bawah ni.
HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT
Fardhu kifayah
PANDUAN / ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu
Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperintannya menaggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis
Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan
HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT
- Mewujudkan silaturrahim semasa islam
- Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
- Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
- Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah
Di sini juga ciksun sertakan doa yang disunatkan dibaca untuk orang yang sakit agar Allah mempermudahkan urusannya dan diberi kesembuhan berkekalan kepadanya.
Ciksun juga mohon doa daripada semua untuk kesembuhan kepada mak mertua ciksun kat Kedah, Bedah Binti Idris. Sekarang mak tengah tak berapa sihat sangat dan warded di hospital sebab penyakit kencing manis. Mohon doanya agar Allah beri kesembuhan kepada mak dan dipermudahkan urusan pembedahannya. Ameen.
Rujukan:
8 Comments
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin.
ReplyDeleteSemoga mak mertua Cik Sun, Puan Bedah binti Idris dipermudahkan segala urusan dan semoga mak mertua Cik Sun cepat cepat sihat. Aamiin.
Thanks for sharing. Kena tambah sikit, musim pandemik ni ziarah orang sakit kena patuh SOP sebab diorang golongan berisiko tinggi. Semoga mak mertua cik Sun lekas sembuh
ReplyDeleteSemoga MIL SS dianugerahi kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan
ReplyDeleteAllahu...semoga mak mentua, Pua Bedah binti Idris diberikan kesembuhan dan sihat kembali. Aaminnn...
ReplyDeleteBagus ziarah orang sakit. Tapi itulah musim covid ni tak digalakkan melawat. Nak melawat pun kena ikut SOP.
Aminnnn!!!
ReplyDeletesemoga mak mertua kak sunnah diberi kesembuhan
ReplyDeleteSemoga mak mertua Sunah sihat semula ye...terima kasih juga atas perkongsian
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com