Berbuka Puasa di Rumah Sis Lin | Semalam ciksun berbuka puasa di rumah Sis Lin. Dari hari Khamis lagi sebenarnya ciksun tidur rumah Sis Lin. Ada event dekat Tebrau pada hari Khamis, berbuka terus di TGV Indulge Lounge, Toppen Shopping Centre. Then esoknya Jumaat, teman beliau pergi tukar baju dekat Kota Tinggi. Ciksun apo lagi, merembat juga baju dan skirt yang berkenan di hati. Lately macam suka pakai skirt sebab senang nak pergi bilik air lelagi kalo dapat tandas duduk. Hahaha!
Petang Jumaat, kitorang berbuka puasa dekat Hard Rock Hotel Desaru Coast. Plan seminggu awal, guna Ramadan Culinary Passport Desaru Coast. Tinggal lagi dua slot untuk berbuka tu, tapi ciksun bagi aje selebihnya kepada Sis Lin dan keluarga. Diorang dekat sikit nak berbuka kat sana, ciksun pulak dah rasa penat nak berbuka puasa jauh-jauh. Cukuplah tu, hari ni pun ada satu lagi event berbuka puasa kat luar. Kali ni dengan research group member pulak. Tu kita cerita di lain post, itu pun kalo ciksun rajin nak update kat blog. Haha!
So Sabtu semalam, kitorang stay kat rumah aje. Takdir Allah, kucing Sis Lin beranak pulak time ciksun ada kat rumah dia. Ikutkan semalam JDT Blogger ada photoshoot event dekat Taman Damansara Aliff, tapi ciksun tak letak nama. Cuma ingat kalo last minute nak datang, kak Hernee cakap boleh aje datang walk-in tanpa tulis nama. Tapi bila kucing da start beranak, hahaha! Takpe lah, padamkan saja hasrat nak photoshoot raya tu 😂
Nasib baik ada projek buat kuih raya lepas Zohor, jadi terubat sikit rasa sedih tak dapat bergambar raya tu. Hihihi. Sis Lin ajak buat Chocolate Almond Cluster. Kitorang buat sekilo badam, sekilo coklat. Sekejap aje buatnya, dalam dua jam aje dah siap. Kalau uols nak resepi boleh rujuk entri lama ciksun, Chocolate Almond Cluster guna dua bahan tu.
Then mana dia cerita berbuka puasa kat rumah Sis Lin?
Sabor lerr, ini lah dia. Dah sampai dah part berbuka.
Sis Lin buat Asam Pedas Ikan Pari atas permintaan ciksun. Aaaa bahagia betul rasa ada orang tunaikan permintaan 🤭 Besaru betulll Ikan Pari tu guyss, puas hati betul makan, isi ikan banyak, kuah asam pedas pulak sedapppp, dan pedassss!
Selain Asam Pedas Ikan Pari, Sis Lin masak juga Cereal Prawn, Sayur Kacang Panjang Campur Sotong, then goreng Ayam Pandan frozen. Jirannya pulak bagi Bihun Goreng. Pencuci mulut ada Agar-agar Santan, Kek Batik dan Buah-buahan. Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya. Terima kasih Sis Lin!
Dan terima kasih juga atas hadiah raya ni. Tak sah ek ko kalo tak bagi hadiah raya? Masa kat rumah dia pulak tu dapat hadiah ni. Hahaha. Boleh la buat jadi kudapan di hari raya nanti. Semoga Allah murahkan lagi rezeki ko dan keluarga sebab selalu berkongsi dengan orang lain.
Ameen!
10 Comments
Aamiinn..
ReplyDeleteMakaseh juga Sunah jadi bidan untuk Panjang..
Jangan lupa raya nanti datang rumah..
Wahh. Almond coklat tu menggiurkan.
ReplyDeleteperghhhh meriah makanan
ReplyDeletesemua sedap pula tu
Meriah makanannya!
ReplyDeleteBestnyaaaaa boleh berbuka puasa sama sama dengan kawan
ramainya juadah berbuka sedap2.
ReplyDeleteSeronok berbuka puasa bersama. Rezeki pulak tu sislin masakan lauk permintaan. Dapat lagi hadiah hamper raya. Seronok berganda! Eh yang berbungkus daun pandan tu ayam pandan ye? isi ayam?
ReplyDeletehaah betul ayam pandan..hihi
Deletewahh..banyaknya lauk pauk berbuka puasa
ReplyDeletemeriahnya sungkei umh sis lin... menggoda ada jak asam pedas ikan parek ya aieee
ReplyDeleteudang goreng tu nmpk menggiurkan.. masyaAllah 😅
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com