Ticker

6/recent/ticker-posts

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan | Last minute plan dengan kawan-kawan office. Ingatkan nak berbuka kat rumah aje semalam. Tiba-tiba kawan office ajak berbuka gaya Korea dekat Gogirou, Toppen Shopping Centre. Masa diorang bagi flyers tu kat group whatsapp, tak berapa nak familiar. Siap tanya lagi halal ke tak. Haha! Then kawan share messenger conversation dengan pihak Gogirou. Diorang No Pork No Lard, tapi dalam restoran ada serve beer dan alcohol. Ok. Terus book untuk berbuka semalam jugak.

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Dalam pukul 7 kitorang sampai restoran. Laa, restoran ni kee. Da pernah lalu hari tu masa event Toppen. Memang dari luar nampak menarik sangat sebab penyedut asap dia tu. Haha! Staff lelaki tanya ada buat booking ke tak. Nasib baik la buat booking sebab yang datang walk in time tu memang tak boleh. Diorang dah fully booked! Sebab maksimum kapasiti diorang 26 pax aje masa pandemik gini. Tapi kalo datang lepas waktu berbuka, nak dekat pukul 8 malam camtu, haa diorang kasi walk in.

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Menu-menu kat sini macam yang uols tengok dalam cerita Korea tu. Kitorang amek pakej Ala Carte Buffet Menu satu kepala RM55. Boleh pilih semua menu dalam pakej tu, unlimited refill dalam masa 1 jam setengah makan kat situ. FREE 1 premium Korean Ice Cream per customer, dan FREE Flow Iced Tea. Untuk first round kitorang try Lamb, Rib Eye, Beef Tounge, Marinated Grilled Chicken, Beef Bulgogi, Squid dan Popcorn Chicken.

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Tukang bakar adalah Suhanis dan Nawal. Haha! Sebab diorang cuti 🤭 Ciksun dengan Syafiq, husband Nawal, tukang order dan makan. Wakaka! Dalam pukul 6.50 camtu kitorang da start membakar. Tengah-tengah membakar, si Syafiq teringin nasi pulak. So order Kimchi Fried Rice, dan menambah lagi Soft Tofu Stew, Beef Bulgogi dan Popcorn Chicken.

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Eh kenapa ek ciksun lupa terus amek gambar Kimchi Fried Rice dan yang selepas-selepas tu. Haha! Sebab da sibuk berbuka kot! Sebab Suhanis ada order jugak Saba Mackerel, Syafiq ada tambah Assorted Fishcakes. Tapi fishcakes yang sampai tak sama macam dalam gambar ye. Tergolek doq dalam piring. Haha!

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Berbuka Puasa di Gogirou Pada 23 Ramadan

Lepas solat Maghrib, Syafiq order Ramyeon pulak. Ni ciksun tak sempat juga ambil gambar sebab sampai dari surau, dia tengah makan. Kitorang order jugak Gimbap tapi tak sampai-sampai. Hahahahha! Syafiq da bising da sebab staff Filipina dia macam annoyed je and buat muka dengan kitorang asyik order sikit-sikit.

Alaa, bukannya kita tahu perut kita nak muat banyak mana. Kata unlimited refill kan, so memang la akan order banyak kali. Tapi dia asyik la tertinggal satu dua menu yang kitorang order. Terpaksa panggil lagi sebab ada order tertinggal. Huhu. Lepas tu ikutkan kalo Promo dia tu, 4 orang makan buffet, dapat FREE 1 jug Bandung or Teh Tarik tapi takde lak dapat semalam, ciksun pun lupa nak tanya 😅 Maybe sebab air dia da FREE Flow kot!

But overall, alhamdulillah memang sedap sangat menu-menu dia. Daging-daging semua premium dan lembut aje bila makan. Nawal pun pandai bakor, jadi tak terlebih garing sangat. Paling kitorang semua suka dari menu yang dah siap pulak adalah Popcorn Chicken tu. Banyak kali ulang order. Sedap sos pada ayam tu, tteokbokki lak memang febret ciksun. Berebut lerr. Beef Bulgogi pun not bad, ni pun order dua kali.

Hari ni last dine-in kat JB, so tak dapat la uols nak merasa. Tunggu lepas PKP ek, baru datang cuba!

Gogirou Korean BBQ
L1-13, Toppen Shopping Centre


Post a Comment

5 Comments

  1. Best ni makan ala ala fefeeling kat Korea. Pakej pun menarik. Ala, tak syoklah bila pelayan buat muka. Moody agaknya kot. dalam mangkuk tu kimchi jjagae ke tu? Sedapnya!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa...Tapi kalau ajak suami akak ni... kompom dia taknak masuk. jawa ortodoks khenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam waklah
      nak nyebut menunya pun tak gheti.
      lagi sedap cari tempe goreng cicah sambel kecup

      Delete
  3. Saya peminat Korean food. Sayangnya sejak covid19 melanda tak berpeluang nak cari makan tu. Sedap-sedap makanannya kan.

    ReplyDelete
  4. Kat KL ada x ni Sunah...geram plak hati tgok awak bakar2 ni...terbakar perut kita tau...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com