Ticker

6/recent/ticker-posts

Sehari Sebelum Puasa

Sehari Sebelum Puasa | Semalam, hari terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan hari ni. Tengahari, my officemate dah ajak pergi lunch dekat Sushi King AEON Taman Universiti. Ciksun pun on saje lah, sebab katanya nak redeem voucher yang dia beli dekat Shopee.

Tapi bila sampai sana, rupa-rupanya diorang tengah ada Bonanza Makan Puas-puas dari 12 April sampai 16 April 2021. So tak dapat la nak guna voucher tu sebab tengah promo lain dekat Sushi King. Kitorang proceed aje makan sushi, time bonanza kan murah-murah aje. Tapi berbeza dengan bonanza bulanan dulu-dulu, yang ni kita boleh tambah order lain selain daripada sushi on the belt.

Sehari Sebelum Puasa

Cumanya, bila nak order yang lain tu, tab dekat meja ciksun tak berfungsi. Request timed out aje. Adehh, nak order air pun tak boleh. Staff pulak kemain sibuk ke sana ke mari. Kita panggil kejap, dia tekan-tekan kat tab tu and pergi, mungkin nak suruh kita tunggu lagi app Sushi King dalam tab tu refresh. Ingat nak order secara manual aje, tapi staff tu langsung tak offer untuk order secara manual. Kita nak panggil lagi pun dia bizi bebenor mengemas meja lain.

Tekak pun dah berapa kali nak tercekik sushi, hilang mood ciksun nak makan. Kitorang bertiga, makan dalam 16 piring. Ciksun makan 3 piring aje. Lepas tu da takde sushi pilihan hati lalu dekat belt, nak order dah tak boleh kan, tab tu tak function. Kitorang pun bangun nak bayar. Bila suruh kira, staff yang sama tu pergi kira meja sebelah, kawan ciksun siap pergi kat dia, bagitau salah meja, dan tunjuk meja sebelah sini.

Ingatkan da betul da, kawan ciksun da siap bayar, da keluar dari sushi king, tengok resit konon nak kira berapa masing-masing kena bayar. Eh, bila masa pulak order air dengan makanan lain. Masukkk balik Sushi King mintak refund. Assistant Manager dia siap tanya, takde minum air dengan order makanan lain ke? Ciksun pun jawab, "nak order air pun tak boleh wak, tab tak boleh guna".

Rupanya system diorang down sekejap. Adeh, kalau system down, bagitahu lah customer. Dan kalau customer macam ada masalah dengan tab korang tu, tolong lah offer untuk ambil order manually atau tukar ke meja lain. Takkan nak tunggu customer panggil berapa kali? Ni la pengalaman paling teruk makan dekat Sushi King. Selama ni, ok aje makan kat sana. Huhuhu.

Balik office, mood da ke laut dah.

Nasib baik la ada benda manis ni.

Sehari Sebelum Puasa

Sehari Sebelum Puasa

Sehari Sebelum Puasa

Prof bagi kurma sekotak untuk setiap orang. Boss pulak bagi Acar Buah Resepi Mentua. Mentua siapa ni? Semua usik, boss cakap Mentua kawan dia. Haha! Adeii, terima kasih Prof and Boss untuk buah tangan sebelum Ramadhan. Boss cakap Acar Buah buat sahur, Kurma buat berbuka. Haa gitu! Research group member pulak bawak Baklava dari Jordan. Makan-makan la kami kat ofis semalam.

Selamat menunaikan ibadah puasa uols!

Post a Comment

7 Comments

  1. aduhai, sistem down pun payah juga tak boleh guna manual. Supposed boleh lah kan bila sistem down. alahaii potong mood betul makan tak ada air pulak tu.sabar je lah

    ReplyDelete
  2. nampak gaya kena berbuka ngan sushi ke camne tu?

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. memang boleh mendatangkan marah tu

    ReplyDelete
  5. memang takde mood la kalau nak order tak dapat tu. lagi sekarang semua kai aps je. tu malas kadang tu. sebab leceh la order gitu. takde rezeki kan. tapi dapat rezeki lain.

    ReplyDelete
  6. mmg spoil mood lah tu, udahla makan takde air...
    nak buat bonanza makan puas2 pun jgnla sampai ada yang terseksa huhuhu... mujur cek semula bil tu kalau tak sayang je

    ReplyDelete
  7. makan takde air? acaner tu...macam- macam hal la..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com