Sedapnya Oh! Sushi! - Homemade Sushi di Johor Bahru | Ye guyss, sedappp sangat bagi ciksun sushi-sushi daripada Oh! Sushi! ni. Ciksun jarang nak terbuka hati order homemade sushi sebab biasanya tengok gambar nampak tak berapa nak menyelerakan. Tambahan pulak pernah ada pengalaman makan homemade sushi yang rasanya biasa-biasa aje.
Tapi yang ni serius lain dari yang lain. Ciksun terus jatuh suka pada kali pertama bungkusan sushi bertukar lokasi dari kerusi dalam kereta abang Grab ke tangan ciksun. Tengok packaging dia dah buat ciksun rasa wowww! Cantiknya! Kemas pulak tu! Sushi dipek dalam bekas plastik lutsinar, langkah pertama untuk menarik hati pelanggan, goda pandangan matanya dulu!
Ada macam-macam jenis sushi dan mentai daripada Oh! Sushi! ni, dengan range harga bermula dari RM5 hingga ke RM47. Hari tu untuk pertama kali, ciksun cuba tiga box, iaitu Kagayaku Tempura Prawn Roll, Inari Box Set dan CC Roll 2.0. Eh, dalam gambar ada 4? Yeee, sebab mana-mana yang order Kagayaku Box, akan dapat free Appetizer & Snack atau Mentai Box, ikut pilihan uols.
Ciksun punya ni free Appetizer & Snack, which is Edamame Box dan dua biji Mochi kat dalam Kagayaku Box tu. Sebab tu uols akan nampak ada empat box. Hihi. Untuk Kagayaku Box ni sebenarnya uols boleh pilih antara tiga menu sushi roll yang akan jadi main kat dalam tu, iaitu CC Roll 2.0 (RM41), Tempura Prawn Roll (RM42) atau Baby Octopus Roll (RM47).
Jom tengok pulak apa ada dalam Kagayaku Tempura Prawn Roll Box ciksun!
Paling ciksun suka dalam tu adalah Baby Octopus Gunkan, memang yang tu la sushi pertama ciksun try, masuk dalam mulut. Aaaa, sedapp!! Baby Octopus pun masak sempurna, tak lembik! Haha! Sebab kalo dekat restoran sushi terkemuka, biasanya baby sotong ni lembik rasa dia, kembang tekak ciksun nak telan huhu. Yang lain-lain tu pun tak kurang sedapnya tau! Inari Sushi, Tempura Prawn Roll, Ebiko Mayo Gunkan, Korean Chicken Gunkan dengan Cheezy Korean Chicken Gunkan tu, pun sedap dan kena dengan citarasa ciksun.
Kalau uols perasan daripada Kagayaku Box tu, Oh! Sushi! ni suka guna torch, kebanyakan sos dan keju atas sushi dibakar untuk hasilkan warna yang lebih menyelerakan dan sedikit hint rasa smoky. Kalau tak percaya, jom tengok next box yang ciksun cuba, Inari Box Set.
Ada empat jenis Inari dalam box set ni. Ciksun yang tak berapa nak tengok detail setiap Inari masa tengok menu terkejut bila gigit salah satu daripada Inari ni.
Sebab apa?
Ada baby sotong rupanya! Maaf lah, gambar bergegar sebab excited dan terkejut 🤣
Aaaa sedapppp sangat! Very recommended guys! Semua Inari tu sedap, mereka-mereka ni bernama Salmon Mentai, Prawn Salad, Cheezy Baby Octopus dan Cheezy Spicy Tuna. Confirm ciksun akan repeat Inari Box Set ni pada masa-masa akan datang jugak! Rega Inari Box Set ni RM12.
Next box adalah CC Roll 2.0. Lupa pulak ciksun nak tanya kenapa 2.0. Tapi untuk CC Roll tu, Spicy Cheese Chicken Roll, sesuai dengan inti dalam sushi roll tu. Yang ini pun not bad, dengan saiz macam ni, harganya RM12, berbaloi-baloi sangat untuk seorang makan. Tengok inti dia tu, puas hati makan!
Setiap sushi box akan disertakan sekali shashimi soy sauce dan wasabi, jadi boleh lah uols buat cicah masa makan. Kalau tak cukup, uols tambah la kicap Jalen sendiri ek! Hahaha! Bagi ciksun, cukup aje! And sushi dia kalo tak cicah kicap pun dah sedap dah!
Yang ni pulak ciksun dan housemate order untuk berbuka puasa hari keenam Ramadan, Ahad lepas. Himawari Box yang depan sekali tu RM15. Alhamdulillah, konsisten sedap! Ciksun doakan moga perniagaan Oh! Sushi! ni semakin berkembang dan mendapat tempat dalam hati penduduk JB, mana tahu satu hari nanti akan ada restorannya sendiri kan! Ameen!
Ok lah, untuk uols yang nak order, boleh terus contact Sofia ya! Mana tahu nak berbuka puasa dengan sushi ke, better tanya awal sehari atau dua hari sebelum, takut order dah penuh atau dia cuti ke. Lagi satu, nak setup dengan Grab Delivery lagi in case uols tak boleh nak pickup sendiri. Haa, nah details!
Oh! Sushi!
Coverage area: Johor Bahru
No. Tel:
013-272 9428 (Sofia)
Instagram:
@ohsushi.jb
8 Comments
sedapnya
ReplyDeletemenggodanya tengok sushi tuh sunah oi
ReplyDeletesedapnya, dah lah peminat tegar sushi.
ReplyDeleteperghhh ciksun oiiiii.... kita laaapaaarr ni tgk sushi awak!!!
ReplyDeleteYa Allah. Kalau la dekat dah boleh order ni.
ReplyDeleteUnik betul sushi ni, cheese dibakar. Teringin betul nak makan kacang Edamame tu. Susah nak jumpa.
ReplyDeletetak minat sushi..tapi kalau nampak menarik memang selalu belikan kak ipar.
ReplyDeleteOkey..yang ni kalau Sunah x ajak pun takpe..akak x ngumpat punya...sebab akak x makan sushi...hahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com