Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru | Ini cerita bulan lepas, sebelum bermalam di Pinetree Marina Resort, sebenarnya ciksun tidur kat sini satu malam. Kan sebelah-sebelah aje mereka ni. Hihi. Alang-alang dah nak berehat hujung minggu, kita try dedua sekali 🤭

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Sama seperti serviced apartment sebelahnya, Fraser Place Puteri Harbour menghadap Puteri Harbour Marina yang cukup menenangkan mata memandang. 25 tingkat dengan jumlah bilik 297 unit, Fraser Place Puteri Harbour adalah lokasi penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga, kawan-kawan mahupun atas urusan perniagaan.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Lokasinya yang terletak di wilayah barat negeri Johor menjadikan kedudukan Fraser Place Puteri Harbour sangat dekat dengan Pejabat Pentadbiran Negeri, Taman Tema LEGOLAND Malaysia, Sunway Big Box, Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Pinewood Studios, dan EduCity Iskandar Malaysia, pusat kepada beberapa fakulti dari kolej dan universiti terkemuka.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Kat Fraser Place Puteri Harbour ni ada macam-macam jenis bilik tetamu, iaitu Studio Deluxe, Studio Deluxe (Sea View), Studio Premier, 1 Bedroom Deluxe, 1 Bedroom Deluxe (Sea View), 2 Bedroom Deluxe, 2 Bedroom Premier (Sea View), dan 3 Bedroom Premier (Sea View).


Masa ciksun menginap dekat sana tu, ciksun stay dalam Studio Deluxe. Luas bilik 37 mps, dalam bilik ada satu King Bed, pantri lengkap dengan induction cooker dan kelengkapan untuk makan, mesin basuh baju dengan pengering, HD TV, safety box, iron dan ironboard.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, JohorMenginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Best betul ada washing machine sekali dengan dryer tu! Ciksun yang takde plan nak guna, last minute guna jugak sebab malam tu lepas dinner, ciksun boleh terberdiri sebelah automatic sensor hand sanitizer dalam lif. Sampai bilik, terkejut tengok tudung penuh dengan sanitizer. Erk! Membasuh lah ciksun malam tu sambil mengadap laptop siapkan kerja terbantut.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Paling best kat Fraser Place Puteri Harbour ni, setiap bilik tetamu ada tab mandi yeee! Bilik air dia lengkap dengan toiletries, hair dryer, cermin dinding dan cermin muka, shower dan juga tab mandi tadi. So, apa lagi? Me time! Berendam lahhh dengan segala shower gel yang disediakan sambil dengar alunan piano dari Youtube dalam telefon. Haha! Kata nak bercuti tenangkan fikiran kannnn!

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Lepas dah setel bersihkan diri dan tunaikan kewajipan, ciksun buka laptop. Best buat kerja kat sini sebab Wi-Fi laju! Siapkan beberapa entri blog sebelum baring atas katil ngadap cerita Korea dekat TV pulak! Haha! Katil memang selesa dan empuk, bilik pun sejuk aje, aircond berfungsi dengan baik. Memang syok ahhh berkelubung dalam selimut kannn!

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Paginya, kitorang pergi breakfast dekat Swatches Restaurant lak. Breakfast spread dia ok, ciksun pilih American Breakfast, dengan roti bakar tak berapa nak terbakar dua keping 😆 Ade jugak pilihan Mee Goreng, aneka kuih-muih dan kek, dimsum, dan stall pelbagai masakan telur. Berpada-pada jugak la pilihan menunya, cukup untuk buat sarapan pagi.

Fraser Place Puteri Harbour ni takde pool dengan gym ke? Ehhh, adaaaa! Pool dia best sebab ada jakuzi, view pulak memang cantik dari atas tu. Lepas swimming boleh santai-santai menikmati pemandangan laut luas terbentang. Haa gituhhh.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Gym pulak dekat sebelah pool aje. So, kalo tak nak swim, boleh bersenam kat gym tu aje. Cuma ciksun tak sempat nak pergi pool dengan gym dia. Waktu operasi untuk dua-dua ni adalah dari pukul 10 pagi hingga 7 petang saja pada masa ciksun stay tu. Memang tak dan la ciksun sebab pada hari check in tu ciksun dah ada dinner date dengan kengkawan.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Kitorang makan malam dekat Executive Club, Level 17. Kat sini, diorang ada buat Work From Hotel jugak ye pada harga RM38nett seorang untuk sehari. Pakej untuk Work From Hotel ni termasuk Makan Tengahari di Swatches Restaurant, Wi-Fi, free flow of coffee and tea, dan complimentary parking! Berbaloi-baloi gilerr! Pakej ni available setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 9 malam. Jommm weii lepak buat kerja kat sini!

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Menginap 2 Hari 1 Malam di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Untuk dinner, kitorang try menu-menu ala carte diorang, sedap-sedap semuanya. Paling ciksun suka Kari Kambing Kabsa dan Lamb Shank tu! Sedap nak mati wehhh! Makan pulak dengan nasi putih panas-panas. Yummy! Uols kena cuba tau kalau takde idea nak makan malam apa, menu-menu ni uols boleh order dekat Swatches Restaurant juga dan ada yang available untuk Takeaway. Contact aje diorang terus in case ada kemusykilan.

Ok lah, untuk uols yang nak stay sini, diorang tengah ada promo ye! Stay dekat Studio Deluxe pada harga RM200nett sahaja per night, tak termasuk breakfast. Kalau nak sarapan pagi, uols just perlu tambah RM35nett aje per person. Ok lah kan?

Buffet Ramadhan 2021 Cerita Citarasa Fraser Place Puteri Harbour Johor

And untuk bulan Ramadhan ni diorang ada buffet Ramadhan jugak kalau uols nak datang berbuka kat sini ya! Boleh contact diorang terus untuk apa-apa pertanyaan dan tempahan bagi mana-mana pakej yang ciksun sebut di atas. Bye!

Fraser Place Puteri Harbour

Facebook:

Instagram:

Website:
https://puteriharbourjohor.frasershospitality.com/en

📞 (6) 07-530 8837 
📞 (6) 013-778 6821


P/S: Nanti ciksun share pulak lunch kitorang kat sini selepas checked-out!

Post a Comment

3 Comments

  1. Setiap bilik ada bathtub tu best. pool dia cantik, view pun cantik. makanan pun semua nampak sedap. Puteri Harbour ni salah satu tempat yang menarik. Tapi tak sampai sampai sampai ke sudah.

    ReplyDelete
  2. cantiknya view... tempat yang menarik kan?
    Dah lama tak menginap di hotel... tunggu masa yang sesuai jer bawa family pi hotel

    ReplyDelete
  3. Whoaa, nampak menarik..boleh try nihhh! Hihi....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com