Ticker

6/recent/ticker-posts

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap! | Kat mana lagi nak cuba makanan level hotel, kat tepi-tepi jalan? Rasa sedap ke langit dengan harga mampu milik? Tambah pulak kalau yang masaknya memang pernah jadi chef and berkhidmat dalam bidang Food & Beverages dekat hotel dan restoran?

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Jarang-jarang kita jumpa kan? Ni pun pertama kali ciksun jumpa dekat BHP Plentong. Deretan gerai khemah biru depan BHP Plentong ni dikenali dengan nama Bro'Der Port. Setiap gerai mengetengahkan menu yang berbeza, dari western food, Ikan Bakar, pelbagai jenis Kuey Teow Goreng, Satay Ayam dan Daging, Keropok Ikan Tamban Original Terengganu sampai la ke Durian Goreng.

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Ciksun pergi makan kat sini dua hari sebelum Ramadan hari tu dengan kak Ajan. Alang-alang malam tu kitorang nak pergi Euro Fun Park dekat AEON Tebrau, jadi kitorang plan nak early dinner kat sini dulu. Dari rumah ciksun ke sana memang jauh lerr, ada dalam 30-40 minit kalau jammed petang-petang. Jadi, kalau memang ada nak ke area sana, boleh la singgah.

Sampai sana dalam pukul 6 petang, parking senang sebab dekat dengan stesyen minyak and rumah kedai. Loqman Hakim, owner gerai Hana's Kitchen menyambut kedatangan kitorang. Dia terus suggest menu-menu terbaik kat sini dan perkenalkan chef dari setiap gerai. Hakim sendiri, dulunya adalah F&B Manager dekat Suasana All Suite Hotel Johor Bahru.

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Kat sini, dia bawak Durian Goreng Special yang biasanya dihidangkan di restoran-restoran hotel turun ke jalanan. Sumpah sedap ye Durian Goreng ni, crispy kat luar, inti durian meleleh kat dalam. Hakim cakap, nak goreng dia tu api dapur kena on point, baru dapat crispy macam tu. Kalau tak tetapkan api yang betul, nanti kepanasan minyak dalam kuali tu akan hasilkan Durian Goreng yang berbeza. Durian Goreng ni uols boleh jugak beli yang frozen dari Hakim, just whatsapp aje dia untuk detail ya: https://www.wasap.my/60172835226/DurianGoreng

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Scha Reza, bekas Pengurus Restoran, dengan topi koboinya bertanggungjawab membakar satay kat Bro'Der Port ni. Ada dua jenis satay yang dijual kat sini, Satay Ayam dan Satay Daging Batang Pinang. Haaaa, yang ini sumpah sedap sangat guys! Ciksun sampai bisik dekat kak Ajan, satay ni kalahkan semua satay hotel yang kita makan 🤭

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Kalau uols suka menu western, ada Chicken Chop RM5 aje dari gerai Gebekk Western kat sini. Portion besar, chicken chop lembut, dua keping dia bagi, sekali dengan french fries, coleslow dan salad. Sos and mayo melimpah guysss. Ciksun suka, sedapppp, very recommended! Kalau uols nak menu ni dengan nasi pun ada tau! Haa yang ni ownernya nama Shahadan, dulunya berkecimpung dalam bidang automotive engineering. In case nak tanya pasal kereta sambil makan Chicken Chop, mesti dia boleh jawab ni! 😆

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Next, ada menu Char Kuey Teow dimasak khas oleh bekas Assistant Chef Changi Airport, Muss, dekat gerai Char Kuey Teow Boboyy. Masa ciksun nampak flyers Bro'Der Port ni awal-awal dulu, dalam kepala ciksun terus teringat King's CKT dekat Port Dickson bila tengok menu-menu CKT dia. Banyak gila pilihannn, yang ni ciksun try CKT Udang Kerang. Udang and kerang besar, fresh, CKT guna mee tiaw halus tu, dan sedikit pedas. Sedappp, ciksun tolak dekat kak Ajan, dia habiskan semuanya. Dia kan hantu pedas! Hahaha!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Muss ni siap bawak geng Chef dia dekat Changi Airport dulu turun ke Bro'Der Port tau! Wan namanya, dia bertanggungjawab dalam bakar-bakar ikan kat gerai Ikan Bakar BerDer’Pot. Ada pilihan ikan pari, caru dan siakap dengan range harga dari RM9 hingga RM25. Sotong bakar pun ada tauuu, harganya pulak dari RM20 hingga RM30. Yang ni ciksun tak sempat cuba hari tu, perut pun da kenyang sangat. Next time boleh try sotong bakar!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Ni la barisan chef kat Bro'Der Port ni. Kecuali budak bernama Hana tu, haha! Hana tu anak Hakim, dia la empunya nama pada Hana's Kitchen. Bijak budaknya, banyak tanya, soalan pulak macam orang dewasa 😂 Untuk bulan Ramadan ni, Bro'Der Port ada buat delivery ke sekitar Johor Bahru. Kalau uols yang dalam coverage diorang nak order, boleh la terus bagi details macam kat bawah tu ya! Ok bye!

From Hotel to Street, Satay Kayangan dan Durian Goreng Hana's Kitchen Memang Sedap!

Bro'Der Port
Depan Stesyen Minyak BHP Plentong

Buka Setiap Hari kecuali Khamis TUTUP
5 petang - 11 malam

Delivery charge bermula dari RM3:
Bandaraya Johor Bahru
Tiram
Permas Jaya
Dato Onn
Masai
Johor Jaya dan sekitar

Taip whatsapp untuk order:

Bro'Der Port Delivery

Nama :
Num Tel :
Alamat :
Saya Nak Order 👇🏼👇🏼
1.
2.
3.

*Masa penghantaran bermula jam 5 petang, kecuali Johor Bahru start 4 petang.

Whatsapp order uols ke:

Post a Comment

6 Comments

  1. menarik ni, tapi jauhlah pulak nak ke Plentong

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar durian goreng tapi belum pernah makan.

    ReplyDelete
  3. sempat lagi tu terjah sebelum puasa. Durian goreng tu sedapnya. Aduh, dah lama tak makan char kuew teow. teringin pulak.

    ReplyDelete
  4. terliur pulak nak berbuka sate tengok gambar sate

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com