Buffet Ramadhan 2021: Selera Malaysia @ Anantara Desaru Coast Resort & Villas | Mendengar saja namanya, buat semua orang terfikir, best jugak kalau dapat berbuka kat sini. Belum mampu nak duduk kat villa dia, takpe. Kita duduk kat restoran dia duluuuu, step by step, next time kalau ada rezeki lebih, kita boleh try stay dengan family and kengkawan pulak 😁
Untuk uols yang teringin nak berbuka puasa dengan seaview + pool view, boleh lah datang ke Restoran Turmeric, Anantara Desaru Coast Resort & Villas ni. Datang awal sebelum 6.30 petang, boleh enjoy pemandangan laut membiru dengan extra angin laut sekali sebelum waktu berbuka.
Restoran Turmeric ni terkenal dengan hidangan makanan Malaysia dan juga sentuhan citarasa Thailand. Jadi, kalau berbuka puasa kat sini, uols boleh rasa menu yang dekat dengan masyarakat kita, ada pelbagai masakan tradisi tempatan, dan juga menu-menu antarabangsa bakal dihidangkan kepada tetamu yang datang pada bulan Ramadhan nanti.
Jom, ciksun share antara menu yang akan uols jumpa nanti!
Ciksun dah cuba Thai Green Curry Chicken dia, sedapp! Ayamnya lembut ajee, Nasi Briyani tu pun sedappp. Paling takleh lupa Satay Daging dia! Cukup rempahnya, rasa tak cukup makan satu aje. Eh, ada ke yang makan satay satu cucuk aje macam ciksun? Haha! Dan uols kena cuba jugak Thai Style Beef Jerky tuu, jarang-jarang wei orang hidang. Tapi sebab diorang ada Thai chef, nahh dapat la uols rasa kudapan orang Thai ni.
Dan guyss, ni serius rare ya. Tengok benda dalam jar tu. Ia adalah Mango Pudding, topped with Limau Bali! Ya Allah sedap dan unik gilerrr! Mudahan-mudahan time uols pergi nanti, pencuci mulut ni ada kannn. Oh, diorang ada jugak Pengat Nangka dengan Sagu, Aneka Kek dan Tartlets, juga Buah-buahan potong untuk jadi penutup menu berbuka uols.
Ulam-ulaman, Kerabu, Somtam dan Sambal Belacan pun adoo. Tapi ciksun tak sempat nak cuba masa preview hari tu. Kat sini, chef akan ceduk makanan untuk uols ya, bagi mematuhi SOP. Nak ambil makanan pun, kena ikut limit berapa orang boleh bangun sebab ruang yang kecik. Bulan puasa, banyak-banyakkan bersabar tau! Uols ada masa yang panjang lepas siap solat Maghrib semua untuk makan beround-round 😜
Ok guys, nah details untuk uols yang nak booking awal, mana lah tahu ada yang nak rebut lucky draw 2 Hari 1 Malam dekat Anantara Desaru Coast Resort & Villas untuk dua orang, termasuk breakfast 🤭
Selera Malaysia
Turmeric Restaurant, Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Tarikh: 13 April - 12 May 2021
Masa: 6.30 pm - 10.00 pm
Harga Normal:
RM128 nett per adult, RM64 nett per child
Promo Early Bird (beli sebelum 16 April 2021):
Beli 10 voucher, FREE 2 voucher*
*pembelian Early Bird berpeluang dapat tiket lucky draw untuk rebut
2D1N with breakfast for 2 persons
@
Anantara Signature Massage at Anantara Spa for 2 persons
Untuk tempahan dan pertanyaan:
5 Comments
Byk gila food diaa...
ReplyDeleteberbuka sambil menikmati seaview dan pool view tu memang indah lah.
ReplyDeleteAnantara ni dulu hotel apa yek? Memang hotel baru ke atau reno atau tukar pengurusan?
ReplyDeletetapi makanan dia nampak sedap, tu yg penting, hehe
hotel baru kak..
DeleteRamainya menu sesedap
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com