Buffet Ramadhan 2021: Selera Kampungku @ Holiday Inn Johor Bahru City Centre | Hotel ni baru aje buka selama 6 bulan. Selepas PKP tahun 2020, diorang mula menerima tetamu untuk menginap di hotel. Ciksun pun dah pernah stay sini dalam hujung tahun lepas. Jadi, kalau dikira-kira, memang tahun ni adalah tahun pertama Holiday Inn Johor Bahru City Centre (HIJBCC) memperkenalkan buffet Ramadhan.
Untuk uols yang masihhh jugak belum dapat tempat untuk berbuka puasa dengan keluarga or kawan-kawan pada bulan Ramadhan nanti, cepat-cepat masukkan buffet yang ni dalam list. Dengan tema Selera Kampungku, uols yang tak dapat rentas negeri untuk berbuka di kampung halaman boleh lah mengubat rindu dengan iftar dekat HIJBCC ni aje.
Buffet Ramadhan kat sini akan dihidangkan di restoran Dine @ EIGHT, dengan kapasiti tempat duduk sehingga 120 orang pada satu masa, bermula dari 17 April hingga 9 Mei 2021. Kalau uols datang berbuka puasa kat sini, masuk aje main entrance kat tingkat 7, uols akan disambut oleh dekorasi ala kampung dekat patung hijau HIJBCC. Biasanya dia duduk situ sorang-sorang penuh kesepian, tapi bulan Ramadhan ni dia nampak lebih berseri-seri gitu dengan pelbagai hiasan tampi dan gubahan kain batik.
Naik ke lobi di tingkat 8, uols akan nampak pulak pondok ala rumah kampung yang meriah dengan lampu raya dan hiasan macam malam 7 likur. Haha, over ciksun punya deskripsi. Yang pastinya, semua hiasan ni sangat instagrammable ya, rupanya Unit Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia bekerjasama dengan HIJBCC untuk siapkan deko-deko ni termasuk dalam restoran. Hebat!
Ok, jom cerita pasal makanan pulak!
Kalau dah nama buffet Selera Kampungku, uols mesti dah boleh agak kan menu-menunya nanti macam mana? Menu pembuka selera meriah dengan Ulam-ulaman dan aneka Sambal, kat laluan masuk restoran pulak mata akan nampak Warong Kawah dengan tiga menu utama, sebelahnya ada barisan menu yang mak-mak kita biasa masak bila kita pulang ke kampung halaman.
Selain masakan kampung, ada juga menu-menu trending yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia seperti Nasi Hujan Panas, Ayam Planta, Kambing Varuval, Daging Masak Kicap, Murtabak Daging dan Ayam, Satay Daging dan Ayam, Ikan Bakar serta Daging Bakar.
Daging Masak Kicap dia sumpah sedap gila, lembut sangat dan berasa segala rempah masakan tu. Kalau uols datang berbuka kat sini nanti, jangan lupa cuba tau! Dan yang paling menambat hati ciksun and friends malam preview hari tu adalah...jeng jeng jengggg!
Of course Kambing Bakar! Dibakar medium well, menjadikan isi kambing berwarna merah jambu dan juicy kat dalam, manakala bahagian kulitnya rangup di luar. Kak Ajan siap pergi dua tiga kali kat Warong Kambing Bakar sebab dah jatuh cinta dengan chefnya yang handsome rasa Kambing Bakar kat buffet ni.
And jangan lupa ke bahagian pencuci mulut jugak tau, sebab ada banyak pilihan Kuih-Muih Tradisional dihidangkan termasuklah Seri Muka, Talam Nyonya, Bingka, Keropok Lekor, Goreng Pisang, Cucur Sayur, Pengat Nangka, Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi!
Ok lah guyss, kalau uols nak book untuk buka puasa nanti, boleh la beli voucher dari sekarang. Harga buffet adalah RM138nett per Dewasa dan RM68nett per Kanak-kanak (6 - 12 tahun). Beli 10 voucher, uols akan dapat PERCUMA 1 lagi voucher.
Apa, harga Early Bird?
Maaf guys, harga Early Bird RM108nett per Dewasa da habis 9 April 2021 semalam!
Tapiiiiiiiiiiiiiiii! Uols jangan risau!
Untuk yang tak sempat beli voucher pada harga Early Bird, uols masih berpeluang untuk beli voucher Dewasa pada harga yang murah RM20 daripada harga biasa, iaitu RM118nett sahaja per Dewasa. Macam mana caranya?
Uols hanya perlu taip:
Media Name: Sunah Sakura
Guest Name: (Nama uols)
Contact No: (No. telefon uols)
No. of pax: (Bil. voucher yang uols nak beli)
Dan send melalui Whatsapp kepada:
http://www.wasap.my/60167184214 (Keyin)
http://www.wasap.my/60177794867 (Farah)
Harga RM118 ni sah untuk pembelian voucher sehingga 9 Mei 2021 ya! Wowww, best ke tak best??? Dan juga hanya sah dengan nama media yang tertulis tu. Kalau takde nama media, tak dapat lerr uolsss! So, apa tunggu lagi? Cepat book sekarang!
2 Comments
Sedapnya. Harga ok tu. Boleh PC sebarkan kepada saudara mara ni.
ReplyDeleteBerselera makan masakan kampung dan kuih muih yang ada. Terlalu banyak pilihan. Harga boleh tahan juga tapi berbaloilah dengan apa yang ada :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com