Buffet Ramadhan 2021: Iftar Bazar Ramadan di Amansari Residence Resort Seri Alam | Bermula dari 16 April hingga 12 Mei 2021, Amansari Residence Resort Seri Alam akan menerima kehadiran uols untuk berbuka puasa kat sana sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dalam tak sampai sehari je lagi!
Untuk tahun ni, tema buffet Ramadhan diorang adalah "Iftar Bazar Ramadan", uols akan nampak suasana ala bazar Ramadhan kalau datang ke sini tau! Kat bahagian depan ballroom nanti akan ada bazar raya, jual pakaian dan persiapan untuk raya. Manakala bahagian dalam Grand Ballroom, juadah berbuka akan dibahagikan kepada stall masing-masing.
Antara menu utama yang uols kena cuba nanti adalah Kambing Kuzi, dengan menu sampingannya, Nasi Beriyani, Pajeri Nenas, Acar Mentah serta Sos Istimewa. Boleh juga makan Kambing Kuzi disamping Pasta dengan sos pilihan hati, dimasak hanya bila uols order dekat Pasta stall yang ada kat situ.
Jangan lupa juga mencuba Satay Ayam kat sini, sedap sungguh sampai mencucuk langit gitu. Haha! Masa ciksun gigit kali pertama, terus teruja sampai angkat satay tu tinggi-tinggi suruh semua orang ambil, sebab sedap sangat 🤣 Satay nya lembut tak kering, kalau takde Satay Daging pun takpe macam ni. Hihi.
Selain daripada tu, ada jugak Bubur Lambok, Roti John, dan Murtabak yang menjadi menu rutin di bazar Ramadhan. Tak dilupakan, menu air tangan Chef Kamal seperti Laksa Johor, Laksa Penang, Mee Kari, Rojak Asma dan Rojak Mamak.
Nasi Ayam Hainan, Sup Ekor, Mee Sup, Pizza, Ikan Bakar, Otak-otak, aneka Kerabu, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan diorang pun antara yang uols kena cuba kat sana. Manakala menu-menu lauk utama pulak akan ditukar-tukar setiap minggu, wajib cuba Ayam Masak Merah diorang, sedap macam lauk kenduri kawen!
Bahagian pencuci mulut pun tak kurang hebatnya, penuh meja dengan kuih-muih, kek, dan goreng-gorengan. Durian Goreng pun ado yeee kat sini! Wajib cuba! ABC dan Teh Tarik stall pun uols tak boleh tertinggal! Eh banyak nyoooo nak suruh makan! Hahaha!
Nah, pergi beli voucher cepat!
Iftar Bazar Ramadhan
Grand Ballroom (sebelah main lobby entrance), Amansari Residence Resort Seri Alam
16 April hingga 12 Mei 2021
6.30 pm - 10.00 pm
Harga voucher:
RM85 nett per Dewasa
RM40 nett per Kanak-kanak
Promo Early Bird sehingga 12 April 2021:
Beli 5, PERCUMA 1
Pakej penginapan:
RM280 per night Deluxe Room
Plus Buffet Ramadhan & Sahur untuk 2 orang
Untuk tempahan dan pertanyaan:
🕿 +607 - 381 7070
ext. 811 (F&B Department)
or ext. 831 / +60 12-764 7488 (Sales department)
2 Comments
Terliur pulak tengok bubur lambuk. Aura bulan puasa sangat ni.
ReplyDeletemeriah menu. sate tu wajib cuba. secocok pon dah mahal.huhu
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com