Bufet Ramadan 2021: Bufet Ala Bazar 28 Hari di Pulai Springs Resort | Ok ciksun janji, ni lastttt preview bufet Ramadan untuk uols. Lepas ni ciksun
cuti, takde da entri bufet Ramadan yeee. Agaknya ada tak yang jemu asyik entri
makanan aje, takde entri lain dah kat blog ciksun ni ek? 😆
Ok, ok! Untuk yang last ni, bufetnya di Restoran Gleaneagles Terrace, Pulai
Springs Resort. Dari 14 April hingga 11 Mei 2021, uols boleh berbuka dengan
lebih 150 juadah tempatan dan antarabangsa yang dihidangkan kat sini bermula
dari pukul 7.00 malam sehingga 9.30 malam.
Sampai aje restoran, uols akan nampak betapa meriahnya bufet Ramadan kat sini,
dekat luar restoran dipasang khemah khas, sekali tengok memang nampak macam
bazar Ramadan dah. Menu-menu utama diletakkan di luar restoran, sementara
pencuci mulut dan buah-buahan diletakkan di bahagian dalam.
Konsep masakan dari negara Barat dan Timur Tengah diketengahkan oleh Sous Chef
Tom serta pasukan jurumasaknya untuk Ramadan tahun ni, selain daripada
menu-menu tempatan kegemaran rakyat Malaysia. Wajib uols cuba, Gulai Kari
Kambing 28 Hari yang dihidangkan bersama nasi, raita, papadom, kacang dhal dan
sos pudina.
Sedap gilosss guys, tak tipu! Menu ni memang menu signature Pulai Springs
Resort kalo tiba aje musim Ramadan. Sedap sampai licin kuah kari kat pinggan,
kalau tak nak makan dengan nasi, uols boleh aje ambil ketupat, lemang, atau
roti untuk dimakan dengan gulai special ni.
Yee, lauk hari raya pun ada. Lemang, Ketupat, Burasak, dan Lontong dihidangkan
bersama Sayur Lodeh dan Rendang Ayam Tua. Selain daripada tu, jangan lupa
mencuba Gulai Kawah Rusuk Lembu, Gulai Patin Tempoyak, Daging Salai Masak
Lemak Cili Api, Steamed Fish Nyonya Style, Black Pepper Mussels, Chili Prawn,
serta Sup Power Chef, iaitu Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti
Perancis serta Sambal Kicap.
Lagi di live station ala bazar kat luar adalah Mee Kolok Sarawak, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Oden-oden
ala Pulai, Asam Pedas Pulai (Ikan Siakap), Murtabak dan Roti John, serta
Goreng-gorengan. Paling menjadi tumpuan pengunjung, bahagian BBQ yang
menghidangkan Kambing Golek, Tandoori Chicken, Honey Chicken, Teriyaki
Sausage, dan Beef Slices.
Di sebelahnya pulak adalah bahagian bakar-bakar, ada Otak-otak, Satay Ayam
dan juga Satay Daging yang dihidangkan bersama nasi himpit dan kuah kacang.
Aneka pembuka selera seperti ulam-ulaman dan salad bersama sambal belacan
dan fresh dressing, serta pencuci mulut dari pelbagai jenis kek, kuih-muih
dan puding pun ada untuk uols yang suka benda-benda manis.
Coconut Shake, Teh Ais Dhaka, Teh Bunga, Teh Tarik, Air Soya dan ABC
bersepah-sepah untuk melegakan dahaga uols. Haha! Banyak sangat gambar nak
share dalam blog, uols boleh belek FB page Sunah Sakura untuk tengok
gambar-gambar menu yang lain tau! Ok, siapa nak beli voucher, boleh tengok
details kat bawah.
Bufet Ala Bazar 28 Hari
Restoran Gleneagles Terrace, Pulai Springs Resort
14 April - 11 Mei 2021
7 pm - 9.30 pm
Harga bufet:
RM95nett per Dewasa
RM47.50nett per Kanak-kanak
*Beli 9, PERCUMA 1
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
07-521 2121
016-733 2918 (Restaurant Manager)
016-733 2919 (F&B Manager)
Tempahan korporat atau berkumpulan besar, hubungi:
07-555 4845 (Marketing & Sales Manager)
Website:
3 Comments
Huwaaa... semua nampak sedap
ReplyDeleteMeriahnya buffert Ramadan!
ReplyDeleteRamainya juadah
ReplyDeleteNampak sedap2 belaka
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com