Sedap Betul Set Dulang Gulai Lemak Cili Api @ Pulai Springs Resort! | Akhirnya, promo Set Dulang kembali semula di Pulai Springs Resort setelah PKP berakhir di Johor! Alhamdulillah, yeehaaa! Happy tak terkata, sebab Set Dulang ni memang berbaloi-baloi!
Dengan harga hanya RM22.00 nett untuk seorang makan, uols boleh dapat set lengkap Nasi Putih dengan Ulam-ulaman dan Sambal Belacan, pilih sama ada nak dipadankan dengan Gulai Lemak, Asam Pedas atau Buttermilk, disertakan dengan pencuci mulut Chilled Longan, bersama minuman - Teh Tarik atau Sirap Bandung.
Berbaloi-baloi wei! Kalau datang berdua lagi jimat, sebab nanti rega untuk 2 persons jadi RM40.00 nett sahaja. Ciksun dah datang dengan housemate ciksun, kak Ajan sebelum PKP hari tu. Datang berdua tapi try sampai 3 lauk sebab memang nakkk rasa semua kalo boleh 🤣
Yess, sumpah tak tipu, sedap gilerrrr Gulai Lemak Cili Api Udang yang kitorang pilih tu. Very recommended, udang besar-besar dan fresh. Gulai Lemak Cili Api nya memang pedas tapi buat kita rasa nak hirup kuah sampai licin mangkuk claypot tu 🤭
Ishhh, masa taip ni pun duk teringat-ingat rasanya sampai menjejes air liur ni 🤤 Selain pilihan Gulai Lemak Cili Api Udang, kitorang order jugak Asam Pedas Ikan Siakap. Sebelum sampai ke maja, ciksun rasa macam tak yakin dengan rasanya sebab takut tak kena, tak pernah lagi jumpa asam pedas ikan yang "sampai" dekat tekak ciksun ni. Kadang jumpa rasa hanyir ikan tu tak hilang dan tak kena dengan ikannya.
Tapi yang ni ya Allah, serius cakap haaa...memang sedap dan tahap menghirup kuah jugak macam Gulai Lemak Cili Api Udang tadi 🤣🤣
Eee, memang sedap gilerrr Asam Pedas Ikan Siakap kat sini, baru lah rasa tak membazir buat Asam Pedas guna ikan Siakap. Haha! Agaknya kena tengok cara masak, bahan yang digunakan dan tahap kesegaran ikan, ek? Kalau ok semua tu, baru perfect rasanya. Terima kasih chef, kerana menemukan saya dengan Asam Pedas Ikan Siakap yang super sedap! Mohon kekalkan rasa ni sampai bebila, tau!
Nexttt, sebab tadi da pilih udang dengan ikan, kitorang pilih jugak Asam Pedas Ayam pulak. Pun not bad jugak, siapa yang tak suka makan ikan, boleh lah order lauk ayam, tau! Kan ada jenis orang yang nkoo cakap la ikan tu sedap tahap petala langit ketujuh, tapi sebab tekak dia fobia dengan ikan, sampai kereta terbang pun dia takkan makan ikan. Haa sesuai lah bagi ayam kat dia 😜
And lepas PKP ni, diorang tambah satu lagi set menu, iaitu Buttermilk. Yang ni uols boleh pilih antara lauk ayam dengan udang. Ciksun tak rasa lagi yang ni, kalau uols dah cuba nanti, boleh lah share sedap ke idokk, sama level tak dengan Gulai Lemak Cili Api dan Asam Pedas tadi, yeeee!
Sebagai pencuci mulut, diorang serve Chilled Longan untuk sejukkan anak tekak uols. Sedap dan comforting, simple tapi dah memadai sebab lauk tadi da cukup banyak dah. Kalau banyak sangat pencuci mulutnya, takut bersih sangat pulak mulut sampai hilang nikmat Gulai Lemak Cili Api dengan Asam Pedas sebentar tadi 😆
And every Set Dulang didatangkan dengan satu minuman, uols boleh pilih nak Sirap Bandung atau Teh Tarik ya! Haaa, macam mana, berbaloi ke tak dengan harganya tu? Ok sangattt, kannnn? Promosi ni berjalan dari 1 Mac hingga 8 April 2021, setiap hari Ahad hingga Khamis, dari pukul 12 tengahari sampai 6.30 petang.
Untuk tempahan:
+6016 733 2918
+6016 733 2919
10 Comments
Memang nampak sedap betul set dulang gulai lemak cili tu api tu! Bismillah.
ReplyDeletememang nampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteSedapnyaaa.. sedapnyaaa. i loveee ayam asam podeh
ReplyDeleteoh kita dah rasa last time, 3-3 dishes. memang sedap!
ReplyDeleteOk kita pantang dgr lauk lemak cili api ni.. Fav tu... Nmpk udang besar gak tu.. Esk nak g cari la.. Ke nak soh adik masakan eh ahha
ReplyDeleteKalau sedap memang berbaloi2 la
ReplyDeletemenyesalnya bukak time time ni
ReplyDeleteBila nak hajak aku pergi pulakkk aaaaa... ko belanja okay..
ReplyDeleteHarga ok. Menu ok. PC yang tak ok cuma tengok je ni.
ReplyDeleteMahu tak berbaloi set lengkap lauk sedap sedap tu. Tempting okay!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com