Sedap Betul Deep Fried Chicken Breast with BBQ Sauce @ Qing Palace Chinese Restaurant Ni! | Serius sedap! Mulanya ciksun ingat ayamnya pedas. Resipi macam ni kan ala-ala Korean, biasanya pedas nak mati. Takut betul nak cuba. Tapi bila kak Ajan cakap tak pedas, terus ciksun try seketul.
Allahu, sedap sungguh! Memang tak pedas langsung. Manis-manis sos BBQ nya, isi ayamnya pulak lembut bila gigit. Bak kata Sis Lin, kalau nak ayam lembut gini, perap tu kena lama sikit sebelum goreng. Ohh, boleh try buat sendiri nanti. Tapi BBQ Sauce dia tu, macam mana pulak ciksun nak buat? Haha! Jenuh nak google resepi kang.
Deep Fried Chicken Breast with BBQ Sauce |
Tak perlu susah-susah buat, kita pergi makan aje lah dekat Qing Palace Chinese Restaurant, Pulai Springs Resort ni! Sempena promo Eat All You Can diorang sepanjang bulan Mac dan April 2021 ni, uols boleh cuba menu baru ni ya!
Dengan harga RM65.00 nett per dewasa, RM32.50 per kanak-kanak (3 - 11 tahun) bagi waktu makan tengahari dan RM70.00 nett per dewasa, RM35.00 nett per kanak-kanak (3 - 11 tahun) bagi waktu makan malam, uols boleh cuba lebih 60 menu makanan Cina yang menyelerakan kat sini. Tapi make sure uols datang minimum dua orang ya!
Siapa yang dah biasa menjamu selera dalam pakej ni mesti dah tahu menu-menu dia macam mana. Memang berbaloi-baloi sangat dengan harganya tu sebab uols boleh makan macam-macam jenis makanan dari sup pembuka selera, claypot, masakan ikan, masakan ayam, masakan itik, udang, sotong, belut, tauhu, aneka masakan sayur, nasi dan mee, lala, daging burung unta hingga pencuci mulut.
Szechuan Hot and Sour Soup kegemaran Sis Lin |
Ostrich Meat with Spring Onions, all-time favourite! |
Sambal Cuttlefish sedap gilerrr, amazingly ciksun telan bawang dia! |
Fried Prawns with Oatmeal, sedappp makan dengan kulit sekali! |
Steamed Seabass with Asam Sauce, lembutt sangat isi ikannya! |
Jade Mushroom with Mixed Vegetables, sayur wajib ada~ |
Honey Dew with Sago, so refreshing after heavy meal! |
Macam biasa, ciksun memang rekemen sangat uols cuba daging burung unta diorang. Ostrich Meat with Spring Onions adalah pilihan wajib ciksun kalo makan promo Eat All You Can ni. Memang sedap dagingnya, takde daging lembu or kambing pun takpe dah. Hihi.
Oh, Peking Duck kat sini pun sedap ye, tapi time datang makan tadi ciksun dengan kawan-kawan tak order dah itik sebab nak rasa ayam kat atas tadi ha. Order banyak-banyak sangat kang tak habis pulak. Jangan membazirrrr, order secukup mana perut uols boleh tampung jeee yeee!
Every 5 persons, you'll get 1 FREE Abalone |
Kalau datang ramai-ramai memang berbaloi lah sebab boleh cuba lagi banyak menu. Lagi syok kalo uols datang 5 orang, nanti akan dapat 1 FREE Abalone bernilai RM60 (sliced abalone with chef's special sauce). Haaa, best ke tak best?
Dah lah buat sampai 30 April, nak berbuka puasa kat sini pun not bad jugak kan? So, apa tunggu lagi? Cepat reserve meja uols sekarang!
Lunch (Daily - including Weekdays & Weekends and PH)
RM65.00 nett per adult
RM32.50 nett per child (3 - 11 years)
Dinner (Daily - including Weekdays & Weekends and PH)
RM70.00 nett per adult
RM35.00 nett per child (3 - 11 years)
Weekday: Lunch - 12 noon to 2.30pm | Dinner - 6.30pm to 10.00pm
Weekend: Lunch - 12 noon to 2.30pm | Dinner - 6.00pm to 10.30pm
Harga termasuk nasi putih dan Chinese tea
Untuk tempahan:
WhatsApp: 016-733 2919 / 017-733 8724
Call: 07-521 2121
6 Comments
Lama nya tak makan chinese food...
ReplyDeletearghhh rindu plak... nak makan camtu kena ramai2 baru berbaloiii...
Szehuan tu nampak menarik nya.. terigt shark fin sup...
Tengok pun tahu sedap ni. Chicken breast kalau deep fried salut sos memang sedap tu. Ostrich Meat tu kalau tak bagitau mesti dah termakan. ikan tu nampak tempting betul lah.
ReplyDeleteQing Palace Chinese Restaurant kat Pulai Springs Resort ye. alaa rindu kat ke pulai spring lagi
ReplyDeleteBestnya kalau dapat rasa daging burung unta! Belum jumpa lagi. Kalau dapat memang tak lepas peluang nak cuba.
ReplyDeleteuish sedapnya menu yg ada kat sini :)
ReplyDeleteSebelum puasa nak pi makan hehehehe
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com