Ticker

6/recent/ticker-posts

Rezeki Dapat Knitwear Premium Super Cantik by manyzeroes

Knitwear Premium dan Murah by manyzeroes | Alhamdulillah, rezeki tak terduga. Alkisahnya, ciksun masuk tengok Shopee Live oleh seller manyzeroes ni last week. Takde niat nak lock or beli baju pun. Saja nak cuci mata dan borak-borak dengan sellers dan buyers lain dalam Live tu. Masuk je, ada orang request baju kaler nude yang digantung dekat rail belakang, ayat dia "sis saya lock nude sis". Sebenarnya, tak boleh lock dulu sebelum seller up baju tu. Memang kena tunggu seller sarungkan dekat patung dan open lock code dulu baru boleh lock.

Rezeki Dapat Knitwear Premium Super Cantik by manyzeroes

Ciksun pulak saja menyakat seller tu, Una nama panggilannya. "Sis saya lock baju sis," sebab Una tengah pakai knitwear super cun design diamond. Una baca komen ciksun tu dan terus jawab, baju dia lepas dah dobi, dah kena deodorant, dah buang bulu, dah iron, jadi RM100. Hahaha! Lebih kurang camtu lah bunyinya, sebab tak nak jual sangat tu 🤣 Then tiberr Una berbisik-bisik dengan kak Ema, seller seorang lagi kat belakang yang tak nampak dalam frame. Terpacul dari mulut Una, "haa, ye keee??"

Lepas tu, terus Una panggil nama. "Sunahsakura, awak pakai saiz ape?"

Eh tiberrr sangattt. "Haa, kenapaa? Saya pakai L-XL."

"Ok, request nak kaler ape. Ada orang nak bagi baju free!" Una cakap.

Whattt? Teruja betul ciksun, dari berbaring sebab dah nak tidur, terus bangun and duduk. Hahaha!!!!

"Jangan tanya kenapa, bagitau je kaler ape. Mustard? Lilac?"

Perghh..ciksun pun taip aje lah, "nak mustard keee emerald green keee."

"Okayyy, ada, ada..kak Ema cari baju kejappp."

Semua buyers lain dah tertanya-tanya dah. Kenapa la seketul sunahsakura ni dapat baju free. Rezeki sungguh. Una tunjuk tiga helai baju, kaler red wine - tocang timbul, kaler grey benang campur - pureknit, dengan long cardigan kaler emerald green.

"Haa, ni special ya untuk sunahsakura. Awak screenshot semua ni, lepas tu hantar kat chat, nanti just bayar shipping dan RM1 dekat SLOT FREE WITH KAK EMA ❤️"

Rezeki Dapat Knitwear Premium Super Cantik by manyzeroes

Wahhh, gembira tak terkata! Ciksun terus screenshot dan hantar dekat chat. Lepas dah chat tu ciksun sambung tengok lagi Live diorang, kot ada rezeki untuk lock mana-mana baju. Tapi lepas scene baju special untuk sunahsakura tadi, ciksun jadi segan pulak nak komen-komen. Hahahahhahahahahha! Terus diam aje sebab malu dapat baju free 🙈

Tapi sumpah tak senang yee nak lock sini sebab viewers diorang jarang lah bawah 100. Time peak, baju banyak cantik-cantik, boleh naik lebih 1k viewers! Sebab apa? Knitwears diorang hampir semuanya premium, kebanyakannya dijual pada harga RM10 sehelai. Tak kisah lah tocang timbul ke, lilac ke, mustard ke, pureknit ke, basic ke, tone ke, rainbow keee, semua flat rate! Kadang-kadang sesi RM8 sehelai pun ada diorang buat, selain sumbat parcel sampai penuh pada harga RM15 sahaja. Haaa, berbaloi-baloi kan? Kalau ada rezeki taip lock code laju, dan line internet uols laju, boleh lah cuba lock.

Lepas habis Live, diorang pun reply chat ciksun.

Rezeki Dapat Knitwear Premium Super Cantik by manyzeroes

Oh, rezeki tulis entri Istilah-istilah dalam Shopee Live hari tu rupanya. Kalau uols yang dah baca, uols akan nampak ciksun mention manyzeroes dalam entri tu. Antara recommended knitwears seller kat Shopee. Allahu..terima kasih manyzeroes!

Rezeki Dapat Knitwear Premium Super Cantik by manyzeroes

Bajunya semalam dah sampai haaa. Memang cantik-cantik, ciksun suka sangat!!! Lagi best sebab diorang dah siap dobi. Cuma bulu-bulu tu kita kena buang sendiri lah. Sebab tu harganya berpatutan. Moga semakin dimurahkan rezeki korang sebab banyak berkongsi rezeki dengan orang lain juga! Ameen! Kalau uols nak shopping knitwear dari seller ni, boleh FOLLOW manyzeroes dekat Shopee ek! Nanti kalau diorang buat Live, uols akan dapat notification 💖

Ciksun dah kena stop shopping knitwears ni, dah penuh dah rak baju, sampai ada yang dah boleh buat preloved dah 😆 Kalau ada yang nak borong sekotak, saiz M - L - XL boleh contact ciksun, ciksun jual rega murah-murah aje.

Ok bye!

Post a Comment

10 Comments

  1. Aku seorang yang tak berani nak pakai knitwear, sebab takut nampak badan lagi besar hahahahaha.. tunggu i kecikk yaaaa hahahaha

    ReplyDelete
  2. tak pernah terfikir lak nak pakai knitwear ni. nampak macam panas je..

    ReplyDelete
  3. baju ni pakai gi musim sejuk je...klu kat msia ermm mana nak pegi eh?
    genting? cameron?

    ReplyDelete
  4. Cantik. Alhamdulillah. Teringin juga tapi bila fikir semula tau tak ngam dan tak sesuai dengan PC.

    ReplyDelete
  5. Wahh rezeki sangat tu dapat free. Rezeki promote tu. Alhamdulillah :)
    Cantik lah warna knitwear tu.

    ReplyDelete
  6. Untung la rezeki...wah...seronok...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com