Ramadhan Takeway 2021: Indahnya Ramadhan by Grand Paragon Hotel, Johor Bahru | Ok, asyik cerita pasal buffet aje, macam mana dengan manusia-manusia yang tak boleh nak keluar berbuka puasa dekat hotel? Or, yang tak selesa nak berbuka dekat luar sebab nanti serabut nak solat segala. Haaa, meh sini nak share Ramadhan takeway pulak.
Grand Paragon Hotel Johor Bahru antara hotel pertama kat JB ni yang fokus sepenuhnya kepada takeway bulan Ramadhan nanti. Menariknya, sebelum Ramadhan pun uols dah boleh start order jugak untuk makan tengahari atau makan malam sebab promo ni bermula dari 1 April 2021 hingga 31 Mei 2021. Wahhh, raya pun boleh order weiii!
Kalau uols tengok menu-menu yang ada, mesti uols setuju sangat sebab memang sesuai kalau nak jamu keluarga atau tetamu yang datang beraya. Itu pun kalau raya nanti dibenarkan ziarah-menziarahi. Tapi kalau tak dibenarkan tak apa, boleh tempah untuk keluarga. Yang penting, cerita bulan puasa dulu. Haha!
Dengan tema "Indahnya Ramadhan", Grand Paragon Hotel Johor Bahru menawarkan pelbagai jenis menu dalam Set Gembira, Set Selera Kampung, dan Istimewa Ramadhan Ala Carte Menu. Kesemua menu dalam set-set ni perlu ditempah seminggu lebih awal, dengan 50% deposit untuk booking.
Jom tengok menu apa yang ada!
Set Gembira
Dalam Set Gembira, ada tiga jenis main course dengan tema bakar-bakar, iaitu set Ayam Golek Lebanese, set Roasted Beef Brisket dan set Kambing Golek. Setiap set lengkap dengan nasi (boleh pilih antara Fragrant Butter Rice atau Bryani Rice), Blackpepper Sauce, Acar Mentah, Udang Masak Merah, Bubur Lambuk, Kurma dan Minuman. Uols boleh pilih sama ada nak order individual set atau untuk keluarga, sebab diorang ada set Family Iftar Box khas untuk 4 orang makan.
Individual Set
Ayam Golek Lebanese
RM26.00nett
*Minimum order 5 boxes and above
Roasted Beef Brisket
RM32.00nett
*Minimum order 5 boxes and above
Kambing Golek
RM40.00nett
*Minimum order 5 boxes and above
Family Iftar Box (4 pax)
Ayam Golek Lebanese
1.5kg whole chicken
RM88.00nett
Roasted Beef Brisket
700 gram sliced beef brisket
RM118.00nett
Kambing Golek
700 gram sliced lamb leg
RM148.00nett
Tapi uols jangan confuse pulak tengok gambar Family Iftar Box tu. Set untuk Family Iftar Box lebih kurang macam set Ayam Golek Lebanese tu, takde dalam gambar adalah Bubur Lambuk, Blackpepper Sauce, Acar Mentah, Kurma dan Air. Nanti kalo uols order, Family Iftar Box yang lengkap ada semua ni, don't worry ya!
Set Selera Kampung
Bagi yang tekak tak boleh nak makan ala western, boleh lah pilih Set Selera Kampung ni. Yang ni pun ada tiga jenis main course, iaitu Nasi Kerabu, Nasi Ambeng dan Nasi Kandar. Untuk Set Selera Kampung ni, setiap main course tu berbeza-beza side dishes dia, ikut tema nasi tu haa. Tapi menu sampingan yang tetap bagi setiap set adalah Telur Masin, Udang Goreng Berempah, Kurma dan Minuman. Untuk Nasi Kerabu, nasi dia sure lah Nasi Kerabu kaler biru tu, manakala untuk Nasi Kandar dan Nasi Ambeng, nasinya adalah nasi putih. Dan Set Selera Kampung ni pun ada individual set dan Family Iftar Box dia jugak, sama macam Set Gembira tadi.
Individual Set
Nasi Kerabu RM23.00nett
Ayam Golek atau Kari Ikan Tenggiri
Telur Masin
Keropok Ikan
Sambal Cili Cuka & Budu
Solok Lada
Udang Goreng Berempah
Ulam-ulam (Kacang Panjang, Taugeh, Daun Kesum, Timun, Bunga Kantan, Kobis)
Kurma
Minuman
*Minimum order 5 boxes and above
Nasi Ambeng RM23.00nett
Ayam Masak Kicap dan Daging Rendang
Telur Masin
Sambal Belacan
Mee Goreng
Sayur Goreng Jawa
Bergedil Kentang
Serunding Kelapa
Udang Goreng Berempah
Ikan Masin Bulu Ayam
Kurma
Minuman
*Minimum order 5 boxes and above
Nasi Kandar RM25.00nett
Ayam Golek atau Kari Ikan Tenggiri
Telur Masin
Kobis Goreng Kunyit
Sotong Sumbat
Papadom
Udang Goreng Berempah
Kuah-kuah (Kari Ayam, Kari Ikan & Kari Kicap)
Kurma
Minuman
*Minimum order 5 boxes and above
Family Iftar Box (4 pax)
Tak ada Bubur Lambuk yaa untuk set ni. Tapi uols still boleh order Bubur Lambuk dari senarai menu Istimewa Ramadhan Ala Carte diorang. Nah ciksun share menu ala carte untuk rujukan uols kat bawah ni.
Istimewa Ramadhan Ala Carte Menu
Agak-agak nak cari pencuci mulut yang sedap, uols boleh order Ondeh-ondeh 6" Cake atau Durian Goreng tu. Ciksun suka gila kek tu! Lembut dan berasa pandan gula melaka dia. Light, light aje krim dia, tak muak. Hari tu bawak balik sebiji, housemates semua pun suka!
Durian Goreng macam biasa lah, memang sedap bagi peminat durian. Ekekeke! Uols boleh order Durian Goreng ni dalam kuantiti 5 biji atau 10 biji. Kalau uols perasan, dalam menu ala carte tu ada jugak nasi-nasi dalam individual Set Gembira dengan Set Selera Kampung tadi, tapi yang tu ala carte je tau, takde Bubur Lambuk, Kurma dengan minuman. Tengok beza rega dia, lagi berbaloi beli Set Gembira atau Set Selera Kampung tu kannnn!
Ciksun ulang sekali lagi, menu-menu ni available sepanjang bulan April dan Mei 2021. Jadi, kalau uols teringin nak makan sebelum puasa, dah boleh order dah ni! Takeway boleh, delivery pun boleh!
Indahnya Ramadhan Takeaway
Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Tarikh: 1 April - 31 Mei 2021
Hari: Isnin - Ahad
Makan Tengahari:
Order dari 8 am - 11 am
Pick up / Delivery dari 12 pm - 2pm
Makan Malam/Buka Puasa Ramadhan:
Order dari 8 am - 2 pm
Pick up / Delivery dari 3 pm - 5pm
*Pre-order of one week before delivery & 50% security deposit required
Delivery charge:
RM 6 for 0 km - 10km
RM 8 for 10km - 16km
RM12 for 16km - 22km
RM15 for 22km - 28km
Untuk tempahan:
Call @ Whatsapp F&B Hotline
Mobile: http://wa.me/60167337363
General line: +6072685251/5252/ 5329
Online booking and payment transfer:
Account Name: Hotel Grand Paragon Sdn Bhd
Account Number: 8010659017
Name of Bank/Branch: CIMB Bank Berhad
P/S: Selamat Hari Polis 25 Mac 2021
5 Comments
wow sedapnya
ReplyDeleteSedapnya menu takeaway..
ReplyDeleteSedap-sedap menunya.
ReplyDeleteBoleh tutup dapur ni kalau ada begini. Tak penat masak untuk berbuka puasa.
Geram pulak tengok set-setnya tu. Aduh.
ReplyDeleteAdududududu..menu dia sedap sedap tu. teringin makan makanan hotel, order je ramadhan takeway ni :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com