Ticker

6/recent/ticker-posts

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear | Siapa peminat knitwear kat sini, angkat tangan 🙋‍♀️ Yang baru-baru nak berjinak dengan knitwear, ada? Haa, kalau ada, uols kena baca entri ni. Sebab kalau ada koleksi knitwear, uols wajib ada benda alah ni.

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint remover namanya. Sejenis alat yang digunakan untuk membuang bebulus atau bebenang yang terkeluar dari pakaian knitwear. Seperti yang uols sedia maklum, knitwear adalah pakaian yang diperbuat daripada benang kait. Bila dibuat dari benang kait, lama-lama benang yang timbul akan berbulu terutamanya jenis timbul tocang atau pureknit. Kadang-kadang yang basicknit pun boleh jadi berbulu gak.

So, bebulus yang tak diingini ni kena buang kalau nak pelihara condition knitwear uols supaya sentiasa nampak macam baru. Padahal baju bundle jerrrr. Lint remover ada banyak jenis, ada yang kecik ada yang besar, ada yang 3 bilah, ada yang 6 bilah. Ciksun beli dekat Shopee jer, jenama Daiso, tak sampai RM10 pun.

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Kecik gini, senang nak bawak travel konsepnya. Tapi tak pernah lagi lah ciksun bawak pergi travel, nak travel pun tak boleh wakakakaka! Biasanya ciksun akan bersihkan bulu malam hari sebelum nak pakai atau pagi esoknya sebelum pergi kerja, mana-mana knitwear yang nak dipakai pada hari tu, kalau ada bebulu tak diingini.

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint remover Daiso ni ada 3 bilah, guna dua bateri AA. Ada jugak lint remover yang pakai elektrik tapi kalo uols penjual knitwear, lagi berbaloi lah beli yang elektrik tu. Banyakkk nak remove lint kan. Macam mana cara nak guna?

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Just switch on lint remover, then rapatkan permukaan berbilah dengan permukaan knitwear, lalukan atas bahagian berbulu. Nanti dia terusss cantas dan sedut semua bebulus tu. Bunyi dia memang sedikit kuat lah tapi takde sampai bingit telinga tu. Bunyi bilah berpusing manja-manaj gitu. Bulu-bulu yang tak diingini akan dikumpul dekat bahagian belakang lint remover.

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Kalau bekas ni dah penuh, boleh lah buang ke dalam tong sampah yee. Tak kan tu pun nak ajor 😜 Macam mana rupa baju yang berbulu dengan yang dah dibersihkan dengan lint remover? Haa, boleh tengok perbezaannya dekat bawah ni.

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Lint Remover, Benda Wajib Ada Untuk Peminat Knitwear

Atas yang berbulu, bawah yang dah dibuang bulu guna lint remover. Nampak nice dan macam baru kan? So dah boleh lah jual RM20 ke atas. Tiberrr. Hahaha! Ye guysss, biasanya seller yang dah siap dobi dan bersihkan bulu-bulu pada knitwear akan letak harga lebih tinggi dari RM15 sebab tu harga tenaga dan usaha diorang untuk berikan baju terbaik buat uols tau.

Jadi jangan lah asyik bandingkan yang rega atas RM20 dengan bawah RM10.

Faham-faham sendiri aje.

Oh, kalo uols nak remove bulu-bulu dekat baju lain pun boleh guna ni. Tak semestinya pada knitwear sahaja.

Ok bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh bagus ye ada lint remover. Baru tahu kewujudan alat ni. Almaklumlah bukan pemakai knitwear. Ada pun satu je. Jenis kulit alah dengan bulu bulu knitwear, nanti gatal. Ikutkan teringin je pakai knitwear yang cantik-cantik tu. Tapi kalau dok tempat sejuk, okay sangat pakai untuk panaskan badan.

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pun ada lint remover ni. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. Wujud rupanya alat macam ni, tak pernah tahu pun hahaha. Nice sharing, nanti boleh beli :)

    ReplyDelete
  4. Aku dah baca harutu, belum komen.. tapi aku macam rasa si Kakak ada benda ni.. sama ke tak, tak tau laaa... nanti aku tanya dia...

    ReplyDelete
  5. Nak pegi daiso jauh.. biarlah berbulu dulu knitwear akk tu.. nanti baru beli. Huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com